'/>

UPDATE ON RABIES - KENYATAAN MEDIA

WABAK RABIES DI NEGERI SARAWAK 2017

26 JULAI 2017

Pada hari ini sebanyak 300 ekor anjing telah divaksin dalam Program Pelalian Wabak Rabies bertempat di Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) Kota Sentosa. Ini menjadikan jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin setakat ini adalah 18,144 ekor yang terdiri daripada 10,504 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain.

Buat masa ini stok simpanan vaksin untuk haiwan adalah mencukupi. Pihak JPVS akan melakukan operasi pemvaksinan secara besar-besaran dan terancang dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui media masa.


Keputusan Mesyuarat Penyelarasan JPBN (Wabak Rabies) Bil 7/2017 telah memutuskan agar (Buffer Zone) kawasan penampan diwujudkan diantara Sarikei sehingga ke Sri Aman untuk mengekang penularan Wabak Rabies di kawasan lain. Di dalam zon penampan , pihak JPVS akan melakukan survelan dan mengambil sampel anjing untuk ujian makmal di semua kawasan Bandar untuk menentukan status kawasan tersebut. Pihak Majlis Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan untuk memastikan tiada anjing liar berkeliaran di kawasan seliaan mereka.

Dari masa ke semasa, JPBN akan sentiasa memastikan SOP pengurusan Wabak Rabies akan dikemaskin. Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pencegahan dan Pengawalan Wabak Rabies (Sarawak-Kalimantan Barat) telah bersetuju agar kerjasama diantara dua negara di wujudkan seperti berikut:

1. Mewujudkan komunikasi dua hala melalui JPVS dengan Dinas Kesehatan Hewan
2. Bertukar maklumat berkenaan dengan Wabak Rabies
3. Mewujudkan (Immune Belt) di kedua-dua sempadan
4. Melarang eksport dan import haiwan
5. Bertukar pengalaman dan latihan sekiranya perlu.

JPVS juga setakat ini, telah mengadakan sebanyak 117 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit Rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 25,212 orang peserta.


JPVS akan meneruskan program pemvaksinan, survelan, kempen kesedaran dan penyiasatan kes-kes aduan berkaitan wabak penyakit Rabies di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

JPVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka telah divaksinasi untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing-masing. Sekiranya terdapat perubahan sikap dari jinak ke ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat aduan ke Bilik Operasi Negeri JPBN Sarawak di talian 082-443 991 / 446 991 dan faksimili 082-442 730


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa secara kumulatif dari 02 Julai 2017 hingga 26 Julai 2017 sebanyak 490 kes gigitan baru telah dikesan, di mana bahagian Serian 31 kes gigitan dan bahagian Kuching 57 kes gigitan dilaporkan pada hari ini. Tiada kes gigitan baru dilaporkan dari Bahagian Sri Aman pada hari ini. Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 01 April 2017 hingga ke hari ini berjumlah 963 kes. Berdasarkan data di klinik gigitan anjing di Hospital Umum Sarawak dan di Hospital Serian, seramai 583 orang telah datang untuk menerima suntikan
vaksin.

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mewujudkan 4 buah Klinik Gigitan Anjing (Dog Bite Clinic) iaitu di Hospital Umum Sarawak,
Hospital Serian, KK Sentosa dan KK Sri Aman untuk memberi perkhidmatan pengurusan kes gigitan anjing bagi pesakit yang tinggal berdekatan. Bagi kes gigitan anjing yang berlaku di luar kawasan 4 klinik tersebut dinasihati untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon masyarakat yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga sekarang untuk membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang terdekat.

Orang ramai dinasihati untuk terus mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti wabak rabies.

1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;
2. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing kesayangan yang agresif atau anjing liar.
3. Pastikan anjing atau kucing kesayangan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar.
4. Jika anjing atau kucing kesayangan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.
5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tingal; dan
6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing dan kucing kesayangan.

Disediakan oleh:

Sekretariat

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

26 JULAI 2017

Sesi Dialog bersama YB Menteri dan Ketua-ketua Masyarakat Tempatan berhubung cadangan Pembinaan Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Batang Paloh, Bahagian Mukah anjuran Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak di Dewan KEMAS Daro.

Bintangor:Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 12 tengahari tadi..RH Labang mempunyai 38 pintu. Laluan masuk dari jalan utama panjang 8km.Disyaki 1 mangsa (P) mati. Identiti mangsa belum diketahui.berita lanjut menyusul.

Sarikei:Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  (BSJN) IPD Sarikei menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahangunaan dadah. Kesemua suspek  berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Sarikei, semalam. Hasil saringan air kencing, ketiga-tiganya positif dadah jenis THC, AMP dan Meth. Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tangkapan itu merupakan satu lagi kejayaan terkini Polis Sarikei dalam usaha membentras kegiatan jenayah terbabit. - Tahniah PDRM!

Sekadar hiasan 
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY