'/>

Komen balas Ketua Setiausaha Politik kepada YAB KM Sarawak Abdullah Haji Saidol kepada kenyataan Tan Sri Pandikar Amin..

AMAT mengejutkan dan pelik pendirian serta kenyataan Pandikar sebagai anak jati Sabah yang menganggap MA63 tidak relevan.

Pandikar begitu yakin mengatakan bahawa hak negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah terhakis sejak penubuhan Malaysia.

Secara tidak langsung Pandikar juga beranggapan bahawa kedudukan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri dalam Malaysia adalah sama-rata semasa Penubuhan Malaysia dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya anggap Pandikar pemimpin yang sombong sehingga secara terbuka mencabar YAB KM Abg Jo untuk berdebat tentang MA63.

Biar rakyat Sabah menilai sendiri kedudukan Pandikar samada mereka masih memerlukan pemimpin seperti ini di pihak mereka.

Saya yakin Pandikar gagal memahami sentimen serta inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekadar mahu di layani secara adil mengikut terma dan semangat MA63 serta peruntukan Perlembagaan.

Mana-mana peruntukan Perlembagaan yang telah diubah atau sebarang cubaan utk mengubah peruntukan Perlembagaan yang akan mengugat atau menghakis kepentingan serta keistimewaan negeri Sabah atau Sarawak haruslah diperbetulkan atau di bantah.

Saya berani dan yakin mengatakan bahawa seluruh rakyat Sarawak membantah dan tersinggung dengan kenyataan Pandikar.

Sikap bongkak beliau yang tidak menghormati kedudukan DP Abg Jo sebagai KM Sarawak juga mengundang kebencian rakyat Sarawak terhadap beliau.

Pandikar tidak sepatutnya begitu cepat untuk membuat andaian bahawa kita di Sarawak ini bodoh dan cuai dalam kajian serta pengetahuan kita tentang MA63.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, Pandikar terpaksa membuat statement sedemikian semata-mata untuk mempastikan survival politik beliau.

Dan pendirian beliau juga saya anggap sebagai "Politik tidak Bermaruah". (Politically Immoral and insecure)

YB Abdullah Haji Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB KM Sarawak
30.Nov - 6.30pm

#TeamAbgJo #SarawakIbuPertiwiku

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY