'/>

Salam , esok ada sesiapa yang mahu menyumbang pakaian ataupun apa keperluan lain boleh menghantar ke Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang (Atas Sugar Bun Jalan Masjid Lama) bagi meringan sedikit saudara kita yang di timpa musibah sebentar tadi.
Berat mata memandang...

Syabas Dan Tahniah2 kepada ADUN N42 Semop Dan MP P206 Tanjung Manis..kepada Pihak JKKK Dan Semua yang terlibat...Sempat juak diguna pakai Raya 2016..

Projek terkini, pembinaan jalan baharu dan juga naik taraf jalan kampung di Kampung Bruit (Kpg Sesco) dalam kawasan N42 Semop sedang dilaksanakan bermula kelmarin 30 Mei 2016. Terima kasih kerajaan dan wakil rakyat Barisan Nasional di atas usaha murni dan keprihatinan ini. Semoga Kpg Bruit akan terus mendapat pembangunan setimpal seadanya pada masa akan datang.
Foto:Bussera sran

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Assalamualaikum....kami dari Kasm Meradong dengan rendah hati memohon sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban saudara2 kita sempena bulan RAMADHAN yang bakal tiba. Sumbangan-sumbangan berikut berupa:  Beras 5kg
               Gula
               Kopi
               Milo
               Teh
               Susu pekat tin
               Garam
               Ajinomoto
               Kurma

Penyumbang-penyumbang juga boleh memberi wang tunai seikhlas hati ( pihak kami akan membeli bantuan mengikut keperluan )

Waktu penyerahan akhir sumbangan adalah pada sabtu petang ( 04.06.2016 ) melalui ajk2 sumbangan kami seperti d bawah:

Zaini Busrah
Rashid Umar
Intan Diamondtinna
Eddy Junaidyz

Waktu pengagihan sumbangan adalah pada 05.06.2016 ( ahad selepas zohor )

Terlebih dahulu kami dari KELAB ANAK SENI MERADONG mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada penyumbang2 yang sudi bersama2 membantu saudara2 kita yang memerlukan. Semoga semua usaha kita mendapat berkah dan di permudahkan ALLAH S.W.T.....amin.

" Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/ sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan gantikannya dengan berlipat ganda "

//Fadzlan Shahibi//
TANYA SOALAN YANG BETUL UNTUK JAWAPAN YANG BETUL...

Memang betul seperti  apa yang d nyatakan oleh Presiden PRS bahawa PBB akan menjadi parti dominan jika  memiliki lebih  daripada 40 kerusi DUN dan akan menjadikan parti komponen lain dilihat tidak releven...

Sememang sebegitu akan tetapi persetujuan  sebelum pilihanraya telah dibuat iaitu mana calon langsung BN bokeh menyertai mana mana parti komponen yang termasuk PBB?
Jadi soalan yang betul di manakah perginya Presiden PRS ketika persetujuan itu dibuat?
Tidak mungkin beliau tidak tahu menahu tentang itu ataupun  tidak mampu mentafsir kemungkinan calon calon tersebut akan menyertai PBB jika menang...Ini baru soalan pertama..

Apabila calon langsung BN ini memenangi Pilihanraya yang lepas mereka mengambil masa untuk membuat keputusan memohon menyertai PBB. Soalan yang betul adalah Kenapa mereka memilih PBB bukan PRS SPDP mahupun SUPP padahal parti parti ini menerima kemasukan pelbagai etnik termasuk kaum Cina?.. Kaji dahulu dan selidik kenapa mereka memilih PBB. Jgn kaji kekuatan PBB kajilah kelemahan yang ada pada parti sendiri terkebih dahulu... Ini soalan yang kedua...

Jika Presiden PRS tidak bersetuju dengan tindakan Wakil Rakyat langsung  BN menyertai PBB dan kesemua ADUN tersebut bertegas tidak mahu menyertai parti parti komponen yang lain adakah beliau akan bersetuju agar UPP menyertai BN Sarawak supaya kesemua ADUN  langsung BN dapat bernaung dibawah parti tersebut seterusnya memastikan PBB tidak menguasai lebih daripada 40 kerusi?..Jika mahu nyatakan secara terbuka. Ini soalan yang ketiga....

BEKAS ahli Teras boleh menyertai UPP dan membentuk sayap Bumiputra dan Sayap Cina di dalam struktur kepimpinan baru mereka jika UPP diterima masuk menyertai BN Sarawak. Namun adalah Presiden SUPP SPDP akan bersetuju dengan penyertaan UPP menyertai BN Sarawak? Kerana jika ianya berlaku maka Kerusi TKM akan turut diberikan kepada Presiden UPP kerana mempunyai 11 kerusi dimenangi dan akan mempunyai 13 kerusi pada pilihnraya akan datang. Dan jika ini berlaku maka DS Wong Soon Koh punyai platform parti  untuk membolehkan beliau berada pada kerusi Menteri Kewangan II seterusnya menjawab pertanyaan Presiden PRS. .. Ini soalan ke empat....

Rumah sudahpun siap kenapa pahat masih berbunyi?. Kesemua keputusan yang diterjemahkan pada pilihanraya yang lepas adalah hasil daripada persetujuan yang dibaut oleh kesemua parti komponen BN termasuk meletakkan keputusan menyertai mana mana parti di bawah budi bicara calon langsung BN yang bertanding.

Itu soalan terakhir....

Nota:

Tunggu sahaja Majlis Tertinggi PBB buat keputusan dan semua harus menerima keputusan itu dengan redha termasuk apabila keputusan itu tidak menyebelahi mana mana pihak yang berkemungkinan akan menggantung dahulu permohonan mereka selama sekiranya kurangnya  2 tahun bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran politik  sedia ada yang  ada pro dan kontra. INI akan menjadikan mereka AdUn Bebas Pro BN.

Ini tidak bermaksud mereka ini tidak boleh dilantik menjadi Menteri kerana jika ianya dianggap pelik maka PM Najib akan nampak ekor di belakangnya kerana melantik DS Idris Jala bekas CEO Mas dan DS Abdul Wahid Omar bekas CEO Maybank menjadi Menteri Penuh..
Keduanya bukan Ahli Parlimen....lagi teruk kalau itulah cara kita melihatnya...

Perlukah ada nada ugutan?

Kegusaran keatas tindakan Ahli Yang Berhormat  yang berusaha untuk menyertai PBB amat difahami.

Kemasukan mereka akan menjadikan PBB mampu untuk mentadbir Sarawak tanpa bantuan parti-parti lain.

Dan ini akan membuatkan parti-parti lain merasakan mereka tidak releven.

Perkara yang saya ingin sentuh disini ialah bukannya pandangan bahawa parti-parti lain dalam Barisan Nasional Sarawak akan menjadi tidak releven tetapi mengenai nada angkuh sesetengah pemimpin dalam menyuarakan pandangan mereka.

Adakah mereka beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjaya mempamerkan mutu kepimpinan yang tinggi untuk memenangi pilihanraya negeri yang lepas dengan secara tidak sengaja?

Dalam erti kata lain, adakah beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya lemah?

Adakah ini dimaksudkan mereka apabila berkata-kata dengan nada yang sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin nombor satu PBB dan Pengerusi BN Sarawak?

Adakah pilihanraya perlu diadakan sekali lagi untuk PBB membuktikan bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya layak untuk dihormati oleh mereka?

Pada mulanya saya beranggapan sikap yang kurang menghormati ini akan dengan sendirinya akan hilang apabila Datuk Patinggi Tan Sri Adenan mampu memdapatkan mandat yang besar daripada rakyat 7hb yang lalu.

Malangnya, sikap tersebut sudah menebal dalam diri mereka.

Apakah yang perlu dilakukan supaya mereka akan menghormati Datuk Patinggi Tan Sri Adenan?

Sumber:pandisuhaili.blogspot

Majlis dirasmikan Oleh YB Abdullah Hj. Saidol ADUN N42 Semop merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.YB Abdullah menyumbangkan RM5000 Dan peralatan Siaraya kepada Rela Meradong. Sebanyak RM5000 turut juga disumbangkan kepada Agensi Kerajaan lain dibawah Kawasan Meradong yang terlibat dalam PRN yang lepas.

Program anjuran Surau Darul Ikhsan Bintangor.


RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH  BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

Alhamdulilllah hari ini tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang2 Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya juga dibentangkan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut dicadangkan oleh Menteri daripada Barisan Nasional sendiri Datuk Seri Azalina Othman dan disokong seorang lagi Timbalan Menteri BN iaitu Datuk Rosnah Shirlin, walaupun mendapat tentangan hebat daripada Ahli2 Parlimen DAP.

Akta ini dicadangkan untuk dibahas dan dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperluasakan kuasa lebih besar menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad melebihi kuasa yang sedia ada yang sebelum ini hanya terhad kepada hukuman denda RM5,000, penjara 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.

Dengan pindaan Akta 355 ini kelak diharapkan hukuman kepada jenayah2 tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yang ditetapkan oleh Syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Harus diingat pindaan ini tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan perluasan kuasa2 Mahkamah Syariah dibawah negeri2 sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Moga Allah membuka hati Ahli2 Parlimen Malaysia untuk menerima usul ini kelak tanpa perlu mencetuskan andaian2 yang tidak benar apatah lagi menakut2kan rakyat dengan sesuatu yang tidak berasaskan realiti sebenar hukum syarak dan realiti masyarakat berbilang agama dalam konteks negara ini.

*YB SENATOR DATO' DR ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI*
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)

Turun padang.... melawat rakyat sambil memberi sumbangan.


22 Julai diisytihar sebagai Cuti Umum

Rakyat Sarawak akan mendapat cuti umum tambahan iaiatu pada 22 Julai bermula pada tahun ini.

Satu kenyataan daripada Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri memaklumkan bahawa tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum seperptimana yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak dan akan dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

Sumber : RTM Sarawak

TAHNIAH buat Fong Hui Kong, anak jati Sibu yang dinobatkan sebagai Champ of Champs Mr Malaysia 2016 yang baru sahaja melabuhkan tirainya untuk edisi kali ini.

Sebelumnya, Fong telah memenangi kategori lightweight. Kemenangan beliau juga membantu Kontigen Sarawak meraih jumlah mata keseluruhan sebanyak 98 mata, sekaligus diumumkan sebagai kontigen terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Terima kasih kepada penganjur utama, Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu dibawah naungan Persatuan Bina Badan Sarawak kerana menjemput TegapTV Malaysia untuk membuat liputan sepanjang 3 hari kejohanan berlangsung di bandar Sibu.

Sumber/foto:TegapTV.com

SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS KE 13 2016 PENUTUPAN OLEH YB DATUK HAJAH NORAH TUN ABDUL RAHMAN
Foto:Jai Nas

Kan dah mengaku...fikir dulu sebelum menulis..
Asalamualaikum saudara2 fb,,sy kira nak komen jak ttg apa yg d viral org ttg kws yg sik nerimak bantuan ya,so kira nak support org BN dah ngundi YB kita lah n mintak d ambil perhatian lah,,,
So sy mintak maaf lah sekiranya kata2 sy menyinggung perasaan kawan2,
,apa pun kita tetap sama2 membantu perjuangan BN kita,,,

Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng hari ini yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang atau menyukarkan usaha mereka untuk membina jambatan ke-3 Pulau Pinang berbanding terowong bawah laut.

Semakan di Kementerian tidak menunjukkan sebarang permohonan, aplikasi atau perbincangan dengan pihak Kementerian saya mengenai pembinaan jambatan ke-3 Pulau Pinang.

Begitu juga dengan permohonan, aplikasi atau perbincangan mengenai terowong bawah laut Pulau Pinang dimana ianya memerlukan pelbagai kebenaran dari pihak Kementerian saya sebelum pembinaan dijalankan.

Mungkin YAB Ketua Menteri boleh menjelaskan kepada saya bila permohonan bagi pembinaan jambatan ke-3 tersebut dibuat dan bila pihak kami menolak permohonan tersebut.

Menjadi harapan saya agar kerajaan Pulau Pinang menyelesaikan masalah politik dalaman mahupun skandal dalam Pakatan dan tidak mencuba untuk menggunakan Kerajaan Persekutuan sebagai alasan mereka.

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Diterjemah oleh: KKMM

The time for talk is over. Time for action is now. YB - Yang Berkhidmat for the people must be internalized & clearly demonstrated via report cards that will be submitted to me every 6 months.

KUCHING - Pagi tadi telah berlansungnya Majlis Angkat Sumpah perlantikan Menteri Muda Sekitar Majlis Angkat Sumpah Menteri Muda di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat telah dilantik oleh YAB Ketua Menteri Sarawak bagi melengkapkan lagi Ahli Kabinet Sarawak.

Pada sidang media sebentar tadi,  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Haji Satem telah mengumumkan senarai nama Menteri Muda berserta jawatan-jawatan dalam kementerian yang telah dilantik. Sebarai tersebut ialah :

Timbalan Speaker: Datuk Gerawat Jala.

Senarai nama dan jawatan bagi Menteri-menteri muda:

1) YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, ( Assistant Minister For Rural Economy (Interior Areas ) And Plantation. )

2) YB Datuk Lee Kim Shin,
( Assistant Minister For Tourism)
( Assistant Minister For Land and Air Transportation and Safety)

3) YB Datuk Haji Mohd Naroden Majais,
( Assistant Minister For Entrepreneur Development)
( Asisstant Minister For Resource Planning )

4) YB Datuk John Sikie Anak Tayai
(Assistant Minister For Arts and Culture)
( Assistant Minister For Native Laws and Customs. )

5) YB Datuk Talip Zulpilip,
( Assistant Minister For Urbanizations)
( Assistant Minister For Infrastructure Development)

6) YB Datuk Haji Julaihi Narawi,
( Assistant Minister For Industrial Development (Investment and Promotion)
( Assistant Minister For Rural Economy ( Coastal Areas) And Fisheries. )

7) YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
(Assistant Minister For Youth and Sports)
( Assistant Minister For Housing)

8) YB Datuk Dr Jerip Susil,
( Assistant Minister For Public Health)

9) YB Puan Rosey Yunus
( Assistant Minister For Solidarity)

10) YB Datuk Len Talip Salleh
( Assistant Minister For Environment )
( Assistant Minister For Workforce Development and Training )

11) YB Datuk Roland Sagah Wee Inn,
( Assistant Minister For Public Utilities Water Supply)

12) YB Dr Haji Abdul Rahman Junaidi,
( Assistant Minister For Public Utilities Electricity and Telecommunications)

13) YB Dr Rahman Ismail,
( Assistant Minister For Welfare and Community and Wellbeing)

14) YB Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali,
(Assistant Minister For Early Childhood Education And Family Development)

15) YB Dr Annuar Rapaee,
 ( Assistant Minister For Science Research and Biotechnology )

16) YB Encik Malcom Mussen Lamoh
( Assistant Minister For Agriculture )

17) YB Dr Penguang Anak Manggil,
( Assistant Minister For Local Government)

18) YB Encik Liwan Lagang,
( Assistant Minister For River Transportation and Safety)

Sumber:Klxpress Sarawak 

Berikut senarai Menteri-Menteri Muda yang telah mengangkat sumpah dan menerima tugasan yang diamanahkan.

Timbalan Speaker: Datuk Gerawat Jala

Menteri-Menteri Muda:
1. Datuk Francis Hardin,
2. Datuk Lee Khim Shin,
3. Datuk Naroden Majais,
4. Datuk John Sikie,
5. Datuk Talip Zupilip,
6. Datuk Julaihi Narawi,
7. Datuk Abdul Karim Abdul Rahman,
8. Datuk Dr Jerip Susil,
9. Liwan Lagang, Rosey Yusof,
10. Datuk Len Talip,
11. Datuk Roland Sagah Wee Inn,
12. Dr Abdul Rahman Junaidi,
13. Dr Rahman Ismail,
14. Sharifah Hasidah Ghazali,
15. Dr Annuar Rabiee
16. Malcom Mussen dan
17. Dr Penguang

Sumber: KLxpress Sarawak

walaupun sedikit  perlahan kampung2 di Utara Pulau Bruit untuk pengetahuan sdra rata-rata sudah dibekalkan dgn perkhidmatan air bersih kecuali Kpg Penipah, Kpg Tekajong dan Kpg Bruit. Ketiga kpg tersebut sepatutnya telah dapat menggunakan air bersih pada hujung Disember 2015 kalau tidak disebabkan tangki loji aras tinggi di Kpg Penipah roboh semasa ujian beberapa bulan lepas. Kalau tentang bekalan elektrik rata-rata penduduk dan rumah telah dibekalkan dgn perkhidmatan tersebut.

Jalan dari Kpg Penuai ke Kpg Bruit sedang giat dibina masih dlm proses pembinaan dijangka siap thn 2017. Kami sudah lama gunakan jalan Kpg Penuai ke Pengkalan Feri Kut/Daro untuk ke Daro atau Sibu. Klinik2 sudah lama beroperasi walaupun belum disediakan disetiap kampung, kampung2 yg jarak antara mereka agak berdekatan masih berkongsi perkhidmatan .

Tidak perlu nak berbohong dlm meraih simpati dan sokongan .. penyampaian surat hakmilik tanah kpd penduduk secara berperingkat dari masa ke semasa diusahakan oleh kerajaan. Malah banyak lagi bantuan dlm pelbagai aspek telah dihulurkan oleh kerajaan kpd rakyat.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY