'/>
KOTA KINABALU: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam bungkusan baju buruk di dalam plastik sampah di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok di sini, Jumaat.

Mayat bayi yang belum dikenalpasti jantinanya itu ditemui oleh sekumpulan pemungut sampah pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, bayi itu dipercayai dilahirkan empat hari lepas.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

- http://mstar.com.my

posted from Bloggeroid


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.

Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana. 

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah

Rayuan terlaksana.
 Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar Kepada Allah saya berserah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012

-http://novandri.blogspot.com/2012/01/ag-kemukakan-rayuan-kenyataan-rasmi.html?utm_source=BP_recent
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY