'/>
Bintangor:








posted from Bloggeroid



Beberapa blog menulis tentang hal 'bomoh' yang mana kononnya ramai dikalangan orang-orang politik terutamanya UMNO yang suka sangat gunakan khidmat bomoh untuk menang di PRU. Setiap kali menjelangnya PRU, maka ramailah calon-calon yang nak bertanding berjumpa bomoh. Boleh menang le konon. Dan, target penulis-penulis blog (Pro pembangkang) adalah orang Umno. Dan ada yang menuduh mantan PM, Tun Mahathir pun pernah mengunakan khidmat bomoh. Kalut, kalut le korang ni.

 Sebagai penulis blog, dan pro kerajaan, IBM sangkah sama sekali tuduhan korang. Jangan cari pasal dan menuduh yang bukan-bukan. Apa yang di ulaskan oleh mantan PM tu, hanyalah sekadar memberitahu, nasihat kerana di era beliau memimpin, bila menjelangnya PRU, banyak fedback yang beliau terima tentang pengunaan khidmat bomoh bagi tujuan untuk menang semasa bertanding. Masalahnya, itu bukan melibatkan calon-calon BN, tapi, ianya juga melibatkan calon-calon dari pembangkang.

Maka, ianya digunakan sebagai modal semasa berkempen. Mestilah, kerana itu salah satu point yang bagus untuk melemahkan pihak lawan. Apapun, itu sudah berlalu, Tun Mahathir hanya sekadar mengingatkan supaya iannya tidak di jadikan satu budaya, baik dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Perkara itu semua karut. Yang menentukan adalah rakyat, bukan bomoh. IBM nak tanya le, kenapa orang-orang melayu suka beno percayakan bomoh?..boleh jawab tak?..kan apa sekadar ingin tahu.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY