'/>

Kenyataan Media Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P194 Petra Jaya dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Sarawak.

"Demi menghormati pemergian Allahyarham Tok Nan yang amat kita kasihi, arahan telah dibuat supaya tidak disiarkan apa-apa ucapan Tahniah kepada Ketua Menteri Baru Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dalam jangka masa berkabung ini. Malah beliau sendiri keberatan untuk memberi sebarang ulasan dengan pihak media tadi." - Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol
*saya difahamkan pihak media (suratkhabar) juga telah dinasihatkan tidak mempaparkan ucapan tahniah atas perlantikan Ketua Menteri baharu dalam masa berkabung ini..
Info dan foto :FB Salfian Nawawi

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini, mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan disaksikan oleh barisan menteri kabinet negeri serta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Astana Negeri pada pukul 4.09 petang ini.
http://antirepublik.blogspot.my/2017/01/abang-johari-sah-ketua-menteri-sarawak.html

Abg Johari ketua menteri Sarawak yang baharu

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu. Beliau akan mengangkat sumpah di Astana Negeri, di sini, sebentar lagi. Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengangkat sumpah jawatan ketua menteri keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri, di sini, sebentar lagi.

KUCHING: Mesyuarat pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak sedang berlaku sekarang bagi memilih Ketua Menteri baharu Sarawak.

Ketika ini satu demi satu pemimpin PBB dilihat memasuki Damak Jaya, kediaman Yang di Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, dipercayai bagi tujuan tersebut.

Ia diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan beberapa anggota kanan parti lain, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Stephen Rundi Utom, Ketua Pemuda, Datuk Seri Fadillah Yusuf.

Beberapa ahli kabinet lain menyusul sehingga sekarang.

Majlis angkat sumpah dijangkakan pada hari ini atau esok, dengan pengumuman dikatakan akan diadakan petang ini. – Sarawakvoice

Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merupakan pemimpin yang sentiasa memberi dorongan dan inspirasi kepada kepimpinan negeri Sarawak, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol.

Malah Abdullah Haji Saidol berkata bahawa pemergian Allahyarham Adenan Satem
adalah kehilangan besar kepada rakyat Sarawak, kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang melambangkan seorang anak Sarawak tulen.

Bintangor :sedih, semua bangsa sik kira agama merasa sedih.
Al Fatihah Tok Nan.
kmk orang Islam kirimkan doa.
Sidak bangsa lain dengan cara sidak empun.
--Tapi sigek matlamat yang sama, sama merasa hilang nya bapak kepada Sarawak.
Foto dan info  by : FB khairul ariffin

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY