'/>

MIRI: Banjir menyebabkan dua buah sekolah rendah di Sarawak terpaksa ditutup hari ini, sebuah di Miri dan sebuah lagi di Bintulu, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Ketua sekretariat itu Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata sekolah yang ditutup di Miri ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Essau di Bekenu yang mempunyai 48 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran.

“SK Kuala Sigu di Bintulu yang mempunyai 32 murid, 13 guru dan enam kakitangan pentadbiran turut ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lima buah sekolah rendah iaitu SK Angus, SK Kuala Bok, SK Bukit Balai, SK Kuala Kebulu dan SK Bukit Mawang turut dinaiki air tetapi masih beroperasi seperti biasa.

— BERNAMA

Bintangor:Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor  Tuan Nicholas Bin Belulin telah menerima pangilan pada jam 19:15 pm.Sampai  ditempat kejadian Pihak Bomba didapati tiada kebakaran yang berlaku. Menurut maklumat daripada pemilik rumah, ianya hanya melibatkan makanan yang di masak berbau hangit dan beliau sempat menutup injap dapur gas. Tiada tindakan operasi di jalankan dan pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan serta pemantauan di tempat kejadian bagi memastikan keadaan selamat. Setelah selesai, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Foto :JBPM Bintangor

Kuching:Menurut YB Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail Menteri Muda Permodenan Pertanian ,Tanah Adat dan Pembangunan wilayah ,kerajaan negeri mempergiatkan pemodenan sektor pertanian akan mewujudkan "Agro Park " yang dilengkapi dengan teknologi digital di negeri ini.Matlamat penubuhan Agro Park adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai Net Food Exporter.
Agro Park yang pertama negeri Sarawak akan diwujudkan di Bahagian Sarikei seluas 300 ekar.Ini keranan bahagian tersebut dikenalpasti memiliki potensi yang tinggi didalam pengeluran hasil pertanian dan kedudukannya yang strategik serta mempunyai infrastruktur fizikal dan logistik yang baik.

Kuching:Menjawab soalan YB Datuk Ding Kuong Hiing berhubung isu Bintangor Sport Kompleks ,YB Datuk Snowdan lawan ,Menteri Muda Belia dan Sukan mengatakan   pihak kementerian telah meminta pembiayaan di bawah kajian Mid-term untuk menaik taraf track yang haus dan tenggelam dan menaik taraf kemudahan seperti padang bola sepak, tandas, pentas utama ,pagar dan saliran.

BILA melepaskan BAB1 tersepit, inilah akibatnya.. habis yang PM umum RM1 bilion untuk Projek Tebatan, 60 kontena barangan dari Kelab Putra 1 Malaysia, bantuan untuk pengusaha program PKS terjejas akibat banjir oleh Bank Negara, penggantian passport percuma oleh Jabatan Imigresen, kelonggaran untuk pembayar PTPTN yang terjejas akibat banjir dan ribuan anggota keselamatan diikejarkan ke Pulau Pinang seawal 12 tengah malam hari kejadian (walaupun LGE lambat merayu menangis minta bantuan jam 3 pagi) tu apa?

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY