'/>

Sekatan keluar, Malaysia guna Konvensyen Geneva

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva bagi menyelesaikan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap pegawai ...

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGGESA KOREA UTARA UNTUK MELEPASKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA

7 Mac 2017

1. Saya mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

2. Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

3. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam.

4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

5. Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Parlimen: Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan arahan serta- merta melarang pegawai mahupun kakitangan Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan tindakan sama yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara.

Bagaimanapun, jelas beliau rakyat Korea Utara masih boleh keluar dari negara ini.

ENDS

TPM di Parlimen

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY