'/>

GEORGETOWN: Seorang wanita mengandung maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Bukit Gambir berdekatan Taman Pekaka di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia lingkungan 30-an memandu kereta jenis BMW sebelum kenderaannya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu.

Akibatnya, kenderaan mangsa terbabas ke Lorong Pekaka 9 dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diletak di tepi jalan berkenaan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk. Ketika ini, pegawai polis dan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian berkenaan.

BH

Antara gambar terakhir Arwah Tok Nan bersama PM. Permintaan dari PM semasa melawat Tanjong Datu PRK yg lepas untuk mengantung gambar tersebut di kediaman beliau sebagai mengingati betapa besarnya jasa Tok Nan untuk Sarawak & negara. Disampaikan oleh CM Abang Jo sebentar tadi.
Foto by :wan khalik wm al-edrus


KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMERIKSAAN BEDAH SIASAT KE ATAS LELAKI DEWASA WARGANEGARA KOREA UTARA

Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur telah menerima satu mayat lelaki warnanegara Korea Utara pada 15 Februari 2017, pukul 10:00 pagi daripada Pegawai Penyiasat Polis untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Pemeriksaan bedah siasat telah dijalankan pada pukul 12:45 petang, 15 Februari 2017 dan pemeriksaan telah selesai pada pukul 6:45 petang pada hari yang sama. Pemeriksaan ini telah dijalankan mengikut ketetapan dalam Seksyen 331 Kanun Prosedur Jenayah dan telah turut dihadiri oleh Pegawai Penyiasat Polis.

Pasukan bedah siasat ini adalah dianggotai oleh Pakar Perunding Kanan Forensik, Pakar Radiologi Forensik dan Pakar Odontologi Forensik, yang sememangnya merupakan pakar yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Mayat ini telah menjalani pemeriksaan bedah siasat yang lengkap termasuklah ujian Computer Tomography, bedah siasat luaran dan dalaman, dan pemeriksaan forensik pergigian.

Pengendalian mayat telah dikendalikan dengan penuh hormat dan spesimen-spesimen medikolegal yang telah diambil juga telah dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang untuk menjaga rantaian bukti.

Spesimen medikolegal tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Polis sejurus selepas pemeriksaan bedah siasat untuk dihantar ke makmal yang telah diakreditasi untuk menjalankan analisa. Analisa-analisa ini adalah bertujuan untuk mengesahkan identiti si mati dan juga punca kematian, di mana keputusan makmal masih dalam proses. Tiada bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat si mati.

Terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

21 Februari 2017

Kenyataan Media

JAWAPAN MENTERI LUAR NEGERI KEPADA KENYATAAN AKHBAR OLEH TYT DUTA BESAR REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA KE MALAYSIA

1. Pada 20 Februari 2017, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea ke Malaysia telah mengedarkan satu kenyataan akhbar. Kenyataan akhbar tersebut mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian seorang warganegara negara tersebut yang berlaku pada 13 Februari 2017.

2. Tuduhan-tuduhan tersebut, yang bersandarkan khayalan, pembohongan dan perkara yang hanya separuh benar, telah menjadi asas kepada kesimpulan Duta Besar tersebut bahawa “penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir” dan “penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari saspek, tetapi bermotifkan politik”.

3. Apabila Duta Besar dipanggil (summoned) oleh Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal-Ehwal Duahala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa. Ia juga telah dijalankan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan Malaysia.

4. Apajua tohmahan yang dibuat yang menyangkal hakikat ini, ataupun apajua tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

5. Penyiasatan polis tersebut adalah berdasarkan kesemua petunjuk (leads) yang ada.  Petunjuk-petunjuk ini akan disiasat sepenuhnya.  Petunjuk-petunjuk tersebut mungkin melangkau, dan di dalam sesetengah kes, tidak ada hubungkaitnya dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti-entiti lain.

6. Di mana-manapun negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian rupa akan disiasat secara sekomprehensif mungkin.  Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian. Pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama.  Oleh yang demikian, maklumat kepada umum telah diberi apabila perlu.

7. Adalah juga menjadi kelaziman bagi pihak kedutaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negara hos untuk memastikan bahawa penyiasatan yang dijalankan adalah serapi mungkin, dan bukannya untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap penyiasatan tersebut.

DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN
Menteri Luar Negeri

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY