'/>

Rakyat tak nak dengar lagi taktik lama sepihak pemimpin yang cakap besar 'sokong kerajaan kalau nak pembangunan berterusan'. Ada apa pada lirik lapuk ini bila rakyat luar bandar khususnya tidak pernah hampakan BN, sentiasa memenangkan calon wakil rakyat setiap kali pilihanraya? Sokongan rakyat bebaloi nampaknya dlm memperkasakan BN dan pentadbiran kerajaan sehingga kekal relevan ke hari ini. Cuma agak terkilan dan sedih bila rakyat yg setia memberi sokongan seperti disarankan ini semakin terpinggir berbanding di bandar ... komuniti luar bandar kekal mundur dan goyah.

BUNUH diri membabitkan seorang wanita yang identitinya masih belum dikenalpasti. Menurut saksi, mangsa dikatakan jatuh dari tingkat 5 Imperial Hotel pada pagi tadi.
Foto by the grand old lady, miri - 1910

George Town: Suspek dalam kejadian tembakan di Chong Eu Expressway yang meragut nyawa seorang Datuk dan dua yang lain telah ditahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, suspek merupakan pengawal peribadi Datuk tersebut dan menaiki kereta bersama mangsa ketika kejadian.

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, tetapi suspek terus melepaskan tembakan kearahnya", kata beliau sebagaimana lapor The Star.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid, mengesahkan Datuk yang menjadi mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwong, 32.

Zainol berkata polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

Empat individu turut cedera dalam kejadian.

Sumber: The Star

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY