'/>

Bintangor:
Rombongan YB Abdullah Haji Saidol ADUN N36 Semop membuat lawatan mengejut ke rumah Encik Aziz di Jalan Bidadari Bintangor.

Dalam lawatan tersebut YB sempat meninjau sekitar rumah Aziz dan akan cuba membantu..Dalam masa yang sama YB memberi sumbangan kepada keluarga tersebut.

Dalam masa yang sama UMB BN MERADONG telah membantu keluarga Aziz untuk mendapat rumah bantuan dan bantuan lain...
posted from Bloggeroid
‘Tweet jalur malang’ bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang menghina bendera kebangsaan, boleh disamakan dengan pengkhianatan, kata Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok.

“Saya benar-benar terkejut dan jijik dengan tweet yang dibuat oleh ahli Patrlimen PAS Pasir Panjang apabila dia menghina Jalur Gemilang. Ia seperti pengkhianatan yang dilakukan seorang pemimpin PAS dengan menghina bendera kebangsaan kita,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Dilaporkan tweet Nizar telah menyebabkan kritikan daripada pelbagai pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Nizar pada Isnin telah membuat ‘tweet’: “Janji ditepati malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!

Loh mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ini bukan kali pertama Pakatan menghina bendera kebangsaan.

“Pada bulan September tahun lepas, ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan juga dengan bangganya mendakwa bahawa dia telah mengedarkan bendera DAP kepada pengundinya bukannya Jalur Gemilang dengan alasan bahawa bendera itu kelihatan lebih kepada BN berbanding rakyat Malaysia.

Sumber: http://merdeka-online.com/home/tweet-nizar-tentang-bendera-kebangsaan-sama-seperti-pengkhianatan/

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY