'/>

Komen balas Ketua Setiausaha Politik kepada YAB KM Sarawak Abdullah Haji Saidol kepada kenyataan Tan Sri Pandikar Amin..

AMAT mengejutkan dan pelik pendirian serta kenyataan Pandikar sebagai anak jati Sabah yang menganggap MA63 tidak relevan.

Pandikar begitu yakin mengatakan bahawa hak negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah terhakis sejak penubuhan Malaysia.

Secara tidak langsung Pandikar juga beranggapan bahawa kedudukan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri dalam Malaysia adalah sama-rata semasa Penubuhan Malaysia dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya anggap Pandikar pemimpin yang sombong sehingga secara terbuka mencabar YAB KM Abg Jo untuk berdebat tentang MA63.

Biar rakyat Sabah menilai sendiri kedudukan Pandikar samada mereka masih memerlukan pemimpin seperti ini di pihak mereka.

Saya yakin Pandikar gagal memahami sentimen serta inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekadar mahu di layani secara adil mengikut terma dan semangat MA63 serta peruntukan Perlembagaan.

Mana-mana peruntukan Perlembagaan yang telah diubah atau sebarang cubaan utk mengubah peruntukan Perlembagaan yang akan mengugat atau menghakis kepentingan serta keistimewaan negeri Sabah atau Sarawak haruslah diperbetulkan atau di bantah.

Saya berani dan yakin mengatakan bahawa seluruh rakyat Sarawak membantah dan tersinggung dengan kenyataan Pandikar.

Sikap bongkak beliau yang tidak menghormati kedudukan DP Abg Jo sebagai KM Sarawak juga mengundang kebencian rakyat Sarawak terhadap beliau.

Pandikar tidak sepatutnya begitu cepat untuk membuat andaian bahawa kita di Sarawak ini bodoh dan cuai dalam kajian serta pengetahuan kita tentang MA63.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, Pandikar terpaksa membuat statement sedemikian semata-mata untuk mempastikan survival politik beliau.

Dan pendirian beliau juga saya anggap sebagai "Politik tidak Bermaruah". (Politically Immoral and insecure)

YB Abdullah Haji Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB KM Sarawak
30.Nov - 6.30pm

#TeamAbgJo #SarawakIbuPertiwiku

Miri:Balik dari kampung penan Ba KabingSg Patah Ulu Baram....perut lapar tapi tiada kedai di tengah hutan belantara. Nasib baik ada bawa tapau...YB Dennis berselera makan di atas kereta. Yang penting misi YB berjumpa rakyat terlaksana.
Foto :FB Inik Dom

Setuju dengan kenyataan CM Abg Jo...
Abang Jo Tidak Bersependapat Dengan Pendikar Amin Yang Menyatakan MA63 Tidak Penting

http://www.utusanborneo.com.my/2017/11/29/abang-johari-tidak-sependapat-dengan-pandikar-amin-berhubung-ma63?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

#TeamAbgJo #SarawakIbuPertiwiku

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang mula dinaiki air di Kelantan, sejak beberapa hari lepas.

Beliau kini sedang memantau keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

https://www.facebook.com/barisanasional/posts/1500507460063434

Bintangor:Seramai 52 peserta yang berusia diantara 7 hingga 12 tahun yang mengikut kem ini.Terima kasih kepada peserta yang berjaya mengikuti kem ini.

SIBU: Sarawak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Ini, katanya, ia terbukti apabila perdana menteri menangani permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Najib telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu.

"Jadi kita rakyat Sarawak sangat bernasib baik, jangan ditukar Datuk Seri Najib (daripada jawatan Perdana Menteri). Oleh itu kita mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan Datuk Seri Najib terus jadi Perdana Menteri,"katanya.

Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berucap merasmikan mesyuarat perwakilan lima cawangan PBB di kawasan Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Najib.

Katanya semua tuntutan melibatkan hak Sarawak yang telah terhakis tersebut dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan emosi.

Sementara itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin muda dalam PBB yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, supaya tidak gopoh dan berebut-rebut untuk menjawat jawatan-jawatan dalam parti.

Katanya PBB sememangnya memberi peluang kepada pemimpin muda dan melatih mereka untuk mengambil mereka menerajui pucuk pimpinan parti apabila tiba masanya.

"Kita dalam PBB mempunyai budaya, pemimpin bertukar ganti, kita latih orang muda. Jadi orang muda jangan gopoh dan berebut-rebut kerana ini akan menimbulkan kelam-kabut dalam parti,"jelasnya. - BERNAMA

#TeamAbgJo #KamiGengNajibRazak

Bintangor:YB Datuk Ding Kuong Hiing dan Ahli -ahli Supp dari Bintangor Branch melawat tapak pembinaan blok bangunan baru khas untuk pelajar OKU di SMK Bandar Bintangor. Kos pembinaan dibiayai oleh dana RTP YB. (27/11/17)

Bintangor:Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Zon 1 bagi jawatan pengerusi dan timb pengerusi.

Pengerusi (KK Zon 1)
Abg Masalus Bin Abg Manshor

Bagi jwtn Tim pengerusi:
Dyg Hashimah bin Abf Mohd
(Menang tanpa tanding)

Bintangor: Program Satu Komuniti Satu JPJ merupakan satu pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar menurut Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah ,Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.
Bagi SKSJ Khas Meradong,Sarikei Seramai 2666 orang peserta telah mengikuti program ini.Kesemua mereka berjaya lulus dan layak memperolehi Lesen Memandu Kelas B2 Motosikal.
Program SKSJ yang diperkenalkan sejak 2009 dan sehingga kini sebanyak 35 siri SKSJ telah dijalankan di Sarawak dan seramai 21283 orang calon telah dilesenkan dalam tempoh tersebut.
Selain daripada melesenkan peserta program ini turut diselitkan dengan aktiviti kemasyarakatan tambah beliau lagi bagi majlis Perasmian Penutupan Program Satu JPJ Khas Meradong.

Bintangor:Exsiden kat feri Bintangor Bandar Limau... knak langgar dari belakang.. hilux dengan kancil

Foto:  mohd amirul

SIMUNJAN: Hampir dua minggu selepas kehilangan Desmen Davey, 2 tahun yang ghaib selepas mandi di rumahnya di Kampung Ruan Baru di sini, pada 6 November lalu, satu petunjuk baharu ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Zamzuri Mohamad ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7 malam semalam daripada bapa mangsa, Davey John yang memaklumkan bahawa seorang penduduk kampung, Jimba Tulis telah menemui satu mayat reput di atas Bukit Ruan, berhampiran tempat penduduk kampung menahan jerat, kira-kira 5 kilometer dari rumah mangsa.

“Sosok badan mayat yang ditemui adalah mayat kanak-kanak yang tidak sempurna, berbaju tetapi tidak berseluar.

Mayat tersebut kata Zamzuri, telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak sekitar jam 9.45 malam tadi untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Sementara itu menurut sumber, berdasarkan baju yang digunakan oleh mangsa ketika dilaporkan hilang, ahli keluarga yakin ia adalah mayat Desmen.

Proses bedah siasat akan dijalankan sekitar jam 2 petang ini.

Sebelum ini, pelbagai cara telah dilakukan termasuk mengadakan upacara ritual untuk mengesan Desmen yang ghaib secara tiba-tiba.

Malah gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh pelbagai pihak dan terpaksa dihentikan selepas pasukan SAR gagal menemui sebarang petunjuk baharu. – Sarawakvoice

Bintangor:Skuad Sayang yang diketuai Hajah Dayang Rajemah menziarah isteri Mohd Nor Kasi.Sambil itu sempat memberi sumbangan kepada keluarga berkenan.

Kuching:Good evening.

*KENYATAAN MEDIA*
*KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK*

Pada 18/11/17, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu-individu berlainan yang tidak berpuas hati terhadap satu komen oleh seorang pemilik akaun facebook yang berunsur ugutan ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak.

Siasatan telah dijalankan oleh polis di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Usaha juga telah dijalankan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun fb tersebut.

Pada 19/11/17 jam 2.30 petang, satu pasukan JSJ Kuching berjaya menangkap seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan tersebut. Saspek telah dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching setelah mendapat tahu bahawa polis sedang mengesan anaknya. Satu telefon bimbit milik saspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu telah dirampas darinya. Saspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang yang sama setelah keterangan diambil darinya.

*DATO' DEV KUMAR*

KUCHING - Empat wakil Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri membuat laporan polis berhubung komen seorang netizen yang berbaur ancaman bunuh terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg dalam facebook semalam di sini, petang semalam.

KUCHING: Polis sedang berusaha mengesan seorang netizen FB yang bernama "Gerard Hie" yang telah membuat komen ugutan mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak DP Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, ini adalah susulan dari satu laporan yang diterima polis berkaitan perkara ini.

“Polis sedang siasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti pemilik akaun facebook tersebut,” katanya sebentar tadi sambil mengesahkan laporan polis mengenai perkara berkenaan telah diterima di Balai Polis Gita jam 5 petang tadi.

Laporan polis tersebut telah dibuat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkaitan komen yang dibuat oleh "Gerard Hie" dalam status milik Sarawak For Sarawakian S4S (Sarawak Liberation Movement) SLM.

Pada mulanya "Gerard Hie" menjawab status akaun tersebut; "Setelah Sarawak Keluar Malaysia, Apakah Perubahan yg Kitak maok" dengan menulis “Jatuhkan Parti BN”, sebelum melanjutnya kepada menulis “bunuh Abang Jo” sebagai menjawab soalan rakannya.

Sementara itu, dua laporan polis berkaitan perkara ini  dibuat oleh Persatuan Waris dibuat di Kuching dan Bintulu pada hari ini serta dijangka beberapa laporan berkaitan perkara yang sama akan menyusuli dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, pengasas dan penaung S4S Official Abdul Halim Hamdian, ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan pihaknya juga akan membuat laporan polis berkaitan perkara ini kerana ianya melibatkan nama S4S.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila seseorang mengeluarkan ugutan bunuh kepada Ketua Menteri Sarawak," katanya.

"Kita akan membuat laporan polis berkaitan ancaman ini di sekurang-kurangnya di dua tempat; di Kuching dan di Samarahan pada esok hari," katanya sambil menambah beliau sedang berbincang dengan rakan-rakannya mengenai laporan polis yang bakal dibuat esok.

#TeamAbgJo

Kuching:Ugutan Bunuh CM Abg Jo oleh akaun FB Gerard Hie...Harap pihak polis dan skmm Sarawak mengambil tindakan.

KUCHING : Bahan basi 'kitar semula' yang cuba untuk merenggangkan hubungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop dan Ahli Parlimen Tanjung Manis.

Adakah ini salah satu taktik gerak saraf yang digunakan oleh pihak pembangkang? Apakah individu dibalik tabirnya orang PKR atau Amanah?

Kuching:Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengakui

Sarawak masih belum berjaya memperoleh 20% per se."Kejatuhan harga minyak telah mencetuskan masalah bagi hasil kerajaan serta daya maju syarikat minyak."

Mengumumkan bahawa, banyak syarikat minyak telah menutup kedai, kata Johari, pada masa seperti ini, cuba mengubah model perniagaan sekarang adalah perkara yang sangat sensitif.

"Tetapi ini tidak bermakna kita tidak mengejar kepentingan dalam petroleum. Peningkatan royalti petroleum adalah cara mudah untuk mendapatkan wang tunai untuk Sarawak."

"Sejak itu, kami telah mempelajari bahawa terdapat lebih banyak cara untuk menghidupkan kucing, kami telah belajar untuk menjadi lebih canggih dalam pendekatan kami untuk meningkatkan kepentingan kami dalam sumber petroleum kami dan menjadikannya berfungsi untuk kami," katanya.

Kuching:Sarawak mempunyai hak istimewa untuk diberkati dengan banyak sumber semula jadi yang eksportnya kita bergantung kepada sebagai pemacu ekonomi utama kita selama bertahun-tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, ini telah membawa pertumbuhan pesat ekonomi kecil kita.

"Kami telah melihat perkembangan pesat pusat bandar serta pertumbuhan berterusan di kawasan luar bandar dan peningkatan dalam kehidupan rakyat kita," katanya dalam ucapan penggulungan pada mesyuarat kedua mesyuarat kedua Sarawak ke-18 Sesi Dewan Undangan Negeri petang ini.
 
Menurut Johari, dalam tempoh 36 tahun yang lepas dari tahun 1980 hingga 2016, output kami dalam harga semasa naik sebanyak 9.2% setahun secara purata, sementara penduduk kita meningkat hanya 2.2% setahun secara purata - yang bermaksud bahawa kita telah mengalami peningkatan dalam pendapatan setiap orang oleh kira-kira 7% setahun.

"Ini bermakna bahawa mereka yang tinggal di Sarawak telah berjaya dengan baik kerana kami telah menikmati peningkatan dalam standard hidup kami, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mata wang telah lemah dan oleh itu pendapatan kami dalam segi mata wang asing telah mengalami juga."

"Ia memberi kesan kepada kita apabila kita membeli barangan asing tetapi tidak membeli produk yang dihasilkan secara tempatan. Oleh itu, Sarawak perlu bekerja lebih keras dan menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan tempatan supaya kita dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik," katanya.

Johari menegaskan bahawa kita (Sarawakians) perlu bekerja keras menggunakan kemahiran dan pengetahuan dan menggunakan teknologi baru untuk mewujudkan pekerjaan yang baik di Sarawak untuk lelaki dan wanita muda yang berbakat dan peluang perniagaan yang baik untuk disediakan bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan dan ahli perniagaan.

"Kami mahukan bakat untuk mencari Sarawak tempat yang menarik untuk hidup dan bekerja dan bermain, supaya kami membina masyarakat baru kami berdasarkan pengetahuan, kemahiran, teknologi dan modal."

Kuching:Menurut YB Datuk Amar Douglas Uggah Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Menteri Permodenan Pertanian ,Tanah Adat dan Pembangunan Pindaan kepada kod tanah berkaitan kod yang berkaitan dengan pemakai menoa dan pulau Galau Akan dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak, Mei 2018, .Ini memastikan pasukan petugas Khas mengkaji isu-isu secara menyeluruh dan selepas itu membuat cadangan untuk meminda kod tanah, supaya isu berkaitan untuk hak tanah adat yang asli dapat diselesaikan.Pasukan petugas khas ini terdiri daripada Datu Jaul Samion ,Datu Ganie Ugay ,Datu Thomas Akin Jelimin,Encik Francis Johen Adam,Encik Kilat Beriak,Encik Ding Seling,Encik Paul Raja dan Encik Salang Manjan(Setiausaha)

Semop:Hj.Razak, Pengerusi serta rakan2 Saberkas Unit Kpg.Penipah menyampai bagi pihak YB Abdullah Hj Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN N42 Semop.Sumbangan diserahkan kpd isteri Allahyarham Rezaman Rawi yg meninggal dunia kelmarin.
Arwah Sdr.Razaman adalah salah seorg AJK Saberkas Kpg.Penipah yg aktif.

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menempelak Pengerusi DAP Sarawak yang menuduh peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) disalah guna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau berkata, peruntukan RTP bukannya diberikan secara terus kepada ADUN BN sebaliknya menerusi agensi yang berkaitan selain dipantau Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU).

Menurutnya, Chong sepatutnya mempersoalkan perkara tersebut menerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri yang turut dianggotai ADUN dari pembangkang.

"Peruntukan RTP berjumlah RM5 juta yang disalurkan kepada ADUN BN Sarawak juga bergantung kepada kos dan bukannya bilangan projek.

"Adakalanya bilangan projek sedikit namun kos untuk pelaksanaan agak tinggi," katanya ketika sidang media pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Malah menurutnya, setiap ADUN BN Sarawak turut diberikan kad skor yang perlu dikemukakan kepada Ketua Menteri setiap suku tahun yang melibatkan bilangan projek, kekerapan turun padang, kunjungan masyarakat ke pusat khidmat dan pelbagai aspek lain.

"Setiap perkara yang kita lakukan termasuk melibatkan projek adalah dipantau," ujarnya.

Abdullah menjelaskan, kerajaan negeri memperkenalkan RTP adalah untuk mempercepatkan pembangunan di luar bandar sekaligus merapatkan jurang dengan bandar.

"Kalau menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan mungkin lambat, oleh itu kerajaan melakukan inisiatif memperkenalkan RTP," jelasnya.-Sarawakiana

Kuching:Pengukuran tanah hak adat Bumiputera(NCR) telah dilaksanakan sejak 1960an melalui program seperti Operasi penyelesaian dan program pengukuran kampung tradisional.Program ini dibuat melalui peringkat pertama pengukuran perimeter dan peringkat kedua pengukuran lot individu.
Setakat oktober 2017 seluas 804,826 hektar(1,988,728 ekar) telah berjaya diukur perimeternya.Daripada jumlah tersebut 643017(1,588,895 ekar) di seluruh Sarawak telah pun diwartakan.
Dalam program kedua di bawah seksyen 6 tersebut akan diukur secara lot individu.Setakat ini sebanyak 15351 lot individu telah diukur yang melibatkan kawasan seluas 17776 hektar (43925 ekar).Sebanyak 6024 lot seluas 5261 hektar (13,000ekar) telah dikeluarkan dengan surat hak milik tanah dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri menurut YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan TImbalan Ketua Menteri Sarawak.

Kuching:Skim Penempatan Semula (SPS) Sungai Meradong dilaksanakan melalui tiga (3) fasa .YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ,Menteri Pembangunan Bandar &Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan  Perindustrian &Usahawan Sarawak mengatakan prasarana asas bagi SPS Sungai Meradong Fasa 1 telah siap dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-7 dan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Meradong dan Julau pada 1998 untuk tujuan penyelenggaran.Cadangan untul membina prasarana asas Fasa  2  dan 3 telah dikemukakan untuk dilaksanakan dibawah  Rancangan Malaysia ke -11 namun tidak diluluskan.Cadangan tersebut telah dikemukakan semula dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pertimbangan kerajaan.

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Tuan Nicholas Bin Belilun pihak JBPM
memberi bantuan menghantar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan penduduk rumah panjang Rabong Nanga Strass yang terkandas atas urusan harian bagi melalui jalan yang telah ditenggelami air sedalam 6 kaki.Namun tiada pusat pemindaan dibuka.Senarai nama mangsa(pelajar) adalah seperti berikut :

1. En. Minggu

2. En. Justin

3. En. Jampong

4. Pn . Dara

5. Cik Mina John

6. Diddie

7. Willdidson

Foto :JBPM Meradong

Kuching: Pendapatan RM100 juta daripada premium pembalakan Bukit yang berjumlah  RM300 juta. Ini adalah berdasarkan kadar premium baru RM 50 meter persegi  berbanding dengan kadar lama 0.80 sen dan RM 3.00 setiap meter padu hanya berkuat kuasa pada 1 st Jun 2017 yang lalu menurut YB Dato Sri Wong Soon Koh ,Menteri Kewangan II.
Pendapatan yang dikaji semula daripada royalti hutan untuk 2017 dianggarkan RM343 juta berbanding sasaran RM520.15 juta disebabkan oleh penurunan dalam royalti yang konsisten dengan jangkaan pengeluaran kayu yang kurang.

Kuching:YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo melawat bilik media di DUN Sarawak pada pagi ini. Dalam lawatan selama hampir setengah jam tadi, Abang Jo sempat bertanyakan dengan pemgamal-pengamal media akan masalah-masalah yang dihadapi mereka semasa melaksanakan tugas dipenjang persidangan DUN Sarawak pada tahun ini..

Kuching:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian semalam menjengkelkan barisan pembangkang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) apabila mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang diagung-agungkan mereka mengalami defisit yang jauh lebih teruk dari Sarawak.

Beliau membidas sifat wakil rakyat parti tersebut yang terlalu memuja pentadbiran kedua-dua negeri itu sedangkan hakikatnya, Kerajaan Pulau Pinang sendiri semakin terhimpit.

“Sarawak meramalkan perolehan RM5.525 bilion pada tahun hadapan sedangkan Selangor (RM2.250 bilion) dan Pulau Pinang (RM504 juta).

Dengan nada sindir, Kui Hian memberitahu Sarawak berbelanja RM8.226 bilion namun defisitnya hanya RM256 juta sedangkan Selangor berbelanja RM3.120 bilion untuk defisit RM870 juta dan Pulau Pinang berbelanja RM1.337 bilion dengan defisit RM748 juta.

Enggan memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Chong Chieng Jen untuk mencelah, malah menyifatnya sebagai “budak nakal”, Kui Hian menyindir pemimpin DAP Sarawak sebagai kecut kepada bos mereka di Semenanjung.
Sumber :Sarawakvoice

KUCHING: Sarawak Pay merupakan usaha kerajaan negeri untuk melengkapkan agenda ekonomi digital bagi memudahkan rakyat mengurus segala pembayaran kewangan hanya dengan mengguna telefon pintar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ianya adalah penyelesaian bagi urusan pembayaran menerusi teknologi digital seperti e-wallet, kad kredit dan internet banking.

Menurutnya, e-Wallet dilesen dibawah PaymentGalaxy@Wallet dan dikawalselia oleh Bank Negara, ianya bukan sekadar e-Wallet yang julungkali di Sarawak tetapi yang pertama kali di Malaysia dilaksana oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan aplikasi Sarawak Pay di Komplek Dewan Undangang Negeri Sarawak di sini hari ini.

"Buat permulaan, Sarawak Pay muat tambah nilai paling maksima sebanyak RM200 menerusi internet bankin dan kad kredit. Pada tahun hadapan kerajaan negeri akan memohon kepada Bank Negara agar kadar tersebut dinaik kepada RM1500 paling maksima.

"Untuk mendapat aplikasi Sarawak Pay, pengguna boleh memuat naik aplikasi tersebut di Google Play dan menaip 'Sarawak Pay'" katanya. - Sarawakiana

Kuching:Sebanyak sembilan isu sosial di Negeri Sarawak yang diberi keutamaan dipantau oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dalam ucapan penggulungan kementeriannya di sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak sebentar tadi.

"Isu-isu sosial tersebut adalah; penyalahgunaan dadah dan substance; kehamilan remaja; perkahwinan dan penceraian; jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita; penyakit jangkitan kelamin, HIV dan AIDS; keganasan rumah tangga; jenayah jalanan; gelandangan; dan masalah dokumen pengenalan diri."

Fatimah menjelaskan, bagi menangani isu-isu sosial tersebut, Kementerian giat melaksanakan inisiatif yang merangkumi aktiviti kajian dan penyelidikan; pengurusan pangkalan data; pemantauan tren sosial Negeri; penganjuran majlis kesedaran sosial; dan pelaksanaan pelbagai program intervensi sosial.

Pada tahun ini sehingga bulan Oktober, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (atau singkatannya MPS) telah menganjurkan 8 sesi dialog, 8 siri forum, dan 9 buah program intervensi sosial yang melibatkan jumlah keseluruhan seramai 5,692 orang peserta, tambahnya lagi.

Kuching:Bagi memastikan isu ini ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan, Kementerian memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

1) Menyekat pembekalan dadah dalam pasaran melalui ​tindakan agensi-agensi penguatkuasaan khasnya pihak ​PDRM dan Jabatan Kastam;

2) Mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui ​tindakan pencegahan dan kesedaran;

3) Merawat dan memulih penagih dadah dan substance; dan

4) Meningkatkan pemerkasaan (empowerment) dan daya ​keupayaan (resilience) komuniti.

Bagi terus memantapkan usaha membebaskan masyarakat daripada gejala dadah, pihak Kementerian bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak penguatkuasa iaitu:

1) Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan peringkat Negeri ​Sarawak diberi kemudahan dan keupayaan untuk ​melaksanakan semua ujian air kencing.

2) Mewujudkan mahkamah dan sumber manusia ​berkelayakan di peringkat daerah bagi menyelesaikan kes ​dengan cepat dan dengan itu mengurangkan backlog kes-​kes yang berkaitan.

3) Mewujudkan Intoxicating Substance Act untuk ​memasukkan semua jenis bahan atau substance yang ​mempunyai kesan yang sama seperti dadah, contohnya, ​gam, cat, gasolin dan lacquer thinner.

4) Menghalang kemasukkan individu dari luar Sarawak yang ​mempunyai rekod jenayah dadah dibawah ADB (Langkah-​Langkah Pencegahan Khas) 1985.

5) Mewujudkan mekanisma untuk mengesan dan memantau ​pelajar-pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu ​berkaitan dadah; dan

6) Mewujudkan mekanisma untuk menangani isu penagihan ​dan pengedaran dadah dengan kaedah “snowballing” ​untuk memperolehi maklumat daripada pelajar yang ​positif ujian air kencing.
Sumber:YB DATO SRI HAJAH FATIMAH ABDULLAH

MENTERI KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI, WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK

Kuching:Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan SarawakGov Apps yang merupakan platform komunikasi rasmi Kerajaan negeri menurut YB Datuk Talib Zulpilip ,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman).
Aplikasi ini juga memyediakan maklumat berita/acara terkini,sahih dan berwibawa.Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri berorentasi rakyat yang menyumbangkan idea ,aspirasi serta maklum balas terhadap sistem penyampaian melalui i-Kamek dan talikhidmat .Sebanyak 6048 hits muat turun pengguna telah dicatatkan melalui aplikasi SarawakGov Apps ini.

Kuching :Menurut YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah,Menteri Pelancongan ,Kesenian ,Kebudayaan,Belia dan Sukan Sarawak Sejumlah 1436 atlet akan mengambil bahagian dalam Sukan Sarawak (SUKSAR) yang akan datang dari 14 hingga 17 Disember 2017 yang melibatkan 14 tempat. SUKSAR menyediakan platform terbaik untuk mengenal pasti bakat terbaik dan juga tanah yang kaya untuk memupuk mereka dari luar negeri untuk SUKMA 2018 .

MIRI: Banjir menyebabkan dua buah sekolah rendah di Sarawak terpaksa ditutup hari ini, sebuah di Miri dan sebuah lagi di Bintulu, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Ketua sekretariat itu Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata sekolah yang ditutup di Miri ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Essau di Bekenu yang mempunyai 48 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran.

“SK Kuala Sigu di Bintulu yang mempunyai 32 murid, 13 guru dan enam kakitangan pentadbiran turut ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lima buah sekolah rendah iaitu SK Angus, SK Kuala Bok, SK Bukit Balai, SK Kuala Kebulu dan SK Bukit Mawang turut dinaiki air tetapi masih beroperasi seperti biasa.

— BERNAMA

Bintangor:Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor  Tuan Nicholas Bin Belulin telah menerima pangilan pada jam 19:15 pm.Sampai  ditempat kejadian Pihak Bomba didapati tiada kebakaran yang berlaku. Menurut maklumat daripada pemilik rumah, ianya hanya melibatkan makanan yang di masak berbau hangit dan beliau sempat menutup injap dapur gas. Tiada tindakan operasi di jalankan dan pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan serta pemantauan di tempat kejadian bagi memastikan keadaan selamat. Setelah selesai, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Foto :JBPM Bintangor

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY