'/>

*KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: PENIPUAN WALL STREET JOURNAL TERBUKTI*

8 Jun 2016

1. Hari ini, tuduhan palsu Wall Street Journal terhadap Malaysia sekali lagi telah terbukti satu pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

2. Semalam WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dan sebahagian daripada dana ini kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri. Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa "Tiada bank di Singapura menerima pemindahan $3 bilion dari Goldman Sachs berhubung dengan penerbitan bon 1MDB ".

3. Sungguhpun berat dakwaan mereka, WSJ tidak memberi sebarang bukti yang boleh menyokong tuduhan mereka - ia kini proses lazim bagi mereka melaporkan Malaysia.  Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka daripada sumber tanpa nama, seperti "Mereka yang arif dengan perkara itu " dan " Penyiasat" yang tidak dinamakan. Sumber-sumber ini mungkin wujud atau tidak wujud, atau boleh jadi proksi Tun Mahathir Mohamad dan Kempen Anti Najib beliau yang gagal. Rakyat Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengetahui kebenaran, kerana WSJ enggan menamakan sebarang sumber.

4. Setiap minggu banyak dakwaan WSJ dari sumber tanpa nama yang telah dibuktikan merupakan pembohongan. Seperti WSJ mendakwa bahawa Perdana Menteri tidak disoalsiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam pada 5 Disember 2015. Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor baru Bank Negara Malaysia, sedangkan ini adalah tidak benar.

5. Kini jelas bahawa WSJ telah gagal melapor secara berkecuali dan bebas mengenai Malaysia. Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak sahih oleh lawan Kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat mereka dalam kempen mereka secara terbuka mengisytiharkan  untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan. Ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan yang tidak sahih hanya terhadap satu negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa berat sebelah dalam pelaporan urusan dalaman Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR
PERDANA MENTERI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol kekal sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri sementara setiausaha kelab baharu, ADUN Sadong Jaya, Aidil Lariwoo.

Barisan kelab tersebut turut menyaksikan ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan sebagai bendahari dan beberapa wakil rakyat baharu sebagai ahli-ahli BNBBC.

Abdullah berkata, Aidil dilantik sebagai setiausaha bagi menggantikan ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi yang dilantik sebagai Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Tele-komunikasi).

“Hari ini (semalam) kita mengadakan sesi perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama semua ahli BNBBC termasuk wakil rakyat baharu.

“Beliau (Adenan) berkongsi tentang apa yang dijangkakan daripada BNBBC (semasa persidangan DUN) selain mahukan semua ahli lebih agresif, memahami Perintah Am dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN dan Mesyuarat BNBBC di Kompleks DUN di sini semalam.

Abdullah berkata, bagi wakil rakyat dan ahli-ahli kelab baharu mereka juga bakal membuat ucapan sulung selain diberi peluang berdebat.

Namun, katanya Ketua Menteri juga mahukan ahli-ahli BNBBC bukan sekadar bercakap mengenai kawasan masing-masing tetapi yang penting secara keseluruhanan termasuk berkaitan negeri.

“Beliau juga mengingat-kan semua wakil rakyat BNBBC termasuk yang baharu menyampaikan penghargaan kepada pengundi yang mengundi sehingga menjadi ahli dalam DUN.

“Ketua Menteri mahukan kami lebih sensitif dengan isu-isu negeri ini bukan perkara berkaitan kawasan masing-masing sahaja selain bekerja-sama antara satu sama lain memandangkan kini ahli-ahli kita ada wakil Cina (SUPP),” katanya berbanding sebelum ini tiada wakil dari SUPP dalam BNBBC.

Abdullah menambah, kini semua wakil kaum diberi peluang menyertai debat dan berharap semua perkara berkaitan rakyat pelbagai kaum akan diwakili.

Malah, dengan adanya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi semua wakil rakyat yang perlu dilaporkan dalam enam bulan sekali pastinya akan memantau kerja dikendalikan wakil rakyat lebih dekat.

BH

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY