'/>

Laporan bot karam di Kpg Kut yg melbatkan 27org setakat pukul 7.30 mlm:
Mangsa selamat:-
1. Anthony Bahari.
2. Habibah Yunus.
3. Naidi Saibi.
4. Jusni Pandi.
5. Raidah Pandi.
6. Median Wasli.
7. Aiman Sepawi.
8. Suraidah Busnu.
9. Melajim Akim.
10. Jebat Busnu.
11. Saamah Drahman.
12. Ija Iteli.
13. Marina Gusti.
14. Slmah Rapli.
15. Manja Wahi.
16. Mah.
17. Naibi Saibi.

Mangsa ditemui mati:-
1. Melati Jeraie.
2. Sekiah Kipli.
3. Merah Morni.
(semuanya perempuan)

Mangsa yang masih hilang:-
1. Borhan Bordan.
2. Riji Dalol.
3. Mahdani Akim.
4. Abu Bakar Mahli.
5. Kalsum Mat.
6. Ebong Rais.
7. Nur Abdullah.

Operasi mencari yang hilang akan dijalankan semula pada pagi esok.

Selamat  petang  dan salam sejahtera tuan,Untuk Makluman(Peringkat Awal terkini pada jam 1535 hrs),Insiden:Bot panjang rombongan perkahwinan terbalik (dari Kpg Saei ke Kpg Tekajong)  beralamat Kampung Kut, Matu Daro ,Mukah .Terima panggilan dari Rc Melaka 135226 hrs.Balai terlibat:BBP Mukah  dengan  4 anggota diketuai PB Hailari (Hilux+Bot) dan Bantuan dari BBP Sibu  dengan 5 anggota diketuai PBKII Samsawi ( Pajero+Bot) serta Sungai  Merah dengan 11 anggota termasuk 3 anggota PPDA diketuai Ketua Balai PKPgB Mashidi(Dmax+Van+Bot) telah pergi untuk menjalankan operasi,Jarak dari balai: 2 jam perjalanan ketempat kejadian, Mangsa: 26 mangsa  terlibat ,8 mangsa selamat ,3 mati dan 15 orang belum diketahui. Pasukan Bravo,PGO Sarawak.

SHAH ALAM – Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat telah dikenal pasti iaitu Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Identiti mereka diperoleh hasil siasatan Astro Awani yang turut mendapat pengesahan daripada sumber yang enggan dinamakan.

Menurut laporan sebelum ini, nasib pasangan itu di mahkamah Sweden bakal diketahui semalam namun sumber menafikan hal itu.

Kedua-duanya direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan polis di kediaman mereka pada 14 Disember lalu.

Sementara itu, Isnin lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.

Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilaporkan berada di bawah penjagaan keluarga angkat di sana.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/pukul-anak-tak-solat-pasangan-dikenal-pasti-1.241538

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY