'/>

Tudia aihhh.. Budak ni mesti tahap hyperactive dia level 99.999% nih!! Hahaaa.. tak boleh fikir la macam mana dia boleh panjang tiang sampai macam tu sekali.. Terkejut sebab tak pernah tengok. Mungkin cita-cita nak jadi macam spiderman kot.

Nampaknya budak ni sejak dari kecil dah ada bakat yang terpendam.. Nanti-nanti bila dah besar mesti jadi pemanjat professional. Tengok dari segi dia panjat pun dah tau dia ada teknik yang betul dan yang pasti berani budak ni haha!

Sumber :RTM Sarawak

Meskipun gagal dalam memanipulasi isu 1MDB, Sarawak Report (SR) diyakini tidak berhenti setakat itu dalam percubaan menjejas imej kerajaan.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak (BNBBC) Abdullah Saidol mempersoal kesahihan laporan SR, berkata portal berita itu tidak pernah memuji atau menyokong usaha baik kerajaan.

“Sarawak Report adalah ejen propaganda bertujuan dan dibiayai bekas penjajah kita. Telah terbukti SR mengguna banyak maklumat yang mereka sendiri tahu tidak benar atau diputar belit untuk menyerang kerajaan.

“Adalah pelik bertanya mengenai kredibiliti SR kononnya tercalar disebabkan pendedahan ini kerana hakikatnya SR tidak pernah ada kredibiliti untuk dicalar,” katanya ketika mengulas SR dan laporan pendedahannya mengenai 1MDB sebelum ini.

Menurutnya, walaupun 1,000 mahkamah dari berbagai negara berjaya membukti SR berbohong dan memfitnah, beliau yakin ia tidak akan berubah dan berganjak daripada prinsip perjuangan mereka sehingga misi menghuru-hara negara ini berjaya.

Katanya, kegagalan mereka untuk memanipulasi isu 1MDB hanya kegagalan kecil bagi SR serta rakan-rakan medianya yang lain.

“SR bukanlah media bebas dari pengaruh politik. Pihak pembangkang juga bersekongkol dengan mereka.

“Usaha kerajaan memberi perhatian kepada inisiatif untuk membaiki keadaan serta memakmurkan negara sedikit sebanyak diganggu anasir surbersif SR serta konco-konco mereka yang mengambil setiap peluang menimbulkan fitnah melampau serta suasana berburuk sangka masyarakat,” jelasnya.

Katanya, perpaduan rakyat berbilang kaum diharap dapat diperkukuh dan jangan cepat melatah sekiranya wujud kecacatan dalam kerajaan.

Apa jua masalah katanya wajar diselesaikan menerusi saluran yang betul.

“Kita pernah dijajah. Jangan biarkan pemikiran dan jiwa kita dijajah lagi.

Baik buruk negara ini ia tetap tanah tumpah darah kita.

“Tempat kita dilahirkan dan ramai kita mahu jasad kita disemadikan di sini,” ujarnya.

Syabas dan tahniah kepada sahabat yang menjayakan program ini.

  • MARA dilaporkan membeli Dudley International House di Melbourne, Australia pada harga yang lebih tinggi sebanyak $4.75 juta dolar
  • 1. Pada 2013, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilapor membeli bangunan Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta) menggunakan dana pelaburan kerajaan
    • Bangunan lima tingkat itu yang terletak di pinggir bandar, East Caulfield, boleh menempatkan sehingga 115 pelajar MARA yang menuntut di Universiti Monash.

      Menurut angka kerajaan, seramai 20,000 pelajar Malaysia menuntut di Australia setiap tahun, dan Melbourne merupakan antara destinasi popular.
       themalaysianinsider.com
  • 2. Walau bagaimanapun, menurut portal The Age dari Australia, hartanah itu hanya bernilai $17.8 juta dolar (RM51.4 juta) mengikut harga asalnya

  • 3. Persoalan yang timbul adalah kenapa ada nilai tambahan sebanyak $4.74 juta dolar (RM13.7 juta)?Fairfax Media - syarikat media terkemuka di Australia - melancarkan satu siasatan selama 8 bulan bagi mengesan wang yang mencurigakan itu merentasi tiga benua.

  • 4. Menurut sumber, Dudley House merupakan projek usaha sama diantara pemaju hartanah warga Australia Peter Mills dan Chris Dimitriou bersama dua ahli perniagaan Malaysia yang dipercayai bergelar 'Datuk'

    • Kedua-dua ahli perniagaan tersebut, Yusof Gani dan Ahmad Azizi memilih untuk tidak menonjolkan diri di Australia.

      Di Malaysia, Gani dan Azizi mempunyai profil yang lebih besar. Setiap seorang telah dikurniakan gelaran Datuk.

      Facebook Azizi menunjukkan dia dan dua anaknya, Erwin dan Erwan, bergaul dengan golongan elit serta dikelilingi kereta mewah seperti Porsche dan Ferrari. Erwan juga dikatakan selalu muncul di kelab Porsche Kuala Lumpur.
       theage.com.au
  • 5. Memetik dokumen sulit, The Age melaporkan bahawa pembelian Dudley House pada harga $22.5 juta dolar oleh MARA itu telah diusahakan oleh anak Azizi sendiri iaitu Erwan melalui rangkaian kenalan yang ada kaitan dengan institusi kerajaan

    • Keluarga Azizi tidak hanya mempunyai dana untuk melabur dalam pembangunan hartanah Australia bernilai berjuta dolar. Mereka juga mempunyai kenalan untuk menawarkan sesuatu yang luar biasa, iaitu penjualan bangunan Dudley House kepada kerajaan Malaysia di pada harga yang lebih tinggi.
       theage.com.au
  • 6. Siapakah kenalan yang dimaksudkan? Siasatan mendapati bahawa terdapat dua orang pegawai tertinggi MARA yang terlibat iaitu Datuk Mohammad Lan bin Allani dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Halim bin Rahman.

    • Ketika dihubungi Fairfax Media, Datuk Mohammad Lan berkata beliau tidak ingat urusan Dudley House, walaupun beliau melawat Melbourne pada bulan Mei tahun lalu untuk memeriksa hartanah tersebut, menurut laman web Konsulat Malaysia. 

      Apabila ditanya tentang wang sogokan yang pernah dilaporkan sebelum ini, bekas ahli politik itu terus meletak telefon.
       theage.com.au
  • 7. Jumlah $4.75 juta dolar itu dipercayai telah dibawa keluar dari Australia dan kemudian dibayar sebagai rasuah di Malaysia bagi memastikan dana akan tiba daripada kerajaan untuk membeli bangunan berkenaan

    • Rasuah tersebut dibayar melalui invois palsu yang dikeluarkan kepada pemaju Australia daripada syarikat-syarikat Malaysia. Invois ini menuntut bayaran bagi perkhidmatan yang langsung tidak wujud, termasuk "nasihat profesional" dan "perundingan dan yuran nasihat".

      Pemaju hartanah Australia yang terlibat, Peter Mills, tahun lalu mengakui di hadapan mahkamah sivil bahawa $4.75 juta dolar tersebut telah "dibayar secara rasuah semata-mata untuk memeterai perjanjian".
       theage.com.au
  • 8. Isu ini pada mulanya dilaporkan oleh John Bond, pekerja yang tidak pernah dibayar untuk kerja-kerja pembinaan Dudley House. Kalau bukan kerana beliau, mungkin tiada siapa yang tahu mengenai perjanjian yang meragukan ini.

      • 60edImage via www.smh.com.au
        Pemilik syarikat tingkap dan pintu, John Bond mendakwa beliau tidak pernah dibayar dalam kerja pembinaan Dudley House.
    • Apabila John Bond, 53, mendapat pekerjaan lumayan untuk membantu membina Dudley House, beliau bermimpi untuk memperluaskan perniagaannya. Walau bagaimanapun, selepas bekerja beberapa bulan, Bond, bersama-sama dengan kakitangan dan puluhan kontraktor lain perlu menanggung hutang besar mencecah jutaan dolar.

      "Mereka [pemaju] kerap melambatkannya. Daripada seminggu menjadi sebulan. Kemudian enam bulan. Dan saya terfikir mesti ada sesuatu yang tak kena di sini. Mereka seolah-olah seperti tidak akan membayar kami," ujar John Bond.
       theage.com.au
  • 9. John tidak mempunyai wang dan terdesak. Harapan untuk dibayar bagaimanapun menemui jalan baru apabila nilai hartanah tersebut melonjak. Tetapi...

Akhirnya terbongkar betapa 1MDB dan, kerajaan dan terutamanya Ds Najib Razak di fitnah dengan maklumat palsu oleh Sarawak Report.
Maklumat yang diubah digunakan pula oleh para pemimpin pembangkang untuk menghentam Ds Najib, Umno dan kerajaan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan rombakan kabinetnya selepas raya ini. Najib sudah tidak ada pilihan. Untuk mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya beberapa Menteri yang dianggap sebagai ‘beban’ perlu digugurkan segera dan diganti dengan mereka yang lebih fresh dan energetik. Ini termasuk menukar portfolio beberapa menteri yang suka ‘playsafe’.

Antara yang mungkin akan digugurkan ialah Datuk Hassan Malik, Nazri Tan Seri Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Shahidan Kassim. Beberapa orang Menteri pula akan ditukar portfolio mereka seperti Khairy Jamaludin yang dianggap prestasinya sebagai Menteri Belia dan Sukan agak kurang menyerlah.

Kegagalan negara dalam berbagai bidang sukan sejak beliau menjadi Menteri menjadi puncanya. Kejayaan kontijen negara di sukan SEA di Singapura baru baru ini dilihat bukan kejayaan beliau. Khairy juga dilihat gagal dalam program pembangunan belia negara.

Shafie Afdal turut akan bertukar portfolio. Komen komen beliau mengenai isu 1MDB dan pertelagahan beliau dengan Ketua Menteri Sabah menjadikan beliau bukan lagi Menteri yang sealiran dengan Najib. Isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporation di Australia yang menjadi senjata baru kepada pembangkang, menjadikan kedudukan beliau semakin panas. Usaha beliau menjemput Najib merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilanan UMNO Bahagian Semporna Ogos nanti tidak akan menyelamatkan kedudukan beliau apatah lagi sebagai Naib Presiden.

Datuk Ahmad Maslan juga mungkin bertukar portfolio. Beliau menjadi tidak popular kerana sering membuat kenyataan yang mendahului kabinet dan Menteri yang bertanggungjawab terutamanya dalam isu GST.

Antara beberapa nama yang dijangka naik pangkat ialah Datuk Razali Ibrahim. Kalau Datuk Azizah Mohd Dun tidak naik pangkat mungkin Najib akan melantik seorang wanita muda menjadi Senator untuk menyertai kabinet beliau. Disamping itu beberapa tenaga muda baru telah disenaraikan dan berpotensi untuk dibawa masuk seperti Datuk Anuar (Sekijang), Datuk Nawawi (Langkawi), Datuk Ikmal Hisham (Kelantan) dan Datuk Irmohizam (Selangor). Turut tersenarai ialah beberapa senator seperti Datuk Salim Sharif (Negeri Sembilan) dan Datuk Asyraf Wajidi (Kelantan).

Rombakan kabinet akan menjadikan Najib lebih ‘In Command’ bagi menghadapi PRU ke 14. Ini juga akan mematikan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan beliau dari dalam. Keberanian Najib mencabar mana mana anggota kabinet supaya meletak jawatan jika tidak lagi dapat bersama dengan beliau dalam menangani isu 1MDB membawa impak besar. Suara suara sumbang sudah tidak kedengaran. Bahkan pendirian majoriti Ketua Bahagian UMNO supaya pemilihan parti 2016 ditangguhkan mematikan sebarang usaha untuk menentang kepimpinan beliau. Difahamkan survey pendirian Ketua Bahagian itu dibuat melalui kumpulan Telegram mereka.

Sejak pihak pengurusan 1MDB lebih terbuka menjawab satu demi satu dakwaan Tun Mahathir kononnya wujud kepincangan dalam 1MDB, tekanan supaya Najib meletak jawatan semakin kendur. Bahkan langkah rasionalisasi 1MDB seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan 2 dapat menangkis dakwaan bahawa 1MDB adalah syarikat pelaburan kerajaan yang gagal.

Ternyata pihak yang memburuk-burukkan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib banyak menggunakan maklumat daripada Sarawak Post. Penangkapan Xavier Andre Justo bekas Eksekutif Petrosaudi oleh Pihak Polis Thailand mengukuhkan lagi kredibiliti Najib dan 1MDB.

Xavier Justo telah dipecat oleh Petrosaudi iaitu rakan kongsi 1MDB. Beliau banyak memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report yang beroperasi di London untuk tujuan memeras ugut bekas majikannya. Laporan Sarawak Report inilah yang menjadi sumber rujukan kepada Tony Pua dan yang lain lain untuk menyerang Najib dan Kerajaan.

Satu lagi isu ialah, apakah akan ada Menteri Besar yang akan diganti sebelum PRU ke 14? Tunggu dan lihat. – MYNEWSHUB.CC

Kes fitnah ke atas PetroSaudi telah difailkan dan aduan telah dibuat di London oleh pihak terbabit. Justo pastinya akan diekstradisikan oleh Thailand ke Britain bagi perbicaraan dan siasatan lanjut.

Maka tidak hairanlah Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report sangat gentar dan resah kerana mereka sendiri berpangkalan di Britain.

Agak menarik apabila The Malaysian Insider cuba menghilangkan jejak mereka sendiri yang tidak melaporkan mengapa Xavier Justo ditahan oleh polis Thailand dan waran tangkap ke atasnya oleh Mahkamah Bangkok Selatan. Dan lebih menarik lagi ialah apabila The Malaysia Insider juga tidak menyebut fakta kes di mana Xavier Justo telah menokok tambah e-mel dan dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY