'/>
HANGUS TERBAKAR




PUSAT SUMBER TURUT MENGALAMI KEROSAKAN

Bintangor:

2 Buah rumah guru di SK Mupong yang bercantum telah terbakar jam 1150 pagi 26 Mac 2012 yang lalu.
Semasa kebakaran berlaku guru berkenan sedang mengajar.Mereka hanya menyedari  kebakaran berlaku apabila melihat kepulan asap hitam.

Tindakan pantas kakitangan sekolah ini berjaya menyelamatkan bangunan sekolah lain yang berdekatan.Rumah ini di diami oleh 3 orang guru iaitu Mohd Syuhaily Bin AB Manap,berusia 32 tahun berasal dari Johor,Wan Norazli bin Wan Bujang ,36 tahun ,berasal dari Bintangor ,Sarawak ,Wan Mohd Azham Bin Wan Hashim,23 tahun berasal dari Kelantan.

Menurut saksi kebakaran ini bermula daripada bahagian dapur disyaki berpunca litar pintas.Kesemua guru ini terpaksa berkongsi tempat tinggal dengan guru lain.Mereka gagal menyelamat harta benda semasa kebakaran ini berlaku.

SK Mupong ini mempunyai 55 orang pelajar ,12 orang tenaga pengajar dan 6 orang sokongan.Buat masa sekarang pihak sekolah mengalami masalah bekalan elektrik dan air serta makanan untuk pelajar.

Anggaran kerugian sebanyak RM200,000. 





Bintangor:
Kebakaran 2 buah motosikal di Jalan Abang Amin awal pagi semalam dipercayai perbuatan khianat.
Menurut Rosemandi Saufi kebakaran tersebut hanya disedari apabila beliau terdengar bunyi letupan...
Beliau dan ahli keluarganya pantas bertindak dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.
Rosmandi telah membuat laporan polis...







posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY