'/>

Nantikan pelancaran theRakyat iaitu portal rasmi Barisan Nasional untuk pilihan raya ke-14 yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional pada 3 Januari 2018, jam 8 malam bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
Sumber:https://www.facebook.com/barisanasional/posts/1530308797083300

Bintangor:Meriah sambutan Majlis Aprisiasi  dan Hari Keluarga PBB N46 Meradong 2017.Majlis Ini dihadir oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB N46 Meradong Encik Morsili Bakar,Naib Ketua Cawangan PBB N46 Meradong Encik Samsawi Mohamad ,Penolong Pegawai Daerah Meradong Tuan Baiduri  Bidin dan Wakil KPD Meradong Tuan Mohamad Bin Ayub .Dalam Majlis ini Encik Morsili merakam jutaan terima kasih atas pengorbanan ahli-ahli PBB Meradong yang lalu.Beliau juga berpesan supaya hubungan keluarga PBB Meradong diperkukuhkan dan terus berjuang mempertahankan PBB demi masyarakat Tempatan tanpa mengira agama ,bangsa dan kaum.Majlis ini turut diserikan dengan persembahan dari Artis Kelab Anak Seni Meradong dan ahli PBB N46 Meradong.

Sarikei :Menurut Ketua Balai Bomba Sarikei Tuan Suna Kaha pihak Bomba sampai di tempat kejadian didapati sebuah kereta Kenari yg menghala ke dalan Kim San telah terbabas ke dalam parit sedalam 2 meter dalam kejadian kemalangan kendiri. Terdapat seorang mangsa Perempuan yang berusia 57 tahun  yg telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan.Tiada penumpang lain. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa lalu menyerahkan kepada pihak Polis.

Foto by JBPM Sarikei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa mesej yang ditularkan di media sosial mengenai kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2018 dan Hari Pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018 adalah langsung tidak munasabah.

Malaysia akan mencari ekstradisi seorang rakyat Malaysia yang ditangkap dengan senjata api di bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Pakistan di Karachi, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata polis telah meminta kerjasama Interpol untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suspek yang dikatakan berasal dari Sarawak.

Malaysia boleh menjalankan siasatan dan mendakwa suspek, katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Tebedu di sini hari ini.

Telah dilaporkan bahawa rakyat Malaysia ditangkap pada Jumaat lalu ketika menaiki penerbangan Malaysia dan pihak berkuasa Pakistan merampas empat pistol, lapan majalah amunisi dan 70 peluru tersembunyi di dalam beg dan kasutnya.
FMT

BELAGA - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg hari ini mengumumkan kelulusan segera RM50 juta bagi menaik taraf fasa pertama Jalan Belaga-Menjawah. 
foto :FB Ambrose Cheng 

Baca penuh:http://klxpress.com.my/sarawak/29460-rm50-juta-untuk-jalan-belaga-menjawah.html

PERMOHONAN #UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019
bagi sesi akademik 2018/2019 bagi lepasan #SPM/setaraf & #STPM/setaraf akan dibuka mulai: 5 FEBRUARI 2018, Jam 12.00 Tengah hari

Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU:
https://t.co/XxfJzAYJP0 https://t.co/sKxENazDGS

Sarawak ada acuan sendiri realisasi pembangunan - Abang Johari;
Pembangunan Sarawak diyakini terus terlaksana yg meliputi semua aspek fizikal, ekonomi & sosial mengikut perancangan yg telah dirangka.

Sumber:https://t.co/R0xoxGTBS1

ISU gadai/jual tanah ini adalah isu paling digemari macai Pakatan, selain kos sara hidup.  Seolah menjadi satu kesalahan pulak menjual tanah di negara ini sekalipun mengikut semua peraturan. Forest City, TRX dan terbaru tanah Felda Jalan Semarak, sekalipun dalam kes itu Felda yang sebenarnya kena tipu kerana tanah mereka dijual tanpa pengetahuan oleh syarikat yang berkenaan.

Tapi ini semua sebenarnya politik saja, bukan sebab ada apa isu dengan tanah yang dikatakan dijual itu pun.  Kalau tanah boleh dijual, ia juga boleh dibeli balik.  Kalau tanah digadai, ia juga boleh ditebus balik tapi gebang macam kalau dah sekali jual, selama-lamanya terjual lah.

Siap banding-banding dengan Palestin lagi – betul bodoh punya kerja.

Baca lanjut di sini:https://goo.gl/24GSSt

Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas dengan Taufan Tembin di selatan Filipina - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau sudah membuktikan dirinya bukan mahu mengawal segala-galanya kerana bersedia bertoleransi termasuk mengembalikan hak dan kuasa Sarawak mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, hal berkenaan sudah diterjemah dalam bentuk tindakan, selain sedang dinikmati rakyat Sarawak.

“Dr Kui Hian ada bangkitkan berkenaan pengembalian kuasa dan hak Sarawak, tapi saya tidak masukan beliau dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebab saya sendiri sudah mansuhkan ISA.

“Selain proses memberi semula kuasa dan hak, Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo dan mengembalikan semula Empangan Hidroelektrik Bakun,” katanya.

Sumber:Era Mahathirisme Tidak Akan Berulang, Itu Janji Najib
https://t.co/nGiabJ6o6P https://t.co/Vj7mSQD9bt

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) beliau percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya minta selesaikan soal ini. Saya percaya Abang Johari ada formula macam mana nak selesaikan sebelum PRU14 untuk SUPP kembali sebagai barisan yang kukuh sebagai SUPP yang satu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke-24 di Kuching pagi ini. Turut hadir Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Terdahulu Dr Sim dalam ucapannya berkata perwakilan bersetuju dengan resolusi untuk ‘tolak calon  langsung  BN’ pada PRU14 nanti.

Dalam ucapannya di hadapan perwakilan yang hadir,  Najib berkata beliau mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.

Katanya berbanding pada persidangan tiga tahun lalu, kali ini beliau dapat merasakan SUPP sudah memiliki ‘perpaduan yang semakin utuh’.

“Saya berasa amat senang hati hari ini, pertama kerana hampir semua perwakilan yang hadir memakai baju warna kuning tanda perpaduan  dan pembaharuan kukuh SUPP.

“Saya mahu SUPP menjadi parti pilihan rakyat Sarawak sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta lain-lain parti berasal dari negeri ini,” katanya.

Najib turut menggariskan tiga perkara yang boleh menjadi kekuatan SUPP.

“Tiga perkara ialah mempunyai perancangan, perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan juga perpaduan serta kesepaduan,” katanya.

-bernama

Serian:Hospital Serian, kemalangan melibatkan 8 nyawa 7 orang menaiki van dan 1 orang menaiki hilux. 3 maut di tempat kejadian di Jalan Tebedu-Serian serta yang lain cedera parah.

Sarikei:Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Tuan Suna Kaha pihak  Bomba menerima satu pangilan khas iaitu menangkap ular di alamat Bangunan Rumah Mayat Hospital Sarikei. Setiba di lokasi kejadian didapati seekor ular tedung sepanjang 1 meter berada didalam saluran paip di belakang bangunan Mayat. Pihak bomba bertindak menjerut ular tersebut dan melepas ke habitat asal.

Foto JBPM Sarikei

Sekitar Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis. Serba putih.

#SaveBaitulmuqaddis
#SavePalestine
Foto:FB Barisan Nasional

Lihatlah bagaimana fake news amat mudah disebar pada zaman skrg guna social media.

Yg sebar tu satu hal, yg percaya bulat2 tu pun satu hal. Sebab tu zaman skrg adalah zaman plg mencabar.

Sebab kita ada netizen yg bebal & teruk!

Insya-Allah, esok saya akan sertai Perhimpunan Solidariti; Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya sesudah solat Jumaat.

Ayuh sama-sama kita hadir tunjukkan sokongan dan kesepaduan kita umat Islam menentang usaha jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel!

Bintangor:Beberapa kawasan kampung di Bintangor dinaiki air....Ada sesetangah kawasan air naik mencecah satu kaki .

Bintangor:Skuad Sayang PBB N46 Meradong melawat berapa orang yang mengalami masalah kesihatan..Diketuai Oleh Ketua Wanita PBB N46 Meradong Hajah Dayang Rajemah...

Bintangor:Jalinan persahabatan bersama pasukan dari Pulau Beruit. Simbolik membalas kunjungan kami Ke Betanak pada bulan ogos yg lepas.

Belia Meradong (4) vs Betanak FC (2)

BINTANGOR :  Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N.46 Meradong yang berakhir hari ini,  menyaksikan kesemua jawatankuasa utamanya menang tanpa bertanding.

Susulan itu, Datuk Hasmi Hasnan mengekalkan jawatan Ketua Cawangan, Timbalannya Morsili Bakar, selain tiga jawatan Naib Ketua Cawangan yang disandang Samsawi Mohamad, Dayang Rajemah Abang Adeng dan Halmi Morsili.

Bagi jawatankuasa lantikan pula, Setiausaha disandang Jekeri Form, Penolong Setiausaha Yacob Udin, Bendahari, Mohd Tahir Chee, Penolong Bendahari Japar Majid dan Ketua Penerangan, Sulaiman Bohari.

Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan 19 ahli jawatankuasa namun kesemuanya juga menang tanpa bertanding.

Mereka terdiri Johari Majid, Maliki Bojeng, Jeraiee Jamali, Wahab Mek, David Juni, Derwis Napis, Ali Mat, Man Bujang, Jemain Abang, Ahmad Mohd Busra, Abdul Rahman Embong, Abdullah Umar, Mohd Aini Bohari, Abdul Rahman Sulaiman, Mumin Juki, Jeraie Jemali, Abang Zakaria Abang Wasli, Abang Mohd Selanie Razid dan Nasbah Osen.
Jiwa bakti

Harap dapat dicari...manusia tok...

Bintangor:Pemuda cawangan N46 Meradong Sesi 2018-2020

Ketua -Halmi Bin Morsili
Naib Ketua :Zaini Bin Busrah
Setiausaha :Salleh Bin Jalol
Penolong :Jkhann Bin Julaihi
Bendahari :Isnin Bin Berang
Penolong Bendahari :Khiruddin Qalam
Ketua Penerangan :Zainal Bin Busrah
Penolong ketua Penerangan :Faisal Hj Form.

Dipilih
1.Masino bin adenan
2. Shamsuziman Ebni
3.Fauzan Bin Mahdi
4.saat bin Busrah
5.Mohd  Osman Razali
6. Mohamad Fiqal  Bin Man
7.Izwan Bin Abu Bakar

Dilantik
1.kamsul bin suhaili
2.Roziman Bin Rapie
3.Hasmi Bin Wan Sam

Bintangor:Ceramah agama bersempena mualidur rasul 1439H bersamaan 2017M pada 1/12/17 yg lepas anjuaran jkkk kawasan 4 dgn kerjasama j/watankuasa surau darul ihsan .

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor ,Tuan Nicholas Bin Belulin pihak Bomba Bintangor Sampai di Jalan Pakan (Simpang Tubai Buah)yang jaraknya 36 KM mendapati kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iatu Perodua Kembara dan Toyota hilux berlanggar secara bertentangan (Perodua Kembara ke pekan Pakan dan Toyota Hilux ke arah Sarikei). Pihak bomba tidak menjalankan operasi menyelamat memandangkan mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans. Maklumat yang diterima daripada orang awam ditempat kejadian, mangsa yang tersepit adalah pemandu Perodua Kembara dan telah mengalami patah kaki. Manakala pemandu Toyota Hilux bersama 3 orang anak dan seorang isteri beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Setelah membuat _size-up_ dan didapati tiada mangsa lain dan sebarang kemerbahayaan Komander Operasi mengarahkan anggota bertolak balik ke balai.

Foto: JBPM Bintangor

Bintangor:KUBUR SDNU JLN LASI MERADONG DI PECHAH OLEH PENCURI MLM TADIK
pembongkaran kubur utk mncari emas.. da sesetengah x sempat kna pecah..kesemua nya 6 kubur yg telah d rosak kan....pertama kali blaku d kawasan kamek tok.
MOHON sapa ada keluarga yg d kuburkan d sia dtg nangga..kesian kubur ya d polah macam ya😢
Laporan polis dah d polah.

Foto:Mervine Hernandes

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY