'/>

Pengumuman: Kenyataan Penafian Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri Sarawak) mengenai Pelantikan Pemangku Ketua Menteri dan pergerakan Majlis Pengebumian Almarhum YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem

KUCHING - Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan pemangkuan Ketua Menteri dan pergerakan majlis pengebumian YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Hj Adenan bin Hj Satem.

Menurut Pejabat Astana Negeri,  kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian. Untuk pengetahuan orang awam, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri merupakan organisasi yang tidak terlibat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak. (Astana Negeri)

sumber :Friend of klxpress Sarawak

P/s:untuk itu Admin MeradongToday menarik balik artikel mengenai TKM memangku Jawatan Pemangku Ketua Menteri Sarawak..Harap Maklum..

Sarawak akan berkabung selama Tujuh hari tempoh  & bendera dikibar separuh tiang .
Jenazah #AdenanSatem akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya 10 pagi esok .
KM S'wak #AdenanSatem meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung.
- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg

Sumber :Bernama

#PemergianAdenanSatem: Esok diumum hari kelepasan am bagi negeri Sarawak - Abang Johari

Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tan Sri Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya akan ke Sarawak untuk menziarahi jenazah.

Jasa Allahyarham kepada negeri dan rakyat negeri Sarawak amat besar, dan Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa. Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Inna Lillahiwa inna ilaihi raji'un.

BREAKING: ADENAN PASSES AWAY

Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem passed away this afternoon at the Sarawak General Hospital Heart Centre in Samarahan.

He would have turned 72 on Jan 27.

Adenan was appointed Chief Minister on February 28, 2014.

Lawatan Ke Tapak Projek Parit Bintangor bersama Pegawai Daerah Meradong dan Ahli Majlis Tempatan.

FT: United 2 Hull 0. The Reds gain the advantage going into the away leg thanks to second-half goals from Juan Mata and Marouane Fellainii.

Uma Belun Leo Dian adalah antara rumah panjang yang terpanjang di Malaysia.

Rumah panjang ini terletak di Sungai Asap, Belaga, Kapit, Sarawak. :)

Foto panorama ini dirakam dan disumbangkan oleh Aerial Shutter Services

Sumber:BORNEO DI HATI

LAPAN LELAKI TERLIBAT RUSUHAN BERSENJATA DITAHAN

KUCHING: Seramai lapan lelaki ditangkap dalam satu kejadian rusuhan bersenjata akibat pertikaian dipercayai salah faham di pusat hiburan di Jalan Mendu di sini, malam Ahad.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 9.30 malam apabila kira-kira 20 lelaki bersenjatakan parang dan kwang tau menyerang dan merosakkan harta benda di tiga pusat hiburan yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Kumpulan itu yang menyedari kehadiran pasukan polis kemudian cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan namun cubaan mereka berjaya dihalang.

Difahamkan, suspek-suspek turut bertindak agresif dan melawan ketika tangkapan dilakukan.

ROSAK: Keadaan dalam pusat hiburan yang dirosakkan oleh kumpulan tersebut.
ROSAK: Keadaan dalam pusat hiburan yang dirosakkan oleh kumpulan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila salah seorang suspek ditegur semasa minum oleh pekerja pusat hiburan tersebut.

“Bertindak atas maklumat, lebih kurang pada jam 12.15 pagi Isnin, seramai lapan lelaki ditangkap bersama rampasan senjata parang dan kereta milik suspek,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu semalam.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 39 tahun dibawa ke IPD Kuching bagi menjalani ujian air kencing dan membantu siasatan.

Siasatan sedang dijalankan.

Sumber:Utusan Borneo

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY