'/>
IPeringatan buat semua! Kebanyakkan lif mempunyai kamera. Oleh itu berhati-hati sekiranya anda ingin lakukan sebarang perkara yang anda tidak ingin “public” melihatnya.

Walaubagaimana pun tindakan pasangan ini yang bercumbu dalam lif seolah-olah tidak mampu menunggu seminit pun mencalarkan imej hospital ini. Tambahan pula selalunya pasangan yang sudah berkahwin tidak akan bertindak sedemikian. Jelas ini akan mencalarkan maruah diri dan keluarga.
Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang. 

"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. 

- Bernama
mh198


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS)yang menuju ke Hyderabad dari Kuala Lumpur malam tadi, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang KL di Sepang (KLIA) berikutan kegagalan kawalan pandu auto.
MAS dalam kenyataannya pada Ahad menyatakan pesawat MH198 berlepas dari KLIApada 10.20 malam Sabtu dan berpatah balik sebelum mendarat di lapangan terbangitu pada 2.01 pagi tadi.
“Dakwaan yang mengatakan pesawat itu terbakar, seperti yang tersebar dimedia sosial, adalah tidak benar,” kata MAS.
Menurutnya kegagalan kawalan pandu auto itu tidak memberi kesan kepada keselamatan penumpang namun, sebagai langkah keselamatan, kapten yang mengendalikan pesawat itu memutuskan supaya pesawat itu berpatah balik ke KLIA.
Berikutan itu, penerbangan MH198 telah dijadual semula sebagai penerbangan MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah Ahad dan dijadual tiba di Hyderabad pada 1.35 petang (waktu tempatan) hari ini.
“Malaysia Airlines kesal dengan gangguan jadual perjalanan tetamunya,” jelas  kenyataan itu.
Ia menegaskan bahawa keselamatan para penumpangnya tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.
MAS berkata ia amat menghargai kerjasama orang ramai dengan tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak keresahan dalam kalangan penumpang. – MSTAR ONLINE
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY