'/>

AMERIKA SYARIKAT. Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.

Koperal Robert Richards, 28, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville.

Peguam Richards, Guy Womack memberitahu, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar AS berkenaan.

Punca kematian mungkin disebabkan perubahan ubat-ubatan yang diambil oleh Richards.

Richards diturunkan pangkat setelah video menunjukkan beliau membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban dimuat naik ke YouTube.

Video yang dirakam pada 2012 tersebut dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah.

Hari Berkabung Malaysia.- 22/08/2014 - Utk makluman

i. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;

ii. semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;

iii. pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan

iv. pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Bahagian Istiadat JPM

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY