'/>

Apa yang menyedihkan Sungai Meradong sebelum ini merupakan POT orang menjalankan aktiviti menangkap ikan telah dicemari dengan sindiket pembalakan...Entah Halal atau haram???
Operasi membawa balak menggunakan laluan sungai ini...Abis Kayu pedada patah dientam sidak tok!!
Yang menyedihkan buat kaki pancing...
Dah lah sidak tok beroperasi pada waktu malam sidak  tok....bunyi bising agik ....adeh2....
P/s:harap pihak berkuasa dapat bertindak..seolah2 Dah jadi KING sidak tok..

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mahu kerajaan lebih komited dalam membendung kemungkinan kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negeri ini.

Berucap ketika merasmikan pembukaan sesi kelima persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 di sini Selasa, beliau berkata kepesatan pembangunan negeri ini dan kekayaan sumber aslinya menjadi tarikan kepada mereka untuk mencari pekerjaan, menjalankan perniagaan dan tinggal di sini.

"Kedatangan mereka mesti dikendalikan dengan sepenuh komitmen memandangkan mereka boleh mengancam kedaulatan negeri ini dan menimbulkan kebimbangan serta ketakutan dalam kalangan masyarakat.

"Ketakutan dan kebimbangan ini adalah berasas memandangkan pendatang tanpa izin seringkali dikaitkan dengan jenayah dan masalah sosial," katanya.

Taib berkata keselamatan dan ketenteraman awam perlu diberi keutamaan agar tidak merencatkan usaha untuk menjadikan Sarawak negeri yang progresif serta makmur.

Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan agar pemantauan dan pengerahan tenaga manusia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk memperkukuhkan semua usaha penguatkuasaan.

"Agensi penguatkuasaan perlu melaksanakan operasi bersepadu dengan sepenuh komitmen untuk menangani masalah ini dengan lebih berkesan," katanya.

Tentang pembangunan, Taib berkata Sarawak masih memerlukan peruntukan dana yang besar untuk melaksanakan lebih banyak program dan projek pembangunan bagi meningkatkan tahap hidup rakyat.

"Tahun ini adalah tahun akhir bagi pelaksanaan projek mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Saya harap semua projek di bawah rancangan ini boleh dilaksanakan mengikut jadual dan bagi projek yang masih belum selesai, ia boleh diteruskan mengikut Rancangan Malaysia ke-11, iaitu rancangan lima tahun yang terakhir sebelum kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020," katanya.

Beliau yakin dengan adanya hubungan yang sangat baik antara kerajaan negeri dan persekutuan, semua perancangan dapat dilaksanakan dalam usaha memacu pertumbuhan negeri ini.

Berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, Taib berkata ia adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih kondusif agar ekonomi negara kekal kukuh serta dinamik.

- BERNAMA

Sarawak merupakan negeri ketiga yang mempunyai pelaburan dalam unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terbesar berjumlah 20.7 bilion unit sehingga 31 Januari lepas, kata Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem.

Beliau berkata Kuala Lumpur menduduki tangga pertama iaitu sebanyak 36.7 bilion unit diikuti Selangor pada 34 bilion.

"Sememangnya terdapat rakyat yang masih hidup dalam kemiskinan tetapi pada umumnya, kami telah dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan ini dapat dilihat melalui pelaburan mereka dalam unit amanah PNB," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Adenan berkata kira-kira 1.22 juta rakyat Sarawak melabur dalam unit amanah PNB.

-- BERNAMA

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY