PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaaannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dibentangkan hari ini.
Usul itu dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, pada persidangan hari ini.
Dalam usul itu, Soon Koh berkata, Dr Tiong Choon, tidak lagi berkelayakan kerana turut memperoleh kewarganegaraan Australia.
Malah, katanya, Dr Tiong Choon juga didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia.
“Oleh itu, mengikut Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, dia bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi anggota DUN yang mulia ini,” katanya.
Pengundian dijalankan dan 70 ADUN menyokong usul berkenaan. Susulan keputusan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka diadakan di kawasan berkenaan.