'/>

Louisville – Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dimasukkan ke sebuah hospital enggan didedahkan semalam kerana masalah radang paru-paru, lapor CNN.

Jurucakapnya, Bob Gunnell berkata, Muhammad berada dalam keadaan baik dan dirawat sekumpulan doktor.

“Radang paru-paru yang dialaminya berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal.

“Beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, keluarganya berkata, mereka memerlukan masa untuk Muhammad berehat sepenuhnya.

Muhammad, sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit Parkinson dan menerima rawatan sejak 1984.

Manakala, beliau bersara dari sukan berkenaan sejak 1981.

Sumber

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY