'/>

Hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.

Meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di seluruh Sabah dan Sarawak – RM2 bilion.

Meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga.

Menaiktaraf rumah panjang di Sarawak dan rumah air di Sabah.

Memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.

Meneruskan subsidi bekalan air di pedalaman Sabah.

Menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak.

Mencerap lebih banyak fakta dan perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak.

Menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan darat di Sabah dan Sarawak – (AKSEM) dan AKSEMNET.

Menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.

Membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas.

Membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah.

Membina Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.3 bilion.

Menaiktaraf laluan kereta api Sabah dari Halogilat ke Tenom.

Mewujudkan 3 skim pembentungan di Sabah.

Membina 5 Loji Enap Cemar di Sarawak.

Memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas serta bantuan dana bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran Bahasa Dayak.

Dalam masa yang sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program-program di bawah Unit For Other Religions (UNIFOR

Perjumpaan bersama pihak Cahaya Educational & Training Academy (CETA) En. Rasyid Bin Hamdan.

Borang permohonan boleh didapati Zaini Busrah atau Pengerusi Surau Darul Ikhsan Bintangor Bandar Limau

Kelayakan
•pemohon hendaklah memiliki Sekurang-kurangnya PMR dan boleh membaca, menulis dan mengira
•Pemohon mestilah berumur diantara 18-23 tahun.
•Pemohon mestilah berstatus bumiputra dan warganegara malaysia
•lulus pemeriksaan kesihatan dan bebas dadah.
•Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan Di klinik indah permy, miri
•had maksima tuntutan pemeriksaan kesihatan adalah RM60.00 sahaja.

Jangka masa program
Program ini dijalankan sepenuh masa selama 6 bulan termasuk latihan praktikal dan latihan sambil bekerja Di lokasi pekerjaan sebenar

Kumpulan  sasaran
Program ini telah direka untuk memenuhi piawaian bureau of apprenticeship and training (BAT) , dan para peserta juga dikhendaki untuk menjalani latihan sambil bekerja. Ini untuk memastikan para pelatih dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan sebagai seorang pemasangan paip.

Objektif program
Modul ini bertujuan sebagai permulaan kepada pekerjaan seseorang individu Di dalam industri minyak dan gas. Semua pelatih yang mengikuti program ini akan mempelajari kemahiran dan taknik pemasangan paip yang signifikan dan berguna. Selain itu, pelatih juga akan memahami keperluan dan tanggungjawab sebagai seseorang pemasangan paip. Di akhir program ini, semua pelatih akan dilengkapi dengan ilmu kemahiran untuk melaksanakan kerja dan bersedia untuk memikul tugas setelah ditawarkan pekerjaan nanti.

1. Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini setelah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari semalam.

2. Masih ada yang keliru dengan status kerajaan setelah pembubaran parlimen ini berkuatkuasa.

3. Perkara pokok perlu diketahui umum adalah berkenaan pengasingan kuasa kepada 3 badan, iaitu *Legislatif (Dewan Rakyat), Eksekutif (Kabinet)* dan *Kehakiman (Mahkamah).*

4. Pertama, *pembubaran parlimen hanya melibatkan badan Legislatif,* bermakna badan Eksekutif dan Kehakiman masih berkuatkuasa seperti biasa.

5. Maksudnya *Kabinet masih lagi berfungsi berdasarkan Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan* dengan menjalankan kuasa-kuasa Eksekutif secara interim sehingga Yang DiPertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu selepas pilihanraya.

6. Kedua, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan, namun Dewan Negara masih lagi berkuasa dan Speaker Dewan Negara serta Ahli Dewan Negara masih kekal.

7. Perkara ini adalah bertentangan dengan konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.

8. Ini bermakna, *kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya* diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

9. Pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai proses pilihanraya. Pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi penguasa atau pemerintah yang perlu ditaati adalah suatu kesimpulan yang salah.

RASMI: Kesemua calon Pakatan Harapan akan bertanding di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat dalam PRU ke-14 ini.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY