'/>


Tiga lagi percubaan terbaru pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) didedahkan, sebagai bukti mereka semakin terdesak.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin berkata, tiga penipuan itu ialah:-
Pertama, mereka akan memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah selepas penamaan calon, untuk menangani masalah yang dihadapi sekarang tetapi hanya sumpah umum yang antara lain berbunyi, Demi Allah saya tidak lakukan apa yang UMNO dan Barisan Nasional fitnahkan.
“Mereka akan spin kata Anwar telah bersumpah,” katanya kepada pemberita selepas majlis ilmu bertajuk Pilihanraya Wadah Perjuangan : Demi Agama, Bangsa Dan Negara di perkarangan kediaman Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman malam tadi.
Selain Zulkifli, turut memberi ceramah ialah Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md Arip. Lebih 5,000 orang hadir di majlis itu, walaupun hujan lebat sebelumnya, termasuk Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Zulkifli yang juga bekas peguam utama Anwar memberitahu, penipuan kedua yang akan dilakukan oleh telah membeli jam Omega yang hampir sama dengan jam yang dikatakan hilang ketika isu video China doll.
Katanya, mereka akan menunjukkan jam tersebut semasa hampir hari mengundi kononnya jam itu ada dengan mereka tetapi tidak didedahkan kerana ingin menjaga air muka Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Beliau menambah, ketiga, pembangkang juga akan memujuk beberapa bekas wakil rakyat yang telah keluar PKR dengan habuan dan ugutan supaya kembali dan membuat kenyataan kononnya mereka dibayar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO untuk keluar PKR.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, terdapat 13 cubaan penipuan yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang selain daripada cubaan untuk menghuru-harakan proses pilihan raya.
“Sebenarnya ada 13 perkara mereka sedang usahakan dan kita akan dedahkan satu persatu untuk menunjukkan mereka benar-benar terdesak kerana mereka melihat kebangkitan rakyat (untuk menolak pembangkang) semakin ketara,” ujarnya.
Sebelum ini, Zulkifli mendedahkan beberapa rancangan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat seperti kononnya ada insiden untuk mengancam nyawa Anwar Ibrahim dan risalah kononnya Sheikh Yusof Qadawi mengeluarkan fatwa menyokong seorang biseksual menjadi Perdana Menteri, yang akan diedarkan semasa pilihanraya.
Selain itu, beliau turut mendedahkan rancangan pembangkang untuk mencetuskan huru-hara dalam pilihan raya akan datang, pada hari mengundi dan selepas pengundian.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dan berhati-hati dengan taktik dan rancangan kotor yang dilakukan oleh pembangkang, semat-mata untuk memenuhi nafsu ke Putrajaya.
Beliau menegaskan bahawa PRU-13 adalah medan untuk survival mempertahankan akidah, agama, bangsa dan negara.sumber
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY