'/>
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.

Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.

"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.

Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.

Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.

Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.

Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.

Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.

Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW. - Utusan



sumber: http://www.utaranews.com/2012/06/berapa-harga-nombor-pendaftaran-bbm-3.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid


Sempena kunjungan hormat YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman ke Pejabat PBB N40 Meradong pada sabtu ini satu sesi perbincangan khas telah dibuat oleh PBB N40 Meradong.
Dalam perjumpaan tidak rasmi ini beberapa perkara isu utama akan dilaporkan kepada MP 206 Tanjung Manis ini.
Turut hadir semasa perbincangan ini Tim. Ketua Cawangan PBB N40 Meradong Kr.Morsili,Naib Ketua Cawangan En. Rosli Umar,SU Cawangan Tn.Hj.Sulaiman,Bendahari Cwgan Tn.Hj.Selanie,Ketua Wanita,Pemangku Ketua Pemuda dan AJK Cawangan,Wanita dan Pemuda.





posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY