'/>

Putrajaya:ABANG JO KE PUTRA JAYA UNTUK BERTEMU PM

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putra Jaya petang tadi.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin berlangsung kira-kira 45 minit.

Info dan foto :By FB JAPENSarawak
#sodiakroks

SARIKEI:  Sejumlah 33.96 gram ketulan kristal yang  dipercayai syabu dan 216 biji pil yang dipercayai nospan dirampas oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sarikei dalam 'Ops Tapis' yang dijalankan di daerah Matu-Daro, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Dominic Josip Nyarui berkata, kesemua rampasan tersebut adalah dianggarkan bernilai dalam lingkungan RM5,110.00.

"Dalam masa yang sama juga, tujuh belas orang yang  dipercayai penagih dan juga penjual bahan yang dipercayai syabu dan pil nospan turut ditangkap dan telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Daripada tujuh belas orang tersebut, seorang adalah remaja perempuan yang berusia 18 tahun dan kesemuanya adalah warga tempatan. Kesemua tangkapan adalah berusia dalam lingkungan 18 hingga 39 tahun.

"Hasil daripada saringan awal ujian air kencing, pihak polis mendapati 10 orang telah positif dadah, termasuk remaja perempuan tersebut," kata Dominic dalam sidang media, hari ini.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Menurut Dominic, tangkapan dan kes ini adalah yang pertama bagi tahun ini.

Katanya, pihak polis akan terus memastikan segala aktiviti yang berkaitan dengan dadah ini akan terus dibenteras habis sehabisan.

"Sehubungan dengan itu, kita memohon kerjasama daripada masyarakat untuk turut tampil sama dalam menyalurkan segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan perkara ini," tegasnya lagi.

Turut hadir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei tersebut ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sarikei, ASP Peter Salang Masan serta beberapa orang pegawai dari Jabatan Jenayah Narkotik Daerah Sarikei yang lain.

Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50)
Bersama
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Riak wajah teruja dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah Datuk Seri Mohd Najib setelah mendapat begitu banyak input yang diperlukan dalam menggerakkan negara kearah TN50. Bukan mudah untuk menggerakkan sesuatu yang baru dan dapat diterima pakai untuk generasi yang akan datang dan oleh kerana inilah, kerajaan begitu komited untuk mengambil semua input yang diperlukan.


Ramai yang membuat spekulasi, siapa agak-agaknya pengganti Allahyarham DPTS Haji Adenan Satem sebagai ADUN Tanjung Datu. Malas untuk berspekulasi, senang je jawab, "Ketua Menteri baharu DA Abang Jo adalah seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, pastinya beliau akan membuat pemilihan calon yang tepat...

Pelbagai kriteria seperti calon semestinya orang tempatan dan mengenali lanskap politik dan keadaan Tanjung Datu pastinya diambil kira oleh beliau.. jadi tak payahlah kita nak menyebut nama si polan ini dan si polan itu berpotensi menjadi calon.. takkanlah kita nak mendahului Ketua Menteri kan?"

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY