
Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Dibawah ini, disiarkan beberapa aksi menerusi rakaman foto foto membuktikan bahawa “dalang” sebenar disebalik acara bantahan ini adalah pimpinan PKR yang bukannya peguam..!

Anak panah berwarna merah menunjukkan identiti Thanggam, ahli PKR dari Negeri Sembilan, beliau adalah pencacai tegar Anwar mengiringi Ketua Umum itu turun naik Mahkamah! Thanggam bertugas sebagai pegawal keselematan disebuah sekolah..



sumber:medan-info-kita