'/>
Syarat- Syarat Pertandingan....(borang)....SUMBER:WWW.PIALAFUTSAL.COM
LOKASI


  1. PENGENALAN
    • Kejohanan ini dikenali sebagai Piala Futsal IM4U 2014.
    • Keseluruhan pertandingan ini akan dianjurkan olih IM4U.
    • Pertandingan ini akan di adili oleh pengadil bertauliah yang akan di lantik oleh pihak penganjur.
  2. PERATURAN PERTANDINGAN
    • Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
    • Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :
      • Semua kejadian perkara – perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan   kepada PERATURAN AM KEJOHANAN .
      • Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Liga Futsal IM4U 2014 berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Futsal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.
    • Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.
  3. TARIKH & TEMPAT
  4. PENYERTAAN
    • Penyertaan akan di terima untuk 60 pasukan terawal sahaja atau seperti mana yang di putuskan olih Penganjur.
    • Tiap tiap pasukan adalah digalakkan untuk mendaftar pemain yang mewakili semua kaum.
    • Pertandingan ini terbuka kepada pemain lelaki dan pemain wanita. Pasukan jantina bercampur juga dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI
    • Setiap pasukan mestilah terdiri daripada :
      • Seorang Ketua Pasukan dan 6 pemain
    • Semua pemain dikehendaki berumur antara 18 tahun dan 40 tahun dan hendak membawa kad pengenalan pada hari pertandingan.
    • Pertandingan ini terbuka kepada pemain pemain amator sahaja. Pemain yang telah mewakili pasukan Kelab, Negeri dan Kebangsaan dalam Liga Futsal Negeri dan Kebangsaan (FAM) tidak dibenarkan bermain di Pertandingan ini sama sekali. Pihak penganjur akan semak nama nama pemain yang didaftarkan olih pasukan pasukan dengan senarai nama pemain yang didafterkan olih FAM.
    • Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.
    • Senarai pemain yang disahkan semasa pendaftaran pasukan adalah muktamad. Pemain yang didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan kedua yang diwakili pemain tersebut akan disingkirkan terus daripada kejohanan.
    • Semua pemain yang didaftarkan dalam pasukan yang layak ke pusingan Akhir Kebangsaan (National Grand Finals) wajib mempunyai pasport yang sah.
  6. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN
    • 60 Pasukan akan diundi ke dalam lima belas (15) kumpulan dengan maksimum empat (4) pasukan dalam setiap kumpulan.
    • Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan.
    • Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah keluar (knock-out stage) sehingga ke pasukan 8 terakhir yang akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat seterusnya.
  7. PERATURAN PERTANDINGAN
    • Memulakan Perlawanan
      • Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari lima (5) pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.
    • Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan
      • Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi. Waktu tersebut adalah untuk panduan sahaja dan perlawanan akan mengikut Bilangan Perlawanan (Match Number).
    • Penggantian Pemain
      • Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
      • Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :
        • Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
        • Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.
        • Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
      • Tempoh Masa Perlawanan Masa perlawanan adalah 7 minit x 1 minit (rehat) x 7 minit (Running Time)
    • Kelewatan
      • Sekiranya mana-mana Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover) secara automatik.
      • Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3) –  kosong (0).
    • PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI
      • Semua pasukan wajib mendaftar sekurang- kurangnya dua (2) set jersi bernombor yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah. Pasukan Tuan Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam jadual pertandingan. Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi Pasukan Tuan Rumah.
      • Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah tidak memakai warna jersi yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang sama dengan Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang wajib menukarkan warna jersinya.
      • Setiap pemain diwajibkan memakai pakaian sukan menutup aurat.
      • Semua pemain wanita wajib memakai pakaian yang sesuai menutup aurat semasa Pertandingan.
      • Jersi yang dipakai mesti bernombor tetap sepanjang kejohanan dan seluar yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai shin guard. 
      • Hanya kasut futsal bersesuaian sahaja dibenarkan. Penggunaan ‘boot’ sama sekali tidak dibenarkan.
  8. SAIZ GELANGGANG UNTUK PERTANDINGAN AAKHIR (NATIONAL GRAND FINAL) FINAL
    • Semua perlawanan di Pertandingan Akhir (National Grand Finals) akan di mainkan di gelanggang Futsal saiz FIFA.
  9. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
    • Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
    • Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Polis serta merta.
    • Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan seterusnya. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) satu perlawanan seterusnya.
    • Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.
    • Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan dijalankan.
    • Pengurus Pasukan/Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan pasukan masing-masing termasuk sebelum, semasa dan selepas pertandingan di arena futsal dan kawasannya.
  10. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS
    • Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada (0) mata bagi pasukan yang kalah.
    • Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan seperti berikut :-
      • Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
      • Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
      • Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
      • Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang, jika seri :
      • Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang secara SUDDEN DEATH secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.
    • Dalam perlawanan kalah mati atau perlawanan akhir atau, penentu pemenang adalah mengikut seperti berikut :
      • Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri :
      • Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan sepenuh masa,   tiga (3) sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
      • Jika masih seri, satu sepakan penalti secara SUDDEN DEATH akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
  11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH KALAH /MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
    • Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.
    • Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walau pun telah layak untuk ke pusingan kalah mati.
    • Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :
      • Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguhkan kerana sebab-sebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan perlawanan atau sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Teknikal hendaklah membuat keputusan yang mana keputusannya adalah muktamad.
      • Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.
    • Menarik diri / Memberi kemenangan percuma :
      • Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan minimum lima (5) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau;
      • Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau;
      • Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;
      • Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Teknikal/Penganjur, Pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.
  12. RAYUAN DAN  BANTAHAN
    • Bantahan bertulis terhadap mana mana pasukan yang lain mestilah diserahkan kepada pihak urusetia 5 minit selepas satu satu perlawanan.
    • Wang pertaruhan RM100.00 mestilah diserah bersama surat bantahan tersebut.
    • Jawatankuasa Teknikan akan siasat and membuat keputusan terhadap bantahan.
    • Keputusan Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.
    • Wang pertaruhan akan dipulangkan sekiranya bantahan berjaya.
  13. LAIN-LAIN HAL
    • Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal/Penganjur dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
    • Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak Jawatankuasa Teknikal/Penganjur.
    • Jawatankuasa Teknikal/Penganjur berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan undang-undang perlawanan secara serta merta.
Dendam NGO Bruno Manser Fund terhadap KM Sarawak berterusan walaupun beliau mengumumkan persaraan beliau.Kini dengan perlantikan beliau (Taib) ke  jawatan TYT Sarawak membuat kumpulan NGO ini semakin marah.

Pelbagai fakta tidak tepat ....melanau dikatakan sebagai kaum minority di Sarawak...klik sini
SUMBER
Bagi admin MT...KM telah menunaikan janji beliau dengan bersara...Tapi bila lagi si karpal dan lim kit siang nak bersara???

Insiden 10 kad kuning dan 1 kad merah berterusan. ..pengadil perlawanan didakwa mengeluarkan kata2 kesat kepada pemain Sarawak selepas perlawanan tamat..
Apa tunggu lagi FAS tolong siasat insiden ini...semak balik video perlawanan...jangan lupa siasat jika ada unsur rasuah...

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY