'/>
KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Eropah (Europol) terhadap gejala rasuah global kini ada kaitan dengan kancah bola sepak tempatan.

Itulah pandangan bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Malek Rahman yang pernah digantung satu setengah tahun pada 1994 kerana terbabit dengan gejala itu.

“Bagi saya ini melibatkan seluruh dunia. Jika kita melihat kelab luar negara, penaja mereka merupakan adalah 'online betting'," kata Malek.

“Ini sudah menunjukkan perancangan mereka."

Malek turut menyifatkan,pertaruhan secara di laman web kini, memudahkan 'bookie-bokie' bola sepak ini beroperasi.

Justeru ia tidak mengejutkan, apabila Europol mendedahkan, gejala ini turut membabitkan Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia dan juga saingan Euro.

Malek juga menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap mereka yang disyaki terbabit.

Bekas kapten Selangor ini turut menyuarakan kesediaannya untuk membantu FAM dan pihak berkuasa memerangi gejala ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/siasatan-rasuah-bola-sepak-europol-ada-kaitan-dengan-liga-m-6771

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY