'/>
Keadilan mengkehendaki kebenaran diperlihat dengan segera, untuk tujuan memadamkan kotoran-kotoran yang dihasilkan oleh jejari hitam di laman sosial, yang cuba memberi gambaran nakal atas tragedi berdarah di Miri.
Situasi murung dan sedih ahli keluarga saudara Bill Kayong sewajarnya jangan dilanyak dengan cerita-cerita yang berbaur politik — yang seolah-olah cuba untuk meniup api kemarahan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan beliau.
Atas sebab ini, saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha yang mengambil kesempatan daripada tragedi tersebut oleh mana-mana pihak, untuk memburukkan pihak yang lain tanpa terlebih dahulu mendengar keputusan siasatan pihak berkuasa.
Saya juga mengutuk sekeras-kerasnya tragedi malang yang menimpa saudara Bill Kayong – dan saya amat berharap pihak yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan dengan segera, dan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan hina tersebut.
Saya amat berharap pihak polis akan berusaha keras untuk memastikan insiden seumpama ini tidak akan berlaku lagi di Bumi Kenyalang — yang terkenal dengan toleransi dalam kalangan pelbagai kaum, agama dan pandangan politik.
Akhir kata, saya juga amat berharap rakyat Sarawak tidak terpedaya dengan niat jahat sesetengah pihak yang cuba untuk menangguk di air keruh.

#Bintangor - Seorang warga emas yang sesat dijumpai oleh anaknya sendiri bersama Tuai Rumah dan penduduk kampung pada jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa, Umat Ak. Kachang berumur 75 thn (Lelaki) ditemui dalam keadaan selamat dan lemah.

Mangsa diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya

Komander Operasi lapor terima laporan maklum bahawa mangsa berjaya dijumpai oleh anak beliau Tuai Rumah Johnny serta penduduk kampung pada jarak 1km dari Pos Kawalan Bomba pada jam 0836:00 hrs. 
(22.06.2016/Rabu)


Laporan penuh Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Y.S Tuan / Tuan / Puan.

Insiden: SAR hari ke-2.

Jenis/Alamat : Mangsa Hilang / RH Johnny Ak. Umat, Sungai Meradong, 96500, Bintangor, Sarawak. (Operasi Tamat)

Balai Terlibat: BBP Bintangor dengan keanggotaan 8 anggota diketuai oleh PB Lau Heng Sing bersama 3 anggota PBB.

Jarak dari balai: 03 km.

Status Operasi : Komander Operasi lapor terima laporan maklum bahawa mangsa berjaya dijumpai oleh anak beliau Tuai Rumah Johnny serta penduduk kampung pada jarak 1km dari Pos Kawalan Bomba pada jam 0836:00 hrs. 
(22.06.2016/Rabu)

Status Mangsa : Umat Ak. Kachang. Umur 75 thn (Lelaki). Dalam keadaan selamat dan lemah.Mangsa diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR ditamatkan serta merta.

Pasukan Alpha.
Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Seorang warga emas berusia 70an dikenali sebagai Umat anak Kacang dari Rh Johny anak Umat, Sungai Meradong Bintangor dikuatiri hilang ketika mencari rotan di Hutan Lot Penempatn Semula Sungai Meradong. Pasukan Bomba dari Balai Bomba Bintangor telah memulakan Operasi Mencari dan Menyelamat.
Semoga operasi dipermudahkan dan mangsa dijumpai dgn selamat.
Foto by FB I love Sarawak
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY