'/>

MA63: Dokumen Baharu Ditemui Barisan Peguam Ke London

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan undang-undang Sarawak yang ke London menemui dokumen-dokumen baharu dan penting mengenai pembentukan Malaysia.

Menurutnya dokumen-dokumen berkenaan ditulis oleh Kerajaan Britain kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ada antaranya tidak pernah dilihat.

“(Dokumen-dokumen) itu nampaknya sangat baik. Ia seharusnya begitu kerana ia dokumen-dokumen yang pentung,” katanya sambil menambah beliau akan dimaklumkan dengan terperinci mengenai perkara dalam pertemuannya dengan pasukan undang-undang berkenaan petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyermpurnakan majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa (iCLS) 2017 di sini hari ini.

Menurut Abang Johari penemuan (dokumen-dokumen) itu sangat penting kerana wujudnya komunikasi antara kerajaan United Kingdom dengan PBB sebelum penubuhan Malaysia pada 1963.

“Tidak, kita tidak pernah melihat dokumen-dokumen ini sebelum ini…Banyak perkara yang tidak dapat diakses oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.

“Apabila kita berunding, kita tidak membuat kenyataan yang liar.

Rombongan pasukan undang-undang ke Sarawak bertujuan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan penubuhan Malaysia pada 1963 dari British National Achives diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Pasukan itu turut disertai Penasihat Perudangan Negeri Sarawak Datuk Fong Joo Chung dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Gerawat Gala.

Mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petros  Abang Johari berkata ia akan dilakukan dalam kalangan ahli lembaga syarikat berkenaan.

Ia sekali gus menafikan khabar angin mengatakan CEO Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili akan dilantik untuk jawatan itu.

“Ahli lembaga Petros telah dilantik, lima orang dan mereka kesemuanya anak jati Sarawak, profesional termasuk pesara Petronas dan Shell.

“CEO Petros belum dilantik. Ahli lembaga akan berbincang dan memilih CEO dalam kalangan mereka untuk mencari CEO yang terbaik dan berpengalaman,” katanya.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata Petros sudah didaftar, berperanan sebagai pelabur dalam indusrti minyak dan gas akan bekerja sama dengan Petronas terutama dalam aktiviti –aktiviti huluan

“Sekarang kita di peringkat pembentkan. Maknanya kita mesti mempunyai jentera sendiri selepas itu baharulah kita melakukan usaha sama dengan Petronas terutama dalam aktiviti-aktiviti huluan.

“Perinciannya akan saya umumkan kelak, kerana saya perlu maklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu semasa persidangan pada November depan,” jelasnya.

Isnin lalu, Abang Johari pada majlis Makan Malam Penghargaan Pejabat Ketua Menteri mengumumkan penubuhan rasmi Petros dan memaklumkan kesemua ahli lembaga telah dilantik.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli lembaga atau pengerusi mahu pun CEO syarikat berkenaan. -UB

#iamSarawakian #TeamAbgJo

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah telah berjaya mencekup seorang pengedar ketika membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Penakup Ulu,Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah,DSP Jimmy Panyau mengesahkan telah membuat tangkapan seorang lelaki berumur 48 tahun itu bersama 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 5.43 gram hasil dari pemeriksaan di rumah tersebut dengan anggaran bernilai RM1200.00.

Pemeriksaan air kencing ke atas suspek, didapati negatif dadah namun suspek  telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sek 39A(1) ADB 1952.

Katanya lagi,usaha pembantersan begini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi daerah Mukah agar ianya bersih dari gejala tersebut.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY