'/>

YB Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat Abdullah Haji Saidol yang juga ADUN Semop menunaikan solat terawih berjemaah bersama warga Kpg Paloh di Masjid Kpg Paloh malam ini.
   Semoga segala usaha murni dan amal ibadah semua mendapat limpahan keberkatan dan kerahmatan Allah SWT. Aamiin.

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:
SPRM ALU-ALUKAN PDRM AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI SPRM TERLIBAT RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA

SUSULAN penahan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada anggota polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam, SPRM ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan pegawai terbabit serta bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

SPRM amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

Ekoran kejadian tersebut, SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

10 JUN 2017

Georgetown- Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis selepas didakwa memeras ugut dan meminta rasuah daripada seorang pegawai polis dari kontinjen Pulau Pinang.

Suspek yang berasal dari Kuching, Sarawak itu dikatakan meminta wang sebanyak RM3,000 daripada pegawai polis berkenaan di sebuah restoran di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Suspek yang berusia 37 tahun dan sudah berkahwin itu berjaya dicekup sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 10.20 malam.

Difahamkan, suspek melakukan jenayah berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid berkata, suspek didakwa memeras ugut dengan maklumat SPRM untuk mendapatkan wang daripada pegawai polis terutamanya dari bahagian D7 tersebut.

Menurutnya, suspek sering menghubungi pegawai polis terbabit bagi mendapatkan wang tersebut kononnya bagi mengelak ditahan SPRM berikutan mangsa bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram.

"Dijangka suspek akan mendapat perintah reman pagi ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

1. Sejak kempen menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dijalankan oleh pembangkang pada Julai 2015 hingga kini, boleh dikatakan hampir setiap hari beliau diserang. Seperti pendedahan strategi oleh Rafizi Ramli, jika tidak boleh serang Najib, maka serang isterinya. 

2. Ramai yang jadi "zombie pembangkang" bila termakan hasutan Rafizi, termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semua perkara cuba dijadikan isu walaupun tiada kena mengena dengan Perdana Menteri.

3. Penyokong pembangkang sudah hilang pertimbangan dan taksub kepada pemimpin mereka dan percaya apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi dan Tony Pua, biarpun benda itu sampah.

4. Bayangkan, harga minyak naik juga Najib dipersalahkan. Tidak dapat BR1M pun beliau tetap dipersalahkan. Itu belum lagi isu seperti GST yang hari-hari dimainkan oleh pembangkang. Kalau benda buruk memang salah Najib tetapi apabila mereka mendapat kesenangan atau kemudahan, mereka langsung lupa jasa Najib.

5. Sebagai contoh, hingga kini pembangkang belum memuji perlaksanaan projek MRT. Mungkin mereka menanti jika berlaku masalah, maka dengan pantas mereka akan menyalahkan Najib. Mereka lupa kalau ikut logik Rafizi, MRT ini tidak akan dibuat kerana dana itu perlu digunakan untuk subsidi harga minyak.

6. Banyak perkara baik dilaksanakan Najib tapi langsung tidak disentuh. Pembangkang hanya sibuk cari salah Najib sedangkan pemimpin di negeri pembangkang lagi banyak buruknya tapi didiamkan.

7. Sebagai contoh, cuba lihat pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kesalahan rasuah jelas sekali. Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tidak pula pembangkang hebohkannya. Mereka diamkan sahaja apabila terdapat gesaan supaya Guan Eng letak jawatan atau bercuti sementara.

8. Berbeza dengan Najib. Walaupun beliau disahkan tidak terlibat dengan penyelewengan dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion. Namun hingga kini pembangkang terus mencari salah beliau.

9. Betul kata Najib, rakyat Malaysia ini sudah berperangai pelik, kerana benda kecil yang tiada kaitan pun, tetap dikaitkan dengan beliau.

10. Majoriti rakyat yang masih sihat perangainya lebih ramai. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua melawan hujah "zombie pembangkang" ini.  Bersamalah kita pertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak. Lawan balik puak "zombie" ini !!!

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY