'/>

Kejadian dipercayai berlaku di sesang.Menurut sumber budak ini melecur dibahagian perut dan dada akibat bermain meriam buluh.
P/s:Berhati-hati bermain jangan sampai mencederakan diri sendiri.

Foto :grop watsapp

Kuching:Mesyuarat Persiapan Jentera Pemuda BN Negeri Sarawak untuk PRK N.74 Pujut bersama Ketua Pemuda Parti Komponen BN Sarawak.

Foto FB fadillah yusof

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua mudir dan pihak pentadbir maahad tahfiz memaparkan imej terbaik Islam dan mengutamakan soal keselamatan pelajar dalam apa jua keadaan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sikap mementingkan tahap keselamatan dan bukan sekadar "melepaskan batuk di tangga" akan meningkatkan semula imej agama Islam dan institusi madrasah di negara ini.

Beliau berkata, kejadian seperti kemalangan jalan raya, kebakaran dan histeria yang melibatkan madrasah sedikit sebanyak telah mencalarkan agama Islam di mata masyarakat. Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk mengambil contoh kemalangan yang meragut tujuh daripada 12 pelajar Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai baru-baru ini, adalah sesuatu yang menyedihkan dan harus diberikan keutamaan.

"Benar kita berserah kepada Allah, benar kita reda dan pasrah dengan kemalangan itu tetapi mungkin boleh dielak jika langkah keselamatan diambil lebih awal. Institusi maahad tahfiz harus memegang amanah ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menuntut ilmu agama.

"Kalau kita bersiap siaga, mana mungkin maahad tahfiz boleh terbakar sekiranya ciri keselamatan diberikan kepentingan dan Sijil Layak Menduduki (CF) dipenuhi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Inspirasi Ramadan UPSR & SPM Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Peringkat Kebangsaan 2017 di perkarangan masjid Al-Khairiah, Selekoh, di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan YaPEIM berupa wang tunai berjumlah RM680,000 kepada 12,600 anak yatim dari 12 daerah di Perak yang diwakili pegawai daerah masing-masing.

Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa sudah tiba masanya maahad tahfiz mengembalikan imej baik institusi pendidikan keagamaan itu selepas beberapa insiden melibatkan soal keselamatan yang meragut nyawa pelajar mereka sebelum ini.

-- BERNAMA

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY