'/>

Kerajaan bersetuju laluan Lebuh Raya Pan Borneo (bahagian negeri Sarawak) dikecualikan daripada sebarang bayaran tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bagaimanapun Fadillah berkata, untuk bahagian negeri Sabah bayaran mengenai tol itu masih belum dimuktamadkan kerana kerajaan masih di peringkat rundingan dengan pihak syarikat konsesi.

Mengenai pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, beliau berkata, ia akan dilaksanakan menggunakan kaedah baharu walapun kaedah lama masih diteruskan bagi pembinaan 22 lagi laluan memotong menggunakan peruntukan sedia ada.

"Laluan memotong berkenaan akan mula dilaksanakan Mac depan dan dijangka siap Disember tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jambatan Batang Samarahan di sini hari ini oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, keseluruhan 95 laluan memotong dirancang di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo di sebelah negeri Sarawak sahaja dengan 45 dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan manakala selebihnya akan diambil alih melalui kaedah gabungan swasta dan kerajaan.

Menurut Fadillah lagi, pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo itu akan bermula penghujung 30 Mac nanti dan dijangka siap sepenuhnya pada 2022 dengan angggaran kos RM14.5 bilion dengan sebahagian besar dibiayai pihak swasta.

Mengulas kejadian struktur bumbung runtuh di pintu masuk sebuah kompleks beli-belah yang masih dalam pembinaan di KK Times Square, Kota Kinabalu yang mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan dua yang lain baru-baru ini, Fadillah berkata siasatan masih dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati kontraktor utama dan subkontraktor projek swasta itu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Katanya, CIDB akan akan memanggil kontraktor utama untuk disoal mengapa mereka tidak menggaji pekerja yang berdaftar dengan CIDB dan jika didapati bersalah lesen mereka boleh digantung.

Sementara itu mengenai cadangan pembinaan jejantas di pintu masuk ke kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, beliau berkata, tender projek akan dibuka Feb ini dan pembinaan dijangka bermula Mac tahun ini dengan kos RM3.5 juta.

Fadillah berkata, pembinaan jejantas itu amat diperlukan bagi mengelak kemalangan daripada berulang di kawasan berkenaan yang menjadi laluan melintas oleh pelajar Unimas setiap hari.

Mengulas isu lain, beliau berkata menurut kajian CIDB sebahagian bahan binaan merekodkan kenaikan harga sebanyak 10 peratus, terutama bahan yang diimport berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit. - BERNAMA

Mengapa perlu mengata teras dengan kenyataan YAB KM Sarawak??Salah?Atau tidak betol?siapa yang bersikap melampau2 sebelum ini?merosakkan harta kerajaan,demo sana -sini ,melontar kepala babi dalam masjid,melontar cat Merah ke  gereja, Dan pelbagai lagi.?Pernah ker wahai blogger Malay yang bijak pandai perkara begini berlaku di Sarawak??

Tiada...Tidak kan....so mengapa perlu bising serta melolong apabila kenyataan yang benar diberikan oleh Adenan...Fakta benar bro..

Yang dilarang  masuk ke  Sarawak cuma pemimpin yang boleh dikatakan melampau Dan boleh menyebabkan ajaran yang tidak baik mempengaruhi rakyat Sarawak...x salahkan pok..

Kalau nak dibandingkan pemimpin seperti Ibrahim Ali,Teresa kok,Zuraidah serta pemimpin lain yg dilarang  masuk ke  Sarawak dengan Adenan Satem?Siapa yang lebih extrem?Adenan pernah berteriak dijalanraya ker?buat video CNY yang menyindir pemimpin lain atau membantah tulisan jawi pada tanda jalan?Pernah ker Adenan buat sedemikian rupa?Cuma Adenan menyatakan apa yang betul....!!!

Jangan lupa dengan sumbangan kerajaan Sarawak terutamanya hasil bumi  serta ekonomi kepada Persekutuan Malaysia...kerajaan Sarawak menyumbangkan 2 juta kepada sahabat yang mengalami banjir besar di Semenanjung..

Dan jangan lupa sumbangan kepada politik terutamanya Kepada BN...

So Ipoh Malay...?? 


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY