'/>

Satu lagi hipokrit DAP. Mereka minta Menteri Sumber Manusia, Richard Riot bercuti sementara SPRM menyiasat kes setiausaha politik dia. 

Guan Eng tidak pula diminta bercuti krn SPRM sedang menyiasat dia.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dia & isteri dia, Betty Chew Gek Cheng, dgn meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula drp Zon Pertanian kpd Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kpd syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, CM Lim Guan Eng telah mendapatkan utk dirinya suatu barang berharga dgn balasan yang diketahui tak mencukupi, iaitu lot tanah dan banglo terlajak murah #NoSwimmingPool 

Guan Eng yg patut bercuti tapi dia buat bodoh aja.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mula menagih simpati dan menabur janji manis di Sarawak. Selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, apa yang dibuatnya? Berapa kali beliau terbang ke Sarawak?

2. Berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau ada tarikannya di Sarawak. Kesungguhan dan kerja kerasnya untuk kebahagiaan rakyat Bumi Kenyalang tidak dapat disangkal.

3. Tidak semasa `hiruk pikuk’ kempen pilihan raya negeri yang lalu sahaja, kelibat Perdana Menteri sudah acap kali kelihatan di sana. Beliau pergi dengan berbagai peruntukan untuk pembangunan Sarawak.

4. Di Sarawak, banyak tumpuan beliau terarah di luar bandar dan pedalaman. Beliau bawa banyak berita baik dalam bentuk projek pembangunan. Penduduk juga menerima kunjungannya ke rumah panjang, populariti beliau terserlah.

5. Bagi Najib, rakyat Sarawak perlu melihat projek lebuh raya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan kini sebagai projek mereka sendiri. Bukannya sebagai projek ‘orang besar dan kontraktor besar’.

6. Sebaliknya merupakan projek yang mengarusperdanakan negeri itu yang menghubungkan kawasan pedalaman dan luar bandar ke bandar. Ini sehingga membolehkan mereka membawa hasil pertanian dari luar bandar ke pasaran secara lebih dekat lagi.

7. Semasa sambutan Hari Malaysia lalu di Sabah, Najib memberi jaminan bahawa hak Sarawak dan Sabah akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

8. Jawatankuasa khas untuk mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak juga telah ditubuhkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua negeri itu dipenuhi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

9. Itulah Najib, berbeza macam langit dan bumi dengan Dr. Mahathir. Kenapa sekarang baru Dr. Mahathir terhegeh-hegeh di Sarawak?

Sumber: http://klxpress.com.my

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY