'/>

Bintangor:
Buat pertama kali dalam sejarah Bintangor Pusat Khidmat Masyarakat bagi ADUN N40 Meradong telah berjaya beroperasi .Walaupun pada mulanya mendapat pelbagai halangan untuk menjayakan pusat khidmat ini namun atas kesabaran dan semangat kukuh telah berjaya mengatasi semua halangan ini.

Walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki tapi kegigihan ahli Pemuda PBB N40 Meradong yang diketuai oleh Saudara Helmi Morsili berjaya menubuhkan pusat khidmat ini.
Pusat khidmat ini terletak di Tingkat 1 jalan Teo kin Ngo.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Dato Sri Haji Mohd Asfia ,Datuk Hazmi Hasnan dan YB Encik Abdullah Saidol ADUN N36 Semop kerana telah menghulur bantuan terhadap pemuda Meradong untuk membina Pusat khidmat ini.


Selain itu saudara Helmi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pusat khidmat ini.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY