'/>

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia jam 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu...Al Fatihah



Kementerian Pendidikan bercadang menambah baik dasar pengambilan guru baharu di negara ini, termasuk meningkatkan jumlah pengambilan guru dari Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia juga sebahagian daripada inisiatif mengatasi masalah kekurangan guru tempatan yang berkhidmat di kedua-dua negeri terbabit.

"Dengan peningkatan jumlah guru baharu dari Sabah dan Sarawak, maka lebih ramai yang berpeluang untuk berkhidmat di negeri masing-masing.

"Ini secara tidak langsung membantu kerajaan mencatat penjimatan kos, selain menangani isu berkaitan termasuk perbezaan budaya," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Muhyiddin yang turut diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Bumi Kenyalang.

Mengulas lanjut, beliau berkata isu kekurangan guru Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di negeri asal masing-masing turut dibincangkan dalam mesyuarat BN Pusat sebelum ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan usaha yang diambil berhubung perkara itu tidak akan sama sekali mengabaikan konsep integrasi dalam kalangan rakyat yang dilaksanakan selama ini.

"Aspek pendidikan di Sabah dan Sarawak sentiasa diberikan fokus utama oleh Kerajaan Persekutuan, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

"Selain penempatan guru terlatih, fokus turut diberikan kepada usaha penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih sempurna bagi memastikan keselesaan sesi pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Sumber:BH

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY