'/>

SARAWAK MODEL NEGERI 1MALAYSIA

YAB Perdana Menteri menyifatkan Sarawak sebagai sebuah negeri model 1Malaysia dengan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama.

YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak baru sahaja selesai lawatan kerja selama 3 hari ke bumi Kenyalang itu Juma'at lepas.

Beliau menegaskan bahawa;
"Saya beri komitmen dan jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan kesejahteraan masyarakat Sarawak dan seluruh Malaysia terus dipelihara. Saya tegaskan juga bahawa hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, serta pendidikan vernakular yang dekat di hati masyarakat Sarawak akan terus dipertahankan oleh kerajaan BN."

Setelah  mendengar pelbagai taklimat dari kerajaan negeri beliau menegaskan masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan diusahakan, selain membantu ramai lagi yang memerlukan.

Setakat ini antara pencapaian hasil lawatan kerja tersebut adalah pembangunan Sarawak berada di atas  landasan yang betul demi kemajuan negeri dan kemakmuran rakyatnya.

SEMATAN - Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan telah menghadiri Majlis Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Menurut Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri ddi Dewan Sentosa, Kem Putera Sentosa, Sematan sebentar tadi.

Sebanyak 695 permohonan telah diluluskan untuk pengukuran setakat 31 Januari 2017 di seluruh Sarawak.

BINTANGOR : Penduduk mengesa tindakan segera pihak berkuasa ke atas lokasi ‘hitam’ yang dikenalpasti sebagai pusat aktiviti penyalahgunaan dadah di sini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, persekitaran lokasi terbabit bukan sahaja bising tetapi juga tidak selamat sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram kepada mereka.

“Kawasan itu pernah diserbu sebelum ini tetapi aktiviti berkenaan kembali berleluasa. Saya menggesa pihak Polis agar terus melakukan tindakan susulan bagi memastikan aktiviti ini tidak berulang.

“Aktiviti tidak bermoral ini harus dibenteras hingga ke peringkat akar umbi, ” katanya kepada Meradong Today.

Lundu:Program Gotong Royong Perdana ATM dan Makan Tengahari Bersama Rakyat di Kg Pueh/Kg Sebat Melayu/Kg Sebat Dayak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY