'/>

Bintangor;

Masalah bekalan air yang berlaku sejak semalam 28 Januari 2012 di kawasan Bintangor kerana beberapa "kunci paip besar" istilah daripada Meradong Today berikan lupa dibuka!

Menurut maklumat yang MT terima seorang technician "Terlupa" untuk membuka "Kunci"...akibat kecuaian ini  penduduk Bintangor Merungut bekalan air mengalami masalah "tekanan Air Rendah"...

Banyak majlis-majlis terjejas akibat masalah ini.Akibat kecuaian ini pelbagai masalah  lain timbul terutamanya kepada pengguna di Bintangor.

MT berharap agar pihak berkuasa air Bintangor terutamanya JKR Bintangor memastikan perkara ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.Nasib tiada perkara serius berlaku semalam kalau tidak ???fikirlah sendiri....

P/s:kalau tidak pandai bekerja ...Bagi kepada Yang pandai bekerja!!!Jangan menyusahkan orang ramai!!!

Bintangor

Penubuhan koperasi kariah adalah untuk membenarkan ahli jemaah terlibat dalam bidang keusahawanan.Ini kerana ianya entiti sosio ekonomi yang paling sesuai untuk memberi peluang kepada perpaduan,kepimpinan, pengurusan dan sebagainya.

Pengerusi;Japaar Bin Majid
Setiusaha:Awang Busrah
Bendahari:Tuan Haji Roslan.

turut hadir pada mesyuarat ini adalah pihak SKM Sarikei.








posted from Bloggeroid

Oleh HADZLAN HASSAN, ANIZA ZAINUDIN, NURUL HUSNA MAHMUD, ZULIATY ZULKIFFLI dan OMAR OSMAN

HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.

SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.

Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.


Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.





- http://www.hmetro.com.my

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY