'/>
Berikutan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu, spekulasi kini bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi mengukuhkan kedudukannya.
Ketika ditemui pemberita di kawasan Parlimen Pekan semalam, Najib memberitahu pemberita bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, perdana menteri berkata beliau tidak tahu sambutan Hari Raya pada tahun bila yang dirujuknya.
"Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu," katanya yang dipetik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau.
Najib menegaskan bahawa keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan bahawa rakyat menaruh keyakinan terhadap pentadbiran BN, walaupun terdapat kempen untuk menentangnya oleh bekas perdana menteri tertentu yang tidak dinamakan dalam laporan itu.
Katanya, BN menerima peningkatan undi yang ketara di pusat daerah mengundi yang dilawat oleh bekas perdana menteri itu.
Terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan terhadap saya, tetapi semua ini telah dijawab pada dua pilihan raya kecil lalu.
“Rakyat tahu parti mana yang boleh menjaga kepentingan mereka. Rakyat boleh membuat keputusan sendiri," katanya.
Najib jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan kempen Deklarasi Rakyat dalam usaha untuk menggulingkannya dengan berkempen di kedua-dua kawasan pilihan raya berkenaan.
- Malaysiakini

Hari ini tersebar di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai militan IS Asia Tenggara di mana mereka tampil memberi amaran kepada pihak keselamatan negara.

Video yang berdurasi 2 minit 42 saat berkenaan dilihat menyeru umat Islam supaya bangun memerangi kerajaan-kerajaan 'Thoqut 'setiap negara.

"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

22 Jun 2016 - Sungkei bersama penduduk Kg Muara Lebaan di Surau Darul Abidin seterusnya menyerahkan sumbangan seusai solat tarawih..

Foto by Jais Sarikei Paib

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY