'/>

Setelah perbincangan dengan pegawai dari Syarikat perumahan Negera Berhad beberapa hari yang lalu ada beberapa perkara yang mengejutkan berlaku...Ini berhubung dengan projek rumah mesra rakyat...Dalam perbincangan tidak rasmi  tersebut ada beberapa perkara berbangkit timbul antaranya beberapa kos yang terpaksa ditanggung oleh pemohon sendiri...

perkara ini mungkin boleh diterima sikit tapi apa yang menjadi persoalan ada konsep rumah batu bertiang yang sebelum ini dibina di Sarawak terutamanya di Mukah tidak lagi  digunakan..

Meradong Today berpendapat konsep rumah mesra "bertiang"lebih relevan jika dibanding rumah duduk yang digunakan di Semenanjung ketika ini.kalau dikiranya konsep ini lebih murah dan berpatutan ...kebanyakan kawasan di Sarawak ini rendah terutamnya kawasan baru di penempatan baru di Jambatan Merah ,Bintangor.

MT berharap pihak  berkenan lebih turun ke padang melihat kawasan di Sarawak ini...
Diharapkan kata-kata PM "Rakyat Didahulukan " menjadi ikutan mereka ini...
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY