'/>

Gambar :pak wo

Mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai menjadi mangsa bunuh ditemui di atas jambatan Sungai Tapang di sini, pada jam 7.55 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, P/Supt Poniman Margiman berkata, mayat mangsa, Utit Chubing, 61, dari Rumah Banting Sare dijumpai orang ramai yang kebetulan melalui jambatan itu sebelum memaklumkannya kepada pihak Balai Polis Jakar.

Hasil pemeriksaan awal katanya,  terdapat kesan luka di pergelangan tangan dan muka mangsa.

Senjata yang digunakan untuk menyerang mangsa masih belum diketahui.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis menahan seorang lelaki berusia 62 tahun untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY