'/>

Sarikei:Cek untuk pembayaran Wang pampasan Projek Pan Borneo sudah sedia ada untuk dituntut oleh tuan punya tanah. Tetapi masih terdapat 70 lebih orang belum tampil ke depan untuk menuntut dari Jabatan Tanah Dan Ukur Sarikei - Tingkat 3 Wisma Jubli Mutiara Sarikei. Jumlah Wang pampasan mencecah lebih daripada RM55 juta dari Jalan Sebangkoi Sarikei ke Jln KJD Meradong sepanjang 35km Di Sarikei Dan 22km Di Meradong. Harap cek Wang pampasan boleh dituntut dan Projek disiapkan secepat mungkin.
Sumber:FB ung woo teng

Lawatan YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman Ahli Parlimen
P.206 Tanjung Manis di teruskan ke Rumah Benang, Muara Payang pada sebelah petang.
Sebanyak 16 buah rumah sudah hampir siap sepenuhnya.

Foto :razali jidi

BINTANGOR: Seramai 600 pemohon tersenarai sebagai calon yang layak bagi menghadiri sesi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) yang berpusat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang Bintangor yang bermula Isnin (semalam) hingga Khamis ini.

Kesemua yang terlibat perlu melengkapkan kehadiran untuk dua sesi iaitu sesi ujian bertulis dan Sesi Ujian Fizikal (UKF) bermula seawal jam 7.30 pagi.

Calon yang hadir Ketua Penilai ujian UKF, Encik Ismail Dikoh,49, memberitahu Sarawak Voice (SV) semua calon terlibat menduduki ujian bertulis di bilik peperiksaan IPG berkenaan dan kemudiannya menghadiri sesi UKF di dewan besar IPG Rajang Bintangor.

“Calon yang terlibat adalah untuk pemilihan awal bagi ambilan guru pelatih sesi 2017 yang akan bermula pada Jun.

“Untuk pusat pemilihan di IPG Rajang Bintagor, sesi pemilihan berkenaan akan berakhir pada Khamis ini. Hanya mereka yang berjaya dalam kedua-dua ujian berkenaan akan dipanggil semula selepas ini untuk sesi temuduga,”ujarnya.

Tambah Ismail lagi, sesi ujian bertulis membabitkan 195 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit.

Manakala untuk UKF, calon akan diuji dengan beberapa disiplin tertentu dalam ujian kecergasan fizikal.

“Tujuan utama UKF adalah bagi memastikan calon guru pelatih terdiri daripada mereka yang sihat dan tidak tergolong dalam kategori obesiti.

“Kita juga menilai dari segi kecerdasan mental calon bagi memastikan mereka mampu menggalas tugas sebagai guru yang berkualiti bagi mendepani cabaran dunia pendidikan abad ke 21 yang kian mencabar,” jelasnya.

Justeru jelas Ismail, setiap calon yang hendak mengikuti sesi pemilihan perlu mempersiapkan diri dengan tahap kecergasan yang baik agar dapat melakukan kesemua disiplin ujian UKF dengan sempurna. sumber:Sarawakvoice

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga Rang Undang-Undang yang disifatkan sebagai ‘rakyat didahulukan’ telah diluluskan di Dewan Rakyat yang bersidang selama 20 hari minggu lalu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rang undang-undang itu iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 amat penting dan dekat di hati beliau.

YB Datuk Hjh Norah Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis hari ini telah mengunjungi Rumah Panjang Saba Ak Aleng yang terlibat dalam kebakaran pada 9 April 2017 bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.


Umat ​​Islam di Mesir berkumpul untuk menderma darah untuk membantu mangsa-mangsa pengeboman Palm Ahad hari ini di Coptic Gereja.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY