'/>

Jom bantu.... tolong viralkan!!! Siapa yang kenal lelaki ini atau warisnya,... minta maklumkan kepada waris beliau untuk datang segera ke Hospital Sarikei atau boleh menghubungi Jabatan Penerangan Sarikei di talian 084-651904 kerana beliau akan menjalani pembedahan dan memerlukan WARIS untuk menandatangani borang keizinan... SAMA-SAMA KITA BANTU...

Dah sampai masanya Kuasa sepenuhnya diserahkan kepada pihak #ATM...terutamanya tentera laut....Gerakkan aset2 tentera disana...jangan biarkan kedaulatan Negara Malaysia dipandang rendah oleh pihak luar...Ancaman seperti ini boleh ditangani sebagai mana isu pencerobohan Lahad Datu yang lalu..

Kenyataan Rasmi Berkaitan Produk Sosej Diragui Status Halal

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain telah mengadakan satu operasi bersepadu halal di Bahagian Betong pada hari ini (28 September 2016).

Pasukan operasi mendapati beberapa premis mempamer untuk jualan produk sosej ayam (Chicken Frank) diragui status halalnya. Pemerhatian pada label pembungkusan produk didapati produk berjenama “Rose Brand” dan dikeluarkan Rose Poultry Vinderup Denmark serta mempunyai logo halal daripada Islamic Cultural Centre Denmark.

Pemilik premis berkenaan telah diarahkan untuk mengemukakan bukti permit import dan sijil halal produk berkenaan untuk mengetahui status halal produk serta status kemasukannya ke Negeri Sarawak samada secara sah atau tidak sah.

Semakan awal pihak JAIS melalui lawan sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/299) mengenai Senarai Loji & Rumah Sembelih Yang Diiktiraf Di Luar Negara mendapati Rose Poultry Vinderup Denmark tiada dalam senarai berkenaan.

Manakala semakan melalui Portal Rasmi Halal Malaysia pada Senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf (http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/badan-islam/badan-luar-negara-diiktiraf) mendapati Islamic Cultural Centre Denmark tiada juga dalam senarai badan diiktiraf.

Sehubungan itu, JAIS dan Bahagian Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak akan bekerjasama untuk menentu pastikan status sebenar produk berkenaan dan menasihatkan pengguna muslim secara khususnya berhati-hati dengan produk ini.

Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Agama Islam Sarawak
28/9/2016

Rujukan:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1240313156040786&id=392118954193548

1. Kritikan dan bantahan yang dikemukan berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya akan melalui beberapa proses sebelum cadangannya dimuktamadkan.

2. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya terbuka dan masih menunggu bantahan daripada semua pihak yang terlibat.

3. Tegas beliau, jika wujud rasa tidak puas hati berhubung cadangan ini, semua pihak sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pengundi berhak untuk menyuarakan bantahan.

4. “Sebab itu kita adakan pameran fasa pertama ini. Kita beri peluang kepada semua pihak untuk kemukakan pandangan kerana ia sebahagian daripada proses yang mengikut undang-undang,” katanya sebagai mengulas reaksi negatif parti-parti politik termasuk BN berhubung cadangan berkenaan.

5. Tambah Abdul Ghani, selepas proses bantahan bertulis berakhir pada 14 Oktober depan, SPR akan bersemuka dengan pihak yang terlibat bagi mendengar kebimbangan yang dibangkitkan semua pihak.

6. Beliau menjangkakan lebih kurang seminggu diperuntukkan untuk meneliti semua bantahan awal itu. Selepas itu SPR akan turun padang ke seluruh negara menemui tiga pihak yang terlibat iaitu kerajaan negeri, PBT dan 100 pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya bagi mendengar setiap kebimbangan mereka.

7. Selepas proses itu selesai, SPR akan membuat pameran cadangan fasa kedua dan semakan boleh dibuat bagi mengetahui sama ada bantahan mereka sebelum ini diterima atau tidak.

8. Selain itu, menurut Abdul Ghani, beliau berharap semua pihak dapat turut sama terlibat dalam proses berkenaan mengikut saluran yang ditetapkan.

9. SPR kini sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.

Belaga - Perasmian "Murum Hidroelectric Plant"    oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem.

Empangan Hidroelektrik Murum mampu menghasilkan tenaga berjumlah 944 megawatt (MW) dengan purata kuasa tahunan 5,952 gigawatt-jam (GWh).

Empangan ini adalah empangan terbesar dan projek yang kedua dibina SEB selepas Empangan Hidroelektrik Batang Ai sejak 30 tahun yang lepas.

Projek ini membolehkan Sarawak menjadi pembekal kuasa kepada ASEAN pada tahun 2025 melalui infrastruktur rangkaian transmisi yang menghubungkan luar Sarawak seperti eksport tenaga ke Brunei, Sabah, Kalimantan Barat serta Semenanjung Malaysia, Singapura dan Sumatera.
Sumber :friends klxpress sarawak

Membuat laporan polis susulan penghinaan oleh pemilik akaun facebook Kapak Sarawak (Anthony Bakit) terhadap Big Bikers.

#LaporanPolis
#KapakSarawak
#PenghinaanTerhadapBigBikers

Sumber :FB Zulfaqar Abdul Jalil

BERANG apabila mengetahui suaminya ‘makan luar’, seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel.

Rakaman insiden itu yang viral setelah dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan di atas lantai bilik hotel.

Dalam video pertama berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit.

Wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala.

Difahamkan, wanita yang menjadi skandal suaminya itu adalah rakan baiknya sendiri dan ketika Nadia menyerbu bilik tersebut, wanita berkenaan sudah berada dalam keadaan bogel.

Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.

Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.

Ketika kejadian, ada beberapa indvidu lain turut berada dalam bilik berkenaan.

Pelbagai versi kejadian yang tersebar setakat iini termasuk ada yang mengatakan wanita yang dipukul itu merupakan kawan baik si isteri.

PENGGUGURAN TUNTUTAN MAHKAMAH AS SECARA SENYAP
Kenyataan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia

24 September 2016

1. Tuntutan mahkamah tindakan kelas yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan lain-lain oleh setiausaha politik Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan Husam Musa telah menimbulkan kontroversi global. Ianya semata-mata berdasarkan dakwaan dalam aduan awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dan coretan palsu yang disiarkan oleh Wall Street Journal.

2. Tuntutan mahkamah oleh pengikut Tun Mahathir ini menimbulkan berita dan kontroversi global apabila ia difailkan pada 11 Ogos. Tetapi, yang peliknya, Wall Street Journal dan media Barat yang lain tidak melaporkan bahawa semalam, saman itu telah digugurkan.

3. Realitinya adalah bahawa ia sejak awal lagi adalah tidak berasas, satu aksi publisiti semata-mata untuk memanipulasi persepsi orang ramai. Sebahagian daripada rancangan Tun Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Dan semua ini adalah atas sebab-sebab politik untuk kepentingan diri sendiri, hanya untuk memberi manfaat kepada anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

4. Ia semestinya mengecewakan bagi Tun Mahathir bahawa setiap percubaannya untuk menggulingkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Salah satu tanda seorang pemimpin yang sebenar adalah mengetahui masa untuk berundur secara senyap.

5. Rekod sebenar Perdana Menteri telah dicatitkan oleh Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova. Beliau berkata, "Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, kerajaan Malaysia telah mengambil pendirian tegas terhadap keganasan ekstremisme melalui penglibatan dan pendidikan, yang mana UNESCO menganggap sebagai pencegahan jangka panjang yang paling berkesan ke atas kuasa yang mengancam untuk memecah-belahkan masyarakat". Beliau juga memuji Malaysia sebagai "Satu contoh kepada negara-negara di semua peringkat pendapatan"; dan juga berkata bahawa negara ini adalah "Bukti bahawa menghormati kepelbagaian merupakan satu sumber pengayaan"; dan bahawa kita telah mengetuai usaha menggalakkan "Ajaran agama untuk menggalakkan toleransi, hormat-menghormati dan saling memahami".

6. Kerajaan tidak akan terganggu dengan percubaan Tun Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan mengutamakan sekuriti, keselamatan dan kemakmuran mereka.

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Malaysia

Warga Indonesia bawa banyak wang balik kampung jadi sasaran kumpulan "PUKAU"

KUCHING: Mereka menjadikan warga Indonesia yang dijangka memiliki banyak wang untuk dibawa balik ke kampung halaman ketika menunggu masa bas bertolak di Kuching Sentral sebagai mangsa pukau.

Kumpulan pukau yang bergerak di kawasan tersebut dipercayai terdiri daripada sekurang-kurangnya dua warga Indonesia dan tiga warga tempatan akan mengambil kesemua wang daripada mangsa.

Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching Jahar Gultom yang mendedahkan kegiatan itu berkata beberapa mangsa warga Indonesia telah membuat laporan di pejabatnya.

“Dua daripada mangsa telah kehilangan RM10,000 setiap seorang kerana menjadi mangsa pukau di Kuching Sentral baru-baru ini.

“Kita menasihatkan warga kita terutama yang membawa bersama wang yang banyak agar lebih berhati-hati apabila didatangi orang tidak dikenali ketika berada di Kuching Sentral,” katanya semalam.

Polis juga, menurutnya, telah memberkas suspek utama dan telah membebaskannya atas ikat jamin.

“Kumpulan pemukau ini akan mendekati mangsa dan dengan kata-kata manis cuba menjual barangan kemas. Mereka akan menepuk badan dan memukau hingga mangsa menyerahkan semua wang,” jelasnya.

Mereka selalunya memperdayakan mangsa di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan kamera litar tertutup (CCTV) seperti di tandas.

“Kami telah memaklumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak mengenai masalah ini baru-baru ini dan beliau berjanji akan memantau perkara ini,” katanya.

Mangsa lazimnya terdiri daripada mereka yang telah lama tidak balik ke Indonesia, dan membawa wang tunai yang banyak.

“Sindiket ini dipercayai aktif kembali selepas ketua mereka dibebaskan dengan ikat jamin baru-baru ini,” katanya.

Lazimnya mereka menjalankan kegiatan itu pada waktu petang hingga jam 7 malam.

“Kita berharap polis akan memberkas mereka dalam masa terdekat bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis maklum tentang sindiket dan sedang memantau dan meneliti lebih lanjut perkembangannya.

~utusan Borneo~

SarawakCrocs telah mendapat maklumat sahih bahawa YB Encik Abdullah Haji Saidol, ahli DUN Semop, akan dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Abdullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berita ini sepadan dengan maklumat terdahulu kami yang mengatakan bahawa seorang ahli DUN yang agak muda dari parti PBB bakal dilantik.

Dilahirkan pada 5 Disember 1966, di Kampung Rajang, Mukah, Sarawak, Abdullah berketurunan Melanau dan merupakan anak sulong dari lima orang adik – beradik.

Abdullah mula bersekolah di SK Nanga Strass, Bintangor sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Alor Akar Kuantan, Pahang yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak. Beliau melanjutkan lagi belajar di Tingkatan 6 SMK Meradong dan mengikuti pengajian Undang-undang di UiTM (ITM) Shah Alam, Selangor.

Abdullah memiliki pengalaman bekerja di dalam bidang swasta dan pernah bekerja di syarikat koporat terbesar seperti kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Research Institute of Investment Analysts Malaysia.  Pengalaman besar beliau di dalam bidang korporat berkemungkinan akan mempengaruhi cara FAS akan diterajui selepas ini.

Di dalam bidang sukan, Abdullah dikenali dikalangan sahabat handai sebagai peminat futsal dan bolasepak yang besar, serta meminati pasukan bolasepak Manchester United.

Menurut maklumat yang kami terima, Abdullah hanya akan dilantik secara rasmi selepas tempoh tiga bulan Mesyuarat Agung minggu lepas berlansung.

Kami difahamkan bahawa Abdullah telah menerima jawatan Presiden FAS secara tidak rasmi, dan akan memulakan tugas selepas pelantikan rasmi dilakukan.

Bintangor:Pihak Surau Darul Ikhsan Bintangor telah mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin.Ini bertujuan bagi memohon kepada Allah S.W.T supaya Razlan Bin Marais yang dipercayai hilang dijumpai...Amin.

SPRM beri tempoh seminggu kepada 46 pemilik kereta klon untuk diserahkan kepada mereka
Sumber: @501Awani

Jeremy Wade river monster datang pandan Bintulu , katanya nak tangkap tapah gergasi bersama raja Tapah sini.terbaikkk
Foto by borneo

EdisiRakyat.com
SEBUAH program televisyen berbentuk siasatan mirip 999 di Indonesia mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan pendatang asing tanpa izin, PATI mendarat di Tawau Sabah setiap hari.

Apa yang menghairankan dakwa rancangan itu, lokasi pendaratan ratusan PATI  tersebut setiap hari berada tepat bersebelahan dengan pelabuhan sah di Tawau Sabah.

Wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia itu menyamar sebagai Tenaga Kerja Indonesia, TKI bagi menyelongkar bagaimana perjalanan pendatang asing dari Indonesia masuk ke Malaysia secara haram.

Salah seorang PATI yang ditemubual mendakwa begitu mudah untuk masuk ke Malaysia secara haram dengan memberikan rasuah sekitar RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa yang bertugas.

"Kalau di laut ada Polis yang tinggal sumbat (suap) saja dengan uang, tidak ada masaalah. Jadi boleh jalan, paling tinggi RM50 hingga RM100," dakwanya.

Rancangan tersebut turut menunjukkan bagaimana wartawan yang menyamar sebagai TKI di dalam sebuah bot kecil bersama para penumpang lain perlu menundukkan kepala jika terserempak dengan pihak berkuasa Malaysia.

Suara latar dalam rancangan tersebut turut yakin bahawa telah ada wang 'suap' (rasuah) disediakan untuk pihak berkuasa yang bertugas — ini barangkali menjelaskan mengapa salah sebuah bot peronda yang tertera tulisan 'Polis' dalam rancangan itu langsung tidak bertindak ketika terserempak dengan mereka.

"Kalau enggak punya passport nantinya ditangkap bisa masuk lagi. Gampanglah masuknya ke sana," itu kata-kata salah seorang buruh yang turut ditemubual menggambarkan betapa mudahnya untuk menceroboh masuk ke Malaysia secara haram dalam rancangan itu.

Berikut rakaman rancangan tersebut.


SARIKEI: Hanya bersenjatakan objek keras, seorang lelaki menyebabkan lawannya parah, manakala dua yang lain, dipercayai adik mangsa bertempiaran lari biarpun memiliki senjata parang di tangan.

Dalam kejadian berdekatan sebuah bank di Jalan Abdul Razak, di sini malam semalam, mangsa yang berusia 38 tahun dan adik-adiknya dikatakan membuat kecoh dengan membawa parang ke lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Muhamad berkata, sekitar jam 7.30 malam, seorang lelaki yang tidak dikenali identiti mereka telah menghampiri mangsa, sebelum berlaku pertengkaran.

“Setelah beberapa minit bertengkar, suspek mengambil satu objek keras sebelum memukul mangsa sehingga rebah.

“Apabila melihat mangsa cedera dipukul, kedua-dua adiknya melarikan diri dan meninggalkan senjata parang yang dibawa tidak jauh dari lokasi.

Kata Mat Jusoh, suspek turut melarikan diri setelah melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian segera menghubungi pihak polis.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut dan berdasarkan pemeriksaan, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan bahu.

Kata Mat Jusoh lagi, motif kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Ketika ini kami sedang mengesan mereka yang terlibat termasuk suspek,” tambahnya. – Sarawakvoice

Bahaya memuatnaik gambar di Media Sosial dan jangan mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali.Hati hati dengan scammer.Jangan mudah terpedaya dengan pak saok dalam dunia Internet tok

Dimaklumkan bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Salam takziah daripada warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk ahli keluarga Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di atas berita kematian Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University US, pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Perginya satu lagi permata

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/166840

KUCHING - Seorang guru yang memuat naik status dan gambar kepala babi di dalam facebook miliknya yang mempunyai maksud 'menghina' amalan korban yang dilakukan umat Islam dalam meraikan Hari Raya Aidiladha telah menerima kecaman daripada banyak netizen di media sosial.

Mohon anaknya kembali pulang ke rumah  ,tiada khabar berita sejak sebulan yang lalu .Apa yang di beritahu olah bapak Razlan,anaknya berkeeja sebagai anak bot nelayan di Sibu ,Di percayai, telah hilang sebulan yang lalu dikhabarkan lagi majikan tempat anaknya berkerja memberitahu kepada bapaknya (Marais b. Wen ) yang Razlan telah berhenti kerja kerja beberapa hari yang lalu .Bapaknya telah membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya di balai polis .Barang siapa yang mengenali atau terjumpa dengan mangsa mohon dan boleh hubungi Bapak nya mangsa .Encik Marais Bin Wen.-di talian 0198776847 atau hunbungi balai polis berdekat .

Sejarah tercipta di bumi Rio. Negaraku&Jalur Gemilang berkibar megah. Ridzuan Puzi sumbang Emas pertama Negara!..

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY