'/>

Kabong :Penyerahan sumbangan kepada mangsa Kebakaran Kampung Hilir Sessang.Sumbangan daripada pihak Pemuda PBB N46 Meradong.

Bintangor :Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin pihak Bomba Sampai di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran litar pintas pada peti sejuk pemilik kedai 88 Ming Hing. Pemilik kedai telah menggunakan 3 buah alat pemadam api untuk memadam kebakaran pada peti sejuk. Pihak bomba menggunakan satu buah alat pemadam api yang ada dalam jentera bagi memadam kebakaran. Api telah berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba. Peratusan kemusnahan peti sejuk 100% dan struktur bangunan 2%.

1. Kerajaan Selangor gagal mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan semakan kehakimannya.

2. Panel 3 hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan notis dan syor mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

3. Hakim Ong yang membacakan penghakiman berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR iaitu sidang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan mengikut Seksyen 5 Jadual Ke-13.

_“Oleh itu, kami berpandangan, sebarang tindakan SPR berhubung aduan dikemukakan tidak boleh dicabar bagi semakan kehakiman._

_“Kami juga memutuskan, walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah untuk semakan kehakiman mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958,"_ kata beliau.

4. Hakim Ong berkata panel itu juga bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi, penting untuk membezakan antara tugas khusus SPR di bawah Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, iaitu pelepasan tugas-tugas berikut turut melibatkan penggubalan cadangan dan pelaksanaan mengikut budi bicaranya berdasarkan prinsip bawah Seksyen 2 Jadual Ke-13 iaitu tindakan SPR tidak boleh dicabar di mahkamah.

5. Berhubung isu daftar pemilih, beliau berkata panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu berdasarkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya ketepatan daftar pemilih juga tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun daftar berkenaan mungkin tidak sepenuhnya merekodkan alamat semua pengundi.

6. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, maklumat yang disediakan SPR dalam cadangan persempadanan semula mengikut Seksyen 4 Pemberitahuan itu tidak memerlukan campur tangan mahkamah lebih tinggi.
 
7. Kerajaan Selangor merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 7 Disember tahun lepas yang menolak semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu

*Sumber:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31469-persempadanan-semula-mahkamah-tolak-rayuan-kerajaan-selangor.html

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Daerah Meradong 2018 di SK Abg Amin Bintangor.

28 APRIL 2018 - Dewan Rakyat Lulus Usul Persempadanan Semula Pilihan Raya.

Undian Ahli Parlimen 129  Bersetuju, 80 Tidak Bersetuju.

Keputusan Itu Diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

-astroAWANI

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan bagi memberi faedah persaraan dan faedah lain kepada anggotanya. Ia juga merupakan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

Bagi tahun kewangan 2017, LTAT telah mengumumkan bayaran dividen dan bonus sebanyak 12.5% kepada kira-kira 100,000 ahli, meningkat berbanding purata 11.3% sejak LTAT ditubuhkan pada 1972.

Ia didorong oleh peningkatan pendapatan bersih LTAT sebanyak RM667.1 juta bagi tahun kewangan 2017 berakhir 31 Disember lalu, iaitu meningkat 12.1% atau RM72.1 juta berbanding RM595 juta pada 2016.

Selain itu, bayaran yang diberi kepada ahli LTAT ini juga meliputi 6% dividen dan 6.5% bonus khas berbentuk unit amanah saham diberi percuma kepada pencarum yang aktif. Ia mula dikreditkan ke dalam akaun ahli bermula 23 Mac 2018.

#BarisanProRakyat

Kuching :Dengan Slogan Armada Serang...Serang...serang...Pemuda bakal mengeggarkan Pakatan Harapan...

Program Sembang Pendidikan Bersama YBhg Dr.Loji Roji Bin Haji Saibi

KENYATAAN MEDIA

PENGUMUMAN CALON PRU14

Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan laporan akhbar hari ini bahawa pengumuman calon Pilihan Raya Umum ke-14 akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 April hanya merupakan satu spekulasi pihak media.

PEJABAT PERDANA MENTERI

Isu judi online dapt perhatian YB Faz.

Dakwaannya ada beberapa kedai runcit 24 jam kawasan petra jaya tapi di sebaliknya secara tersembunyi menjual reload judi online dan arak dalam kawasan petra jaya. Tapi tidak dpt d ambik tindakan kerana terlalu licik dan tiada bukti.
Tiada kaitan dgn perkara di atas - saya dan saya rasa ramai lagi, akan melakukan apa saja dan akan bemati matian memastikan kawasan kita dalam keadaan sejahtera.
#katakuajak #xkutakut #janganmasukkawasansebarang

Mengikut definisi yang terhad kepada hutang kerajaan SAHAJA dan juga yang termaktub di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, kerajaan merekodkan jumlah hutang berjumlah RM686 billion setakat 31 Disember 2017 iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).

_*Benarkah saiz hutang negara kepada KDNK sudah melebihi paras 55% seperti yang ditetapkan kerajaan?*_

*Jawapan:* Hutang negara setakat 31 Disember 2017 berada pada paras 50.8% berbanding KDNK negara, menurun daripada 52.7% pada tahun 2016.

Walaupun jumlah hutang meningkat, nisbah hutang kepada KDNK menurun kerana kadar pertumbuhan KDNK lebih pantas daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan. Hutang kerajaan masih jauh lagi untuk mencecah RM1 trillion dan nisbah hutang kerajaan juga semakin menjarak daripada had statutori 55% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan.

Hutang kerajaan yang dihadkan di bawah had statutori 55% di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 hanya melibatkan bon dan sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan persekutuan iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB). Ini tidak termasuk hutang syarikat milik kerajaan atau hutang lain yang dijamin kerajaan.

Jaminan bermaksud jika berlaku _’default’_ atau kegagalan membayar hutang baru kerajaan akan masuk campur untuk bayar. Selagi belum _’default’,_ selagi tu bukan tanggungjawab kerajaan untuk membuat bayaran semula. Tidak ada kerajaan dalam dunia yang mengambil kira hutang yang dijamin mereka untuk mengira nisbah hutang kerajaan.

Hutang yang dijamin kerajaan persekutuan setakat 30 September 2017 adalah RM226 billion merangkumi hutang-hutang badan berkanun seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), FELDA dan PTPTN dan juga syarikat berkaitan kerajaan Danainfra, Prasarana, SME Bank dan sebagainya manakala jaminan hutang terbesar adalah hutang PTPTN berjumlah RM40.3 billion. Ini lebih besar dari hutang yang dibuat oleh Danainfra untuk membina MRT dan Pan Borneo. Hutang Danainfra yang dijamin kerajaan disokong dengan aset-aset _(secured debt)_ berbanding hutang PTPTN yang tidak disokong oleh apa-apa aset.

Selain itu, kerajaan juga menjamin deposit rakyat Malaysia dalam KWSP, Tabung Haji dan BSN yang mencecah hampir RM750 billion. Jika terjadi apa-apa kepada duit anda dalam ketiga-tiga institusi ini kerajaan akan bayar dan tiada risiko untuk anda.

*Sumber:* https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10215317941879807

SATU laporan polis telah dibuat sebentar tadi dan dianggarkan beberapa laporan lain juga akan menyusul terhadap Presiden PBDSB Cobbold John kerana mempaparkan gambar penghinaan dan bersifat provokasi ini terhadap kepimpinan Negeri Sarawak. Sebagai seorang Sarawakian, apatah lagi seorang Presiden parti politik Sarawak, Cobbold John seharusnya berhati-hati mempaparkan posting atau gambar digaris masa media sosialnya. Ini bukan kali pertama Cobbold berbuat demikian.

Kalau hendak berpolitik pun, buatlah dengan cara yang betul bukannya secara kebudak-budakan sebegini. Kaki terakhir apabila Cobbold disiasat oleh pihak polis kerana dikatakan melaku kesalahan yang sama, beliau memberi alasan talipon bimbitnya telah jatuh ke dalam sungai untuk mengelak diri di siasat. Apa pula alasannya kali ini ya?

#iamSarawakian

Sumber:FB Salfian Nawawi

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor Tuan Nicholas Bin Belulin ,pihak Bomba yang Sampai diketuai oleh PBKII Hj Mohmad ditempat kejadian didapati benar kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah toyota hilux SR f yang terbabas. Seramai 7 orang mangsa yang terlibat kemalangan.

6 orang mangsa dapat keluar sendiri  ( cedera ringan ) dan seorang mangsa wanita masih tersepit di dalam kenderaan tersebut dan cedera parah di tempat duduk belakang. Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa tersebut melalui pintu belakang kenderaan tersebut dan membawa mangsa ke tempat selamat sebelum ketibaan pihak ambulan.

Ihsan JBPM Bintangor

SATU lagi sejarah tercipta bagi anak Sarawak apabila buat pertama kalinya seorang anak Iban Sarawak iaitu Datuk Stephen Mundaw telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral 3 Bintang sebagai Leftenan General sekaligus turut digelar sebagai Panglima Medan Timur.  Sebagai Panglima Medan Timur menyaksikan beliau akan menjadi pegawai utama di dalam 2 divisyen Tentera Darat iaitu Division 1 dan Division 5 termasuklah Bridget Sempadan untuk Sarawak dan Sabah.

Anak Iban kelahiran Sungai Melaban, Pakit dari Bahagian Sri Aman mendapat pendidikan awal di SRK St Lawrence sebelum meneruskan pendidikan menengah di SMK St Columbus, Miri dan SMK Simanggang, Sri Aman.  Minatnya di dalam dunia ketenteraan sudahpun mekar sejak di masih dibangku sekolah dan usai menamatkan persekolahannya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Latihan Pegawai Kadet, Sebatang Karah, Negeri Sembilan.  Dek kerana kecemerlangannya juga menyaksikan akhirnya beliau melanjutkan pelajarannya sekali lagi ke Australia iaitu di Portsea Victoria.

Untuk berada di kedudukan yang tinggi di dalam dunia ketenteraan ini bukanlah sesuatu yang mudah.  Hanya disiplin yang tinggi serta semangat waja boleh memacu kejayaan kariernya.  Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau adalah seperti 6RRD sebagai Ketua Platun, 7RRD Ketua Kompeni, Pegawai Perisikan serta banyak lagi. 

Semoga kejayaan beliau akan menjadi contoh kepada generasi baru anak Sarawak untuk memilih kerjaya ketenteraan dengan lebih menyeluruh lagi. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Datuk Stephen Mundaw.

-RP-

sumber red parrot

KUCHING:Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang diketuai oleh Ketua Pemuda, Gerald Rentap Jabu di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, petang tadi.

Ia merupakan kunjungan pertama Exco Pemuda tersebut setelah pembentukannya dan bertujuan untuk memperkenalkan barisan Exco Pemuda PBB yang baru dilantik semasa Perhimpunan Agung PBB Ke-14 yang lepas dan menerangkan perancangan aktiviti-aktiviti exco Pemuda PBB dalam masa tiga Tahun (2018 - 2020), disamping persediaan menghadapi PRU akan datang.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pemuda (Bumiputera), Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuih selaku Timbalan Ketua Pemuda (PESAKA), Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo selaku Naib Ketua Pemuda PBB dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machan, Allan Siden Gramong selaku Bendahari Pemuda PBB serta semua ahli-ahli exco Pemuda PBB bagi sesi 2018 - 2020.sumber :FB Armada Pemuda PBB Lingga

Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Tiada Manipulasi Sistem Pilihan Raya Pada PRU14 Untuk Menangkan Pihak Tertentu.

Sarikei:Menurut Ketua Balai Sarikei PPgB Suna bin Kaha kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu perodua kancil dan HILUX . Dua orang mangsa dalam kenderaan kancil tersepit. Manakala pemandu dan penumpang Hilux berjaya keluar sendiri dan mengalami sedikit kecederaan.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan oleh pihak BOMBA dan diserah kepada pihak ambulans manakala Mangsa kedua dibawa ke hospital menggunakan EMRS pihak bomba. Menurut saksi kejadian pemandu Hilux tersebut ,kemalangan berlaku apabila Hilux hilang kawalan dan berpusing beberapa kali sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Kancil tersebut. Hilux dalam perjalanan daripada Roban ke Sarikei manakala Kancil daripada Sarikei ke Sessang.

Sumber  dan Foto :JBPM Sarikei

Bintangor:YB Dr. Annuar Rapaee Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi,
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam melawat dan memberi sumbangan terhadap mangsa Kebakaran Kampung Muhibbah Bintangor.

Ride Sambil Menderma Untuk Mangsa Kebakaran Di Bintangor .. Semoga di pemudahkan segala urusan .. Amin #MeradongMotorSport

Tarikh : 4.March.2018 (Ahad)
Masa : 9 Pagi
Lokasi Kumpol : Kedai Gerai Makanan Islam (KedaiRojak Sebelah pos ofis)

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY