'/>

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) beliau percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya minta selesaikan soal ini. Saya percaya Abang Johari ada formula macam mana nak selesaikan sebelum PRU14 untuk SUPP kembali sebagai barisan yang kukuh sebagai SUPP yang satu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke-24 di Kuching pagi ini. Turut hadir Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Terdahulu Dr Sim dalam ucapannya berkata perwakilan bersetuju dengan resolusi untuk ‘tolak calon  langsung  BN’ pada PRU14 nanti.

Dalam ucapannya di hadapan perwakilan yang hadir,  Najib berkata beliau mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.

Katanya berbanding pada persidangan tiga tahun lalu, kali ini beliau dapat merasakan SUPP sudah memiliki ‘perpaduan yang semakin utuh’.

“Saya berasa amat senang hati hari ini, pertama kerana hampir semua perwakilan yang hadir memakai baju warna kuning tanda perpaduan  dan pembaharuan kukuh SUPP.

“Saya mahu SUPP menjadi parti pilihan rakyat Sarawak sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta lain-lain parti berasal dari negeri ini,” katanya.

Najib turut menggariskan tiga perkara yang boleh menjadi kekuatan SUPP.

“Tiga perkara ialah mempunyai perancangan, perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan juga perpaduan serta kesepaduan,” katanya.

-bernama

Serian:Hospital Serian, kemalangan melibatkan 8 nyawa 7 orang menaiki van dan 1 orang menaiki hilux. 3 maut di tempat kejadian di Jalan Tebedu-Serian serta yang lain cedera parah.

Sarikei:Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Tuan Suna Kaha pihak  Bomba menerima satu pangilan khas iaitu menangkap ular di alamat Bangunan Rumah Mayat Hospital Sarikei. Setiba di lokasi kejadian didapati seekor ular tedung sepanjang 1 meter berada didalam saluran paip di belakang bangunan Mayat. Pihak bomba bertindak menjerut ular tersebut dan melepas ke habitat asal.

Foto JBPM Sarikei

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY