'/>


Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.

Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.

Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk “Mermaids: The Body Found”.

Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.

Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .

Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.

Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY