'/>


admin meradong today terkedu dengan APA yang diluahkan oleh Blogger APA ini...pihak penganjur seharusnya mengambil iktibar daripada masalah yang dihadapi rakan blogger ini....luahan hati seseorang yang ikhlas berjuang demi BN...berjuanglah wahai sahabatku....
Renung-renungkan lah....
oleh:blogger APA


Sebelum aku mulakan N3 ini aku minta maaf kepada sahabat sahabat akuBLOGGERS PRO BN terutamanya sahabat sahabat dari UMB.Walaupun aku tahu apa implikasi dan tindakbalas yang bakal aku terima hasil artikel ini tapi aku kena nyatakan apa yang aku rasa.Aku ini jenis tak tahu nak control macho dan play along bila aku rasa sesuatu itu tidak kena.Okay aku dah minta maaf jadi aku teruskan N3 ini...



Siang tadi aku menghadhiri apa yang dipanggil sebagai KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA yang berlangsung di PWTC dan dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Haji Najib Tun Abdul Razak.Bila sebut"konvensyen" terbayanglah difikiran aku aturcara dan agenda berkonvensyen saperti lazim nya.Jadi bila seorang sahabat blogger sarankan aku mendaftar untuk "konvensyen" ini 3 minggu sudah aku tidaklah teragak agak mendaftar.Janji penganjur(aku pun tak pasti siapa)aku akan dihubungi melalui email pada atau sebelum 15 Nov untuk mengesahkan penyertaan aku.Sejak 15 Nov setiap hari aku periksa email..tapi haram apa pengesahan pun tak ada dari pihak penganjur.Aku ingat program ini tak jadi atau ditangguh lah,hinggalah semalam bila sahabat ini suruh juga aku turun katanya program tetap berlangsung.Jadi program baik aku akurlah...
Jadi pagi pagi semalam aku dah keluar dari rumah walaupun hujan turun dengan menaiki kapcai aku kerana waktu pendaftaran pukul 8 pagi.Sampai di PWTC dah kira separuh kuyup lah walaupun berbaju hujan.Aku naik ke Aras 4 untuk mendaftar dan masa tu dah ramai peserta yang berada disitu untuk mendaftar.Saperti biasa aku diberi satu BEG LAPTOP(yang tak pernah ada laptop kat dalamnya) yang didalam nya terdapat 'buku buku propa" yang sama saperti yang pernah aku dapat bila menghadhiri kursus,seminar atau konvensyen anjuran Umno macam ini.Memandangkan aku agak awal mendaftar aku turun cari sarapan kat Restoran Riverside(tak tahu ada sarapan percuma di Aras 5) kerana perut lapar.Masa bersarapan aku cuba cari dalam banyak banyak risalah dalam beg itu kalau kalau ada ATURCARA KONVENSYEN...haram tak ada.
Hati aku mula rasa tak sedap bila menjadi peserta konvensyen aku tak tahu apa yang nak dikonvensyenkan pagi semalam,tapi aku bersangka baik sajalah mungkin penganjur terlupa meletakan nya dalam beg aku.Sebelum beredar aku hadiahkan 'beg' itu kepada salah seorang staff restoran itu setelah mengambil apa yang aku kira penting.Tak kuasa aku nak menggalas 2 beg termasuk beg yang aku bawa sendiri dari rumah.Lagipun "koleksi" beg beg sewaktu dengan beg aku terima pagi tadi dah banyak kat rumah dan boleh buka perniagaan beg second hand kat Uptown.
Di Aras 4 peserta makin ramai dan keadaan agak jadi kelam kabut sikit.Jadi sementara masih ramai mendaftar aku ambil kesempatan pekena rokok sebatang diluar aras 4 tempat selalunya berlangsung upacara menaikan Bendera Umno.Tiba diluar aku terperanjat sebab ramai orang Umno..rupanya mereka tengah melakukan RAPTAI untuk perhimpunan agung hujung bulan ini.Kelibat Dato Raof Setiausaha Kerja Umno aku lihat kehulu kehilir memberi arahan.Habis merokok aku kembali kedewan tempat konvensyen tapi tak dibenarkan masuk kerana aku tidak memakai T-Shirt yang diberi awal tadi.Aduss!..T-Shirt aku dah terbagi kat staff Riverside tadi beserta beg takkan nak minta balik..buruk siku nanti.Aku pun cuba bagi alasan bodoh konon nya hilang beg bila ketandas dan minta dibenarkan masuk dewan tapi GAGAL.Tak bagi masuk nak buat macam mana takkan nak paksa pula,lagipun tak manis pula rasanya kalau aku seorang je yang ganjil tak berT-Shirt nanti.


Tiba tiba aku terserempak dengan kenalan lama aku Datuk R kat situ.Rupa rupanya dia salah seorang penganjur program ini,jadi apa lagi aku tanyalah lebihkurang pasal konvensyen ini dan sebab dia dah biasa ngan aku dia jawap selamba je "Cari makan..nak hidup Mi..pilihanraya dah dekat".Tersentap sekejap aku bila dengar jawapan macam itu dari penganjur.Dia kata banyak event berjalan serentak kat situ semalam.Raptai,BN Job Fair,breifing untuk sayap Pemuda dan Puteri dan "konvensyen" itu sendiri.Semua ini program PM jadi kita kumpul seramai mungkin PENGGIAT MEDIA MAYA kasi tunjuk kat PM bagi dia syok sambung nya.Mau je aku hempuk kepala dia ngan beg sandang yang aku bawa.


Patutlah ramai betul peserta(hampir 2 ribu orang aku difahamkan)yang hadhir untuk "konvensyen" ini.Rupanya KAMI semua jadi macam LEMBU yang dikumpul dalam kandang untuk ditujukan kapada Haji Najib betapa dia disokong oleh SUKARELAWAN SUKARELAWAN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA yang merupakan "tentera siber pro kerajaan"(pinjam kata kata Hj Najib dalam ucapan perasmian nya).



SUKARELAWAN ???????
Itulah yang tercatit kat beberapa buku nota yang terkandung dalam"door gift"(beg)...sukarelawan?.Terasa pula macam di BODOH BODOH kan oleh pihak penganjur.Dah lah tak tahu konvensyen menatang apa yang aku hadhir,tau tau penganjur sekadar nak bagi Hj Najib syok...dan MEREKA masyukkkk!!!!Sialan betul!!!
Sebab nak bagi aku masuk Datuk R dapatkan aku sehelai T-Shirt lagi.Aku pura pura nak pegi tandas bertukar pastu terus blah!

Inilah dia unsur unsur yang menghancurkan Umno...bagi PM syok dengan program syok sendiri.Kemudian tanpa rasa malumemperalatkan PENGGIAT MAYA blogger,facebooker dan tweeterist tanpa mahu menjelaskan agenda sebenar perhimpunan semalam.Kalau bercakap pasal "himpunan" rasanya baru sangat kami dihimpunkan selama 3 hari di Hotel KLI.Adalah faedahnya juga sebab banyak program dan direct engagement dengan PM dan beberapa pemimpin yang hadhir waktu itu.Cuma "BEG LAPTOP" kosong yang diberi waktu itu katanya PM janji nak isi dengan Ipad atau Galaxy...tapi sampai hari ini HARAM!!!!Tapi itu tak jadi masaalah pun sebab KAMI hadir untuk berseminar bukan nak apa apa pun...cuma bila PM yang berjanji aku pun berangan lah juga...nak beli tak mampu.

Berbalik kepada "konvensyen" yang bukan "konvensyen" pagi semalam itu,sama ada rakan rakan penggiat maya sedar atau tidak kita telah diperalatkan oleh Pihak Penganjur untuk agenda peribadi merekamembodek PM.Tak salah rasanya kalau penganjur berterus terang memberitahu kita yang mereka nak lancar Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia dan perlu sokongan kehadhiran kita..pasti kita akan turun menyokong beramai ramai.Patutlah URUSETIA yang bertugas semalam terjerit jerit memberi arahan itu dan ini rupanya KITA ni tak lebih macamLEMBU LEMBU FIDLOT di ladang ternak NFC.


LEMBU lagi....




P/S : Kalau yang tak pasti kat mana datangnya terma "Sukarelawan" yang aku kata...cuba belek colar pin yang ada dapat semalam.Pandai kan penganjur?Klu tak dibelek betul betul pasti tak nampak...


ALOR SETAR: Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini malam Rabu.

Mayat Heng Song Moi, 59, ditemui oleh anak lelakinya dengan terdapat beberapa kesan tikaman di lehernya.

"Kita masih mencari seorang lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pembantu mangsa di sebuah gerai mee di Jalan Putra bagi membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 malam.

Hasil bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa mati disebabkan dari luka tikaman kepada lehernya, kata Adzaman. - BERNAMA
sumber:unitmediakedah
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY