'/>
Isu kenaikan gula sangat hangat di perkatakan!! Benar, ada yang bersuara, kenaikan hanya melibatkan kenaikan 20 sen sekilogram bukannya RM 1 pun! Ini adalah suara mereka yang tidak peka kepada kesan bahana kenaikan harga gula 20 sen kepada rakyat Malaysia.

Kenaikan kali keempat bermula tahun lepas nampaknya ada yang tidak kena, secara logik kerajaan nampaknya sangat tidak prihatin dengan rakyat yang memerlukan gula untuk hidangan didalam makanan dan minuman, untuk perniagaan dan juga perubatan serta sebagainya.

Kenaikan harga gula membuat jutawan yang di gelar ‘Raja Gula Malaysia’ iaitu Tan Sri Robert Kuok tersenyum lebar. Persoalanya ? Adakah punca kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ‘demand’ dari raja gula ini ?

Cubaan bermain wayang beliau nampaknya sentiasa berjaya. Penulis tertanya-tanya kenapa setiap kali ada kenaikan harga gula kerajaan di hentam teruk. Kenapa tidak dihalakan kesalahan itu kepada jutawan Robert Kuok ini yang sudah pasti berkuasa dalam menentukan harga gula semasa?
Adakah mungkin ini satu muslihat Robert Kuok atau ini cerita yang direka! Kesan dari kenaikan ini mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Sedikit info siapa Robert Kuok yang dikatakan "Raja Gula Malaysia" ...


Beliau merupakan orang yang menghuni tangga pertama senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 32 Billion. Penglibatan awal Robert Kuok adalah pada 1 April 1949 bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd yang mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya Keng Kang.

Bapa beliau menjalankan perniagaan jual beli keperluan asas dengan izin Sultan Johor dengan membekalkan keperluan tersebut untuk 50,000 tahanan Perang Jepun kepada kerajaan British.
Selepas kemerdekaan Malaysia, beliau mengasaskan Malaysia Sugar manufacturing Company pada dan mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Enam tahun selepas itu, beliau menubuhkan pula syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing. Syarikat ini mendapat perlbagai kemudahan dan status monopoli dari pihak kerajaan Malaysia.
Lihatlah betapa berkuasanya Robert Kuok ini? Beliau juga telah membuka banyak ladang tebu di Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi keperluan permintaan seterusnya meningkatkan reputasi beliau sebagai pengilang gula terbesar di Dunia.

Rasa-rasanyalah, adakah langkah kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ugutan beliau kepada kerajaan untuk bertindak menaikkan harga gula semasa?

Rasanya kebenaran itu ada kerana dengan kuasa yang dimilikinya tidak heranlah beliau boleh berbuat sesuka hati.

Kerajaan sememangnya memperkenalkan harga syiling bagi barang kawalan termasuk gula di bawah AKTA KAWALAN BEKALAN 1972 dan AKTA KAWALAN HARGA 1946 namun jika kuasa bekalan itu di monopoli oleh pengeluar tunggal negara maka kerajaan sendiri tidak dapat mengawalnya lagi.

Pertimbangan kerajaan berkenaan kenaikan harga gula tidak boleh dibuat sewenangnya kerana bekalan gula negara hanya di pegang oleh syarikat Robert Kuok sahaja. Dengan kuasa pembekalan bekalan gula negara sudah pasti kerajaan akan tunduk dengan desakkan supaya menaikkan harga gula sedangkan ini tiada kaitan atau sabit langsung dengan kenaikan harga gula sedunia.

Adakah ini strategi Robert Kuok dan adakah ia dilihat berjaya kerana bila beliau mahu harga gula dinaikkan kerajaan terpaksa mempertimbangkan permintaan harga yang beliau minta, sekiranya kerajaan berkeras tidak mahu memenuhi tuntutan yang di minta maka bekalan gula tidak di bekalkan langsung , ini lagi menambahkan kesulitan kepada pengguna gula jika bekalan gula susah diperolehi di pasaran.
Bila keadaan ini terjadi maka kerajaan tersepit antara menaikkan harga gula atau berdepan dengan masalah bekalan gula pula.

Robert kuok adalah seorang ahli perniagaan yang mahukan keuntungan sahaja ? Susah senang rakyat mana ada sikap hendak ambil peduli. Kerajaan kena tegas kerana jika berlaku sebarang kenaikan harga makanan sudah pasti rakyat akan menghalakan kesalahan di bahu kerajaan.


Tindakan tegas dikenakan kepada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan keatas barang kawalan dan keperluan negara yang utama seperti gula ini harus dititik beratkan.

Jika ada sesiapa yang sewenangnya cuba membuat ugutan sebegini termasuk orang terkaya di Malaysia Robert Kuok-ambil tindakan menarik semula lesen mengilang dan sebagainya.

SUMBER:GELOMBANG WANGSA MAJU

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Dalam Negeri belum menerima sebarang permohonan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) untuk mendapatkan permit mengadakan perhimpunan di ibu negara 9 Julai ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis telah diarahkan untuk mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan mengikut undang-undang serta bersandarkan pada keselamatan negara.
Menurutnya, lebih daripada 260 laporan polis telah dibuat setakat ini membabitkan cadangan perhimpunan itu di seluruh negara.

''Tindakan ke atas peserta Bersih 2 akan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang dan menjejaskan keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau dalam masa yang sama berkata, pihak Bersih 2 masih berpeluang untuk berbincang sama ada mahu meneruskan perhimpunan itu atau sebaliknya.
Hishammuddin berkata, bagaimanapun perkara itu hanya akan diputuskan oleh pihak polis yang akan melakukannya secara profesional.

''Saya serahkan kes ini kepada polis kerana sekiranya saya jawab, nanti saya khuatir ia akan menimbulkan polemik politik," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif untuk menjelaskan mengenai dakwaan Bersih 2 yang mendakwa pilihan raya di negara ini masih tidak telus.
''SPR juga perlu ambil maklum termasuk menjawab tindakan Bersih 2 kerana ia dilihat dalam konteks pilihan raya," katanya.
 sumber:utusan online

SARIKEI: Tindakan mahu mengadakan dan menjemput rakyat di negara ini bagi mengikuti Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadualkan di ibu negara pada 9 Julai ini merupakan satu perbuatan yang boleh menggugat kedaulatan dan keharmonian negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.39 Repok merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak, Morshien Affandi berkata, tindakan yang sedemikian bukannya untuk mencari keadilan dan menjernihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi suasana.
“Dari pandangan pihak kita, mereka yang ingin mengadakan perhimpunan itu mempunyai golongan sasaran yang tersendiri, iaitu menjurus kepada golongan belia, orang muda ataupun mereka yang berada di pertengahan umur.

“Orang kita pada masa sekarang khususnya golongan belia sangat mudah tertarik dengan setiap propaganda perjuangan yang digunakan oleh sesetengah pihak. Oleh itu mereka harus sedar bahawa mereka itu sebenarnya boneka kepada pihak bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan ini demi kepentingan peribadi sahaja,” katanya.
“Masyarakat kita harus menjadikan iktibar setiap perkara yang berlaku di negara-negara jiran kita yang memperggunakan pendekatan serupa dalam menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, tidak akan membawa apa-apa kebaikan tetapi yang jelas diperolehi ialah kehancuran,” tambah Morshien lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah selesai membuat laporan polis terhadap tindakan yang disiarkan pada laman web yang dibacanya di rumah kediaman memohon dan menghasut masyarakat agar menyertai perhimpunan BERSIH.

Beliau telah membuat laporan tentang perkara terbabit di Balai Polis Pusat, Sarikei pada petang kelmarin dan memohon pihak berkuasa mengadakan sekatan terhadap laman web tersebut serta mengambil tindakan terhadap individu yang terbab it dalam menyiarkan perkara tersebut.
Tambahnya, budaya tersebut bukannya satu budaya yang harus diamalkan kerana negara kita ini mempunyai pendekatan dan undang-undang yang tersendiri sekiranya ada permasalahan dan ketidakpuasan yang berlaku, dengan menggunakan saluran yang betul.

“Jangan bertindak membelakangi peraturan dan jadilah manusia yang bertamadun serta janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah dan hasutan yang digunakan oleh sesetengah pihak dan berfikir dengan waras kerana tindakan yang serupa hanya mengundang banyak perkara yang negatif dari yang positif.
“Kita sebagai masyarakat yang terpelajar dan berpendidikan harus mengamalkan sikap bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan yang boleh mencetus huru-hara pada negara kesayangan kita ini dan jangan bertindak mengikut rasa kerana ia boleh membinasakan,” tegas Morshien lagi.
sumber:borneo online 

Berikan sokongan anda dengan klik link Meradong Today ...http://www.facebook.com/pages/Meradong-Today/228611057152276
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY